Timor Leste mahu belajar urus kebajikan pasukan keselamatan
KUALA LUMPUR, SELASA, 01 April, 2014: Timor-Leste berminat mencontohi amalan terbaik daripada Malaysia dalam menguruskan kebajikan pasukan keselamatan.
Perdana Menterinya, Xanana Gusmao, berkata republik itu yang baru berusia 12 tahun, masih jauh ketinggalan dalam banyak asepak, termasuk penjagaan kesihatan bagi anggota keselamatannya.
"Kadang kala, kami merasakan yang kami tidak meliputi (seperti sepatutnya) keperluan rakyat.
"Kami perlukan bantuan anda (Malaysia) dari segi membolehkan Timor Leste mempunyai keupayaan untuk menjaga kebajikan anggota tentera, polis dan veteran kami," katanya semasa melawat Hospital Tentera Tuanku Mizan di sini hari ini.
Beberapa menteri Kabinet Timor Leste turut hadir pada lawatan itu iaitu Menteri Kesihatan Dr Sergio Lobo; Menteri Pendidikan Benito Freitas; Menteri Perdagangan, Industri dan Alam Sekitar Antonio da Conceicao; Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Pedro Lay da Silva dan Menteri Petroleum dan Sumber Galian Alfredo Pires. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment