My Add

Friday, 2 May 2014

Maritim Malaysia tambah 9 bot pemintas di Esszone

KOTA KINABALU, JUMAAT, 02 Me, 2014: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bakal menambah sembilan lagi bot pemintas yang dinamakan ’bot Petir’ bagi mengukuhkan operasi di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Essscom) di di Zon Selamat Sabah Timur (Esszone).

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim

Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar berkata, penambahan aset itu diyakini mampu memastikan keselamatan di perairan pantai timur Sabah lebih terjamin.

Beliau berkata, ’bot Petir’ itu akan menjalani latihan pandu uji oleh pegawai dan anggota Maritim Malaysia bagi memastikan keselamatannya sebelum digunakan.

"Kita percaya dengan peralatan dan teknologi canggih yang terdapat pada bot ini mampu memintas sebarang ancaman pencerobohan dengan kadar kelajuan 65 knot.

"Selain itu, bot tersebut boleh melakukan rondaan dalam tempoh tiga hingga empat jam dengan jarak 74.08 kilometer (40 batu nautika) bagi sekali rondaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment