SKMM perlu bertindak terhadap syarikat telekomunikasi perdaya rakyat
LABUAN, JUMAAT, 02 Mei, 2014: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan tegas terhadap syarikat telekomunikasi yang tidak telus dalam urus niaga data jalur lebar di negara ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, SKMM perlu memandang serius unsur penipuan oleh syarikat telekomunikasi dalam menawarkan perkhidmatan mereka apabila menjanjikan khidmat kapasiti capaian jalur lebar yang baik tetapi perkara sebaliknya berlaku.
"Ini tidak patut kerana rakyat membayar setiap unit data yang dilanggan pada setiap bulan untuk menikmati kemudahan jalur lebar yang semaksimum mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kenali ASEAN 2014 di sini hari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment