MCA hanya tolak hudud, bukan tolak agama Islam - Tiong La
KUALA LUMPUR, SABTU, 03 Mei, 2014: MCA hari ini menegaskan parti itu hanya menolak hukum hudud yang dicadangkan oleh PAS dan bukannya bermaksud menolak agama Islam.
Presidennya, Datuk Seri Liowerkata, parti itu tidak mahu melihat wujudnya dua sistem perundangan yang berlainan dalam satu negara.
"Pendirian MCA untuk menola Tiong Lai bk hudud bukanlah menolak agama Islam, kami akan mempertahankan keharmonian antara kaum-kaum sedia ada.
"Kami akan menegakkan semangat kesederhanaan dan sekular dalam pentadbiran negara yang mana kaum bukan Islam mempunyai kebebasan dalam kepercayaan," katanya ketika berucap semasa pelancaran Program 'Teguh Bersama' MCA di sini, hari ini.
Sementara itu, Liow ketika ditemui pemberita selepas pelancaran itu berkata, MCA mempunyai ramai pakar perundangan bagi mempertahankan pendirian parti untuk menolak hukum hudud.
Laporan sebelum ini menyebut PAS Kelantan melalui anggota Parlimennya merancang untuk membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment