Saturday, 3 May 2014

MCA tunggu kata putus PM berhubung jawatan kabinet

KUALA LUMPUR, SABTU, 03 Mei, 2014: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, parti itu akan menunggu kata putus daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung jawatan kabinet selepas parti itu memutuskan menyertai semula kabinet.

"Perdana Menteri mengalu-alukan keputusan MCA menyertai semula kabinet namun, keputusan untuk menentukan jawatan kabinet akan dibincangkan dan (kita)tunggu kata putus daripada Perdana Menteri mengenai jawatan yang ditentukan kemudian," katanya kepada pemberita selepas pelancaran program "Teguh Bersama' MCA oleh Perdana Menteri di sini hari ini.

Resolusi untuk tidak menyertai kabinet tercetus apabila perhimpunan agung MCA 2011, yang ketika itu di bawah pimpinan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah meluluskan resolusi untuk tidak menerima sebarang jawatan kerajaan jika ia gagal dalam Pilihan Raya umum Ke-13.

Liow berkata, selama ini pucuk pimpinan tertinggi parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) lain juga turut mengharapkan penyertaan semula MCA dalam kabinet kerana parti itu sebelum ini terikat dengan resolusi akibat kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-12 dan 13. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment