My Add

Thursday, 1 May 2014

MCA tetap halang Pas bentang hudud

KANGAR, KHAMIS, 01 Mei, 2014: MCA akan tetap mengambil tindakan menghalang PAS membentangkan rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Parlimen Jun ini, termasuk melalui perundangan jika perlu, kata Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow berkata, parti itu tegas dengan pendirian bahawa undang-undang hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, MCA menghormati Islam sebagai agama rasmi tetapi adalah penting bagi PAS untuk memahami perasaan dan pandangan orang bukan Islam di negara ini yang majoritinya menolak hudud.

"Sistem dan undang-undang jenayah negara ini sudah cukup berkesan dalam menghukum penjenayah. Pelaksanaan dua undang-undang berbeza hanya mengelirukan rakyat berbilang kaum.

"Dalam hal ini, MCA setuju dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pelaksanaan dua sistem undang-undang menjadikan negara ini berpecah belah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dan dialog dengan gabungan pertubuhan-pertubuhan Cina Perlis di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment