Tiada peserta perhimpunan di Kuala Lumpur cedera
KUALA LUMPUR, khamis, 01 Mei, 2014: Tiada peserta perhimpunan bantah cukai barang dan pendapatan (GST) cedera atau ditikam seperti didakwa di internet, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad.'
Beliau berkata gambar yang didakwa dihantar oleh Twitter Papa Gomo menunjukkan seorang peserta terlantar atas pengusung akibat ditikam merupakan gambar lama.
Zainuddin memberitahu Bernama, dakwaan tersebut "tidak benar sama sekali."
Tentang laporan bahawa tiga jurukamera media cedera semasa membuat liputan perhimpunan itu, beliau berkata, pihak polis belum menerima sebarang laporan mengenainya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment