MH370: Laporan berasaskan prinsip keterbukaan dan ketelusan
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Mei, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laporan awal berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 diumumkan berasaskan kepada prinsip keterbukaan dan ketelusan.
Seiring dengan usaha pencarian yang dipertingkatkan, Najib berkata, beliau turut melantik sepasukan pakar dalaman untuk menyemak semula segala maklumat yang diperoleh berkaitan pesawat Boeing 777-200ER yang hilang itu.
"Saya menetapkan, sebagai satu pegangan, peraturan bahawa selagi pendedahan maklumat itu tidak menghalang penyiasatan atau operasi pencarian, atas nama keterbukaan dan ketelusan," katanya menerusi posting terkini Facebook beliau.
Laporan awal MH370, yang turut mengandungi rakaman audio perbualan antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur serta senarai kargo, dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan semalam. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment