My Add

Friday, 2 May 2014

Siri Terjun Dunia: Pandelela, Mun Yee raih gangsa di Moscow

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Mei, 2014: Penerjun negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee meraih pingat gangsa dalam acara 10 meter platform seirama pada Kejohanan Terjun Siri Dunia 2014 di Moscow, Rusia, sebentar tadi.

Gandingan Malaysia itu meraih 310.26 mata untuk berada di kedudukan ketiga di belakang pemenang pingat emas, Chen Ruo Lin dan Liu Huixia dari China yang mengutip 332.28 mata.

Pingat perak menjadi milik pasangan Korea Utara, Choe Kyong Un dan Song Nam Hyang dengan 314.82 mata. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment