Saturday, 3 May 2014

Najib kongsi gambar lawatan Obama di Facebook

KUALA LUMPUR, SABTU, 03 Mei, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkongsi gambar-gambar daripada lawatan rasmi Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Malaysia, baru-baru ini.

Kira-kira 31 gambar dikongsikan dalam Facebook beliau dan antara lain di Parlimen bersama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, selfie Najib dengan Obama, lawatan ke Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC), di sidang akhbar dan dengan kenderaan rasmi Presiden yang dikenali sebagai 'The Beast'.

Antara kapsyen dalam gambar itu ialah "April 2014 menandakan satu peristiwa dalam sejarah Malaysia apabila Presiden Amerika Syarikat Barack Obama melawat negara kita selama tiga hari, menjadikan beliau Presiden Amerika kedua berbuat demikian selepas lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.

"Ia merupakan satu keseronokan menjadi hos beliau, dan kedua-dua buah negara bersetuju meningkatkan hubungan dua hala kepada perkongsian menyeluruh," kata Najib.

Lawatan Obama ke Malaysia pada 26 April adalah yang pertama oleh Presiden Amerika yang sedang menduduki kerusi Presiden sejak Johnson pada 1966. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment