Saturday, 3 May 2014

Pesawat China sertai SAR MH370 tiba di Subang

Oleh MOHD. SHAHRIZA ABDULLAH

SUBANG, SABTU, 03 Mei, 2014: Dua pesawat Ilyushin IL-76s milik Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Australia tiba di Pangkalan Udara Subang di sini hari ini.

Kedua-dua pesawat yang berlepas ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce penghujung Mac lalu membawa 38 kru itu masing-masing tiba pada pukul 2.40 petang dan 2.55 petang.

Kedua-dua pesawat itu dijangka pulang ke China pagi esok selepas pencarian udara bagi mencari pesawat MH370 digantung berikutan pengumuman pencarian memasuki fasa baharu melibatkan tumpuan di kawasan dasar laut. -UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment