Friday, 2 May 2014

PLUS setuju struktur semula kenaikan kadar tol

KUCHING, JUMAAT, 02 Mei, 2014: Projek Lebuh Raya Utara- Selatan (PLUS), salah satu pemegang konsesi lebuh raya di negara ini, bersetuju terhadap cadangan penstrukturan semula kenaikan kadar tol.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, penstrukturan semula itu dijangka membabitkan perubahan perjanjian yang lebih memihak untuk rakyat.

"PLUS telah bersetuju membuat penstrukturan tertentu dalam kadar tol yang melibatkan perubahan perjanjian dan kini isi kandungan perjanjian itu lebih memihak kepada kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita pada satu majlis di sini hari ini.

Fadillah berkata, sebelum ini kenaikan adalah secara automatik setiap tiga atau lima tahun, namun menerusi penstrukturan ini, jika PLUS ingin membuat kenaikan kadar tol, syarikat itu perlu mengemukakan kepada kerajaan asas kenaikan tersebut.

"Jadi, kerajaan akan mempertimbangkan sama ada boleh atau tidak kadar tol dinaikkan berdasarkan pemerhatian seluruh struktur perbelanjaan mereka," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment