Thursday, 1 May 2014

ROS didesak perjelas kedudukan DAP

PULAU PINANG, RABU, 30 April, 2014: Pendaftar Pertubuhan (ROS) didesak memperjelaskan segera kedudukan DAP khususnya Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang sehingga kini masih belum disahkan.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, perkara itu perlu memandangkan melalui surat yang dikeluarkan ROS pada Disember tahun lalu, CEC yang dilantik selepas pemilihan semula September tahun lalu tidak layak membuat sebarang keputusan bagi parti itu.

Sehubungan itu, menurutnya, penjelasan terperinci perlu diberikan bagi memastikan sama ada DAP boleh mengeluarkan surat watikah pelantikan menamakan calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei ini.

“Kita mahu tahu adakah dibolehkan mengikut undang-undang DAP meletakkan calon pada PRK ini selaras dengan surat yang dikeluarkan ROS.

“Surat berkenaan adalah kebal memandangkan sebarang pertikaian dan semakan kehakiman yang dibuat masih belum diputuskan oleh mahkamah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rahmad menambah, surat ROS bertarikh 19 April 2013 yang membenarkan DAP bertanding menggunakan logo sendiri terbatal dan tidak sah selepas surat bertarikh 6 Disember tahun sama dihantar badan pendaftaran berkenaan kepada DAP dan Setiausaha Agung parti itu yang jawatannya masih belum disahkan, Lim Guan Eng. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment