My Add

Wednesday, 1 May 2013

Identiti wanita dalam video seks didedah

KUALA LUMPUR, SELASA, 30 April, 2013: Blog The Unspinners (http://theunspinners.blogspot.com) hari ini menyiarkan pendedahan seorang penyokong tegar pakatan pembangkang tentang identiti wanita yang dipercayai bersama lelaki mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam rakaman video aksi seks yang disebarkan baru-baru ini.

Pengendali blog tersebut mendakwa, surat penyokong tegar pakatan pembangkang itu pada mulanya disiarkan di blog milik Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad (http://www.niknazmi.com/wordpress) dan Pengarah Penyelidikan Institut Rakyat, Tricia Yeoh (http://www.triciayeoh.com).

Bagaimanapun, kedua-dua blog terbabit didapati menarik balik surat yang ditulis oleh individu yang menggelarkan diri sebagai 'penyokong pakatan rakyat yang kecewa'.

Nik Nazmi dalam kenyataan menerusi akaun Facebooknya hari ini menjelaskan, blog beliau telah digodam.

Memetik surat yang disiarkan semula oleh blog The Unspinners, wanita berkenaan didakwa tinggal di sebuah kondominium di Bandar Baru Sungai Long, Kajang, Selangor.

Wanita yang berasal dari Kampung Jawa, Klang, Selangor itu juga dikatakan memandu kereta jenis Honda Wish.

"Saya dimaklumkan lelaki dalam video tersebut telah menjalinkan hubungan intim melebihi dua tahun. Saya dan beberapa rakan tahu siapa perempuan itu dan di mana dia tinggal.

"Patutlah dia ini selalu tersenyum simpul apabila berkunjung ke Kuala Lumpur, baik untuk mesyuarat atau aktiviti kepartian yang lain. Rupa-rupanya, beliau mempunyai kekasih hati penyedap diri," ujar penulis surat tersebut.

Jelas beliau, pendedahan itu bukan bertujuan mengaibkan mana-mana pihak, namun penafian dan sikap semberono kepimpinan Pas dalam menangani isu berkenaan memaksanya mendedahkan perkara sebenar.

"Ramai umat Islam tertipu dengan sikap munafik ini. Bayangkan dosa yang perlu dipikul olehnya apabila dia mengimamkan solat," katanya.

Penulis surat itu turut mendakwa lelaki dalam video tersebut telah membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk menyara wanita terbabit.

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan penyebaran meluas rakaman video seks lelaki yang mirip Mustafa menerusi blog serta dalam bentuk cakera padat video (VCD) di beberapa lokasi.

Berikutan penyebaran video itu, Mustafa menerima tekanan banyak pihak supaya segera membuat laporan polis bagi membuktikan dirinya tidak terbabit dalam video tersebut, namun sehingga kini, beliau belum mengambil tindakan tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment