Rafizi mahu penjarakan Najib
KUANTAN, SELASA, 30 April, 2013: Belum pun mentadbir negara, pakatan pembangkang dilihat semakin angkuh kerana mahu pula memenjarakan beberapa individu yang dilihat menggugat kepimpinan mereka termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jika sebelum ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menghumban pengurusan tertinggi Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) ke penjara seandainya menang Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei ini, kenyataan terhadap Najib itu dikeluarkan oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.
Rafizi dengan nada mendabik dada berkata, pakatan pembangkang akan memenjarakan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Penjara Sungai Buloh sebaik sahaja Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment