Letupan bom ragut 28 nyawa di Iraq
BAGHDAD, KHAMIS, 30 Mei, 2013: Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dalam serangan terbaru di Iraq hari ini, kata pegawai, menunjukkan kerajaan gagal membendung gelombang keganasan.
Sejak Mei, sejumlah 570 orang terbunuh manakala lebih 1,000 dalam tempoh dua bulan, menurut angka yang dikeluarkan pihak keselamatan dan sumber perubatan.
Dalam serangan dasyat itu, sebuah bom kereta meletup di selatan Baghdad ketika orang ramai sedang meraikan majlis perkahwinan. - AFP/BH
No comments:
Post a Comment