Thursday, 30 May 2013

Taufan Barbara landa Mexico, dua terkorban

OAXACA, RABU, 30 Mei, 2013: Taufan Barbara melanda selatan pantai Pasifik Mexico sehingga menyebabkan dua orang terkorban termasuk seorang peluncur berusia 61 tahun dari Amerika Syarikat yang lemas ditelan ombak, kata pihak berkuasa.

Taufan dengan kelajuan kira-kira 120 kilometer sejam melanda wilayah Chiapas dan berjiran dengan wilayah Oaxaca.

Mangsa yang maut "ditelan ombak dan mati" selepas dia tidak mematuhi larangan memasuki pantai di bandar Salina Cruz di Oaxaca. - AFP/BH 

No comments:

Post a Comment