Saturday, 25 January 2014

BR1M diagih bulan depan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 24 Januari, 2014: Seramai 7.9 juta isi rumah dan individu bujang yang layak akan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada pertengahan bulan depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengagihan bantuan berkenaan akan membantu mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi masalah kenaikan harga barang.

Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi negara berada dalam keadaan baik dan meyakinkan, namun tidak dinafikan rakyat menghadapi masalah berhubung kenaikan harga barang.

"Kerajaan sedang menangani cabaran ini dengan pelbagai langkah yang diumumkan termasuk program melibatkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

''Kita juga sedang menunggu hasil daripada kajian makmal yang akan mencadangkan langkah tambahan untuk mengurangkan beban rakyat,'' katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment