Saturday, 25 January 2014

Peruntukan RM20 juta, stabilkan harga barangan - PM

PUTRAJAYA, JUMAAT, 24 Januari, 2014: Perdana Menteri hari ini mengumumkan peruntukan tambahan RM20 juta untuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) bagi membeli stok penimbal bertujuan menstabilkan harga barang di pasaran.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, FAMA akan menerima RM8 juta, manakala Nekmat bakal menerima RM12 juta dan jumlah peruntukan itu akan ditambah mengikut keperluan semasa.- UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment