Lebih 200,000 tempah lawat Malaysia sempena TMM 2014
SEPANG, RABU, 01 Januari, 2013: Sehingga akhir November lepas, sektor pelancongan negara menerima tempahan lebih 200,000 pax pelancong asing yang mahu berkunjung ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Dr. Ong Hong Peng berkata tempahan diterima dari seluruh dunia, terutama negara-negara Asia seperti China dan Jepun, Asia Timur dan Eropah.
Ini menunjukkan mereka begitu berminat untuk melawat tempat-tempat menarik di Malaysia melalui lebih 600 pakej pelancongan yang ditawarkan, katanya dalam sidang media selepas menyambut ketibaan 69 pelancong dari Beijing dan 20 dari Shanghai, China, sebagai simbolik bermulanya TMM 2014, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment