My Add

Wednesday, 1 January 2014

Polis tubuh pasukan khas siasat kes perhimpunan haram

KUALA LUMPUR, RABU, 01 Januari, 2013: Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes berhubung perhimpunan haram yang mengganggu sambutan ambang tahun baharu, di Dataran Merdeka, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya berjanji akan memberi keutamaan kepada kes itu dengan melengkapkan kertas siasatan dalam tempoh seminggu.

"Kami akan jalankan siasatan berhubung kes ini kerana mereka ini telah mengganggu-gugat kesejahteraan awam ketika sambutan tahun baharu malam tadi," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian polis, kira-kira 25,000 orang hadir di Dataran Merdeka malam tadi termasuk mereka yang datang untuk menyambut tahun baharu.

Polis tidak menolak kemungkinan penganjur perhimpunan itu adalah empat badan bukan kerajaan (NGO) seperti yang diuar-uarkan sebelum ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment