Mahkamah putuskan pilihan raya Thailand boleh ditunda
BANGKOK, JUMAAT, 24 Januari, 2014: Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini memutuskan bahawa pilihan raya umum yang dijadual berlangsung pada 2 Feb ini, boleh ditunda.
Menurut satu kenyataan, mahkamah berkenaan turut memberi tanggungjawab kepada Perdana Menteri kerajaan sementara Yingluck Shinawatra dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Supachai Somcharoen untuk menetapkan tarikh baharu pilihan raya.
Proses pilihan raya sepatutnya bermula Ahad ini dengan pengundian awal.
Perkembangan terbaru ini dianggap sebagai satu tamparan kepada Yingluck kerana beliau berkeras mahu pilihan raya itu berlangsung seperti yang dijadual meskipun berdepan tunjuk perasaan yang diketuai pemimpin Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC) Suthep Thaugsuban.
Tunjuk perasaan di bahagian selatan, yang memperlihat sokongan kuat kepada PDRC, menyaksikan beberapa calon gagal mendaftar di 28 kawasan dan kakitangan SPR takut untuk bertugas di lokasi tertentu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment