My Add

Saturday, 25 January 2014

Sudan Selatan, pemberontak tandatangani gencatan senjata

ADDIS ABABA, JUMAAT, 24 Januari, 2014: Kerajaan Sudan Selatan dan kumpulan pemberontak menandatangani perjanjian gencatan senjata semalam, usaha yang diharap dapat menamatkan perang saudara yang sudah berlanjutan selama lima minggu dan membunuh ribuan tentera dan orang awam itu.

Perjanjian damai itu merupakan langkah pertama yang diambil sejak berlakunya pergolakan politik pada 15 Disember lalu, yang menyaksikan berlakunya pertempuran etnik di seluruh negara.

Jurucakap tentera Sudan Selatan, Kolonel Philip Aguer, bagaimanapun ragu-ragu sama ada pemberontak daripada kumpulan etnik Nuer yang menggelarkan diri mereka sebagai tentera putih mahukan perdamaian.

"Bekas Timbalan Presiden, Riek Machar menggunakan pemberontak tersebut untuk bertempur dengan Tentera Sudan Selatan (SPLA), jadi kita perlu lihat apa yang bakal berlaku selepas ini," jelas Aguer. - AP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment