My Add

Wednesday, 1 January 2014

Polis tahan lelaki ugut bunuh KM

Oleh ANGELINA SINYANG
 
 * SEORANG ahli PKR Sarawak ditahan reman untuk siasatan, di Kuching, semalam.
KUCHING, SELASA, 31 Disember, 2013: Polis menahan seorang bekas kakitangan awam dan juga anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana disyaki mengeluarkan kenyataan mengugut mahu membunuh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam laman sosial Facebook pada 27 Disember lalu.

Difahamkan, suspek yang pernah bekerja dengan sebuah jabatan kerajaan telah dibuang kerja sejak beberapa tahun lalu kerana kesalahan tatatertib dan kini bekerja sendiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Zulkifli Hassan berkata, suspek berusia 34 tahun itu diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada pukul 9.20 malam tadi.

Katanya, ketika diberkas, dia bersama beberapa ahli PKR untuk menghantar Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard yang pulang ke Kuala Lumpur.

"Dia kini direman selama tiga hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zulkifli seterusnya berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan berharap ia tidak berulang dan memberi pengajaran kepada mereka yang lain. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment