Saturday, 25 January 2014

V Shem-Khim Wah naik ranking dunia

KUALA L UMPUR, JUMAAT, 24 Januari, 2014: Kejayaan melakar sejarah muncul juara kejohanan badminton Siri Super Premier Terbuka Malaysia minggu lalu membolehkan beregu muda negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah mendaki tiga anak tangga dalam ranking terbaharu dunia, semalam.

V Shem-Khim Wah kini menghuni ranking ke-14 dunia dan hanya memerlukan beberapa lagi keputusan konsisten untuk menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik dunia, tahun ini.

Dua beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Hoon Thien How-Tan Wee Kiong yang mempamer aksi hambar pada Terbuka Malaysia kekal di tangga ketujuh dan kelapan, manakala Datuk Lee Chong Wei mengukuhkan cengkaman sebagai perseorangan lelaki No. 1 dunia. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment