Oleh Zunaidah Zainon
KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Mac, 2014: Kementerian Sumber Manusia menyasarkan 50 peratus rakyat Malaysia adalah terdiri daripada tenaga kerja berkemahiran tinggi seiring dengan matlamat ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Timbalan Menterinya, Datuk Ismail Abd. Mutalib berkata, kerajaan perlu mengambil langkah bersesuaian bermula dari sekarang bagi membantu rakyat memperoleh pendapatan sebanyak RM48,900 setahun.
Beliau berkata, ketika ini hanya 28 peratus sahaja rakyat Malaysia yang memiliki kemahiran tinggi dan negara hanya mempunyai tempoh enam tahun untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
"Jika kita berjaya melonjakkan jumlah pekerja berkemahiran tinggi, ini secara tidak langsung meletakkan Malaysia setanding dengan negara maju di rantau ini seperti Korea Selatan mahupun Singapura," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sidang Kemuncak Pembangunan Bakat 2014 di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia, Mohd. Sahar Darusman.
Yang turut hadir, Duta Ireland ke Malaysia, Declan Kelly dan Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif T Circle Sdn. Bhd., Khor Soon Kheng.
Sidang kemuncak itu dianjurkan oleh T Circle Sdn. Bhd., dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).
Menurut Ismail, pengurusan sumber manusia bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dilihat memainkan peranan penting ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi.
"PKS harus menyumbang sekurang-kurangnya 40 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada pertumbuhan ekonomi negara agar setanding dengan New Zealand, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Amerika Syarikat," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggalakkan supaya PMSB dan agensi-agensi lain memperuntukkan dana tertentu bagi meningkatkan kesedaran terhadap penggunaan teknologi dalam memacu modal insan.
Berdasarkan rekod PMSB katanya, terdapat 14,000 majikan menyumbang kepada Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) dengan peruntukan sebanyak RM400 juta setahun. - UTUSAN
* KHOR Soon Kheng memberi cenderamata kepada Mohd. Sahar Darusman (kiri) selepas perasmian program Sidang Kemuncak Pembangunan Bakat Antarabangsa di Kuala Lumpur, semalam. - uTUSAN/MUHAMMAD NAQUIB ZUBIR (PELATIH IKBN PERETAK) |
Timbalan Menterinya, Datuk Ismail Abd. Mutalib berkata, kerajaan perlu mengambil langkah bersesuaian bermula dari sekarang bagi membantu rakyat memperoleh pendapatan sebanyak RM48,900 setahun.
Beliau berkata, ketika ini hanya 28 peratus sahaja rakyat Malaysia yang memiliki kemahiran tinggi dan negara hanya mempunyai tempoh enam tahun untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
"Jika kita berjaya melonjakkan jumlah pekerja berkemahiran tinggi, ini secara tidak langsung meletakkan Malaysia setanding dengan negara maju di rantau ini seperti Korea Selatan mahupun Singapura," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sidang Kemuncak Pembangunan Bakat 2014 di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia, Mohd. Sahar Darusman.
Yang turut hadir, Duta Ireland ke Malaysia, Declan Kelly dan Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif T Circle Sdn. Bhd., Khor Soon Kheng.
Sidang kemuncak itu dianjurkan oleh T Circle Sdn. Bhd., dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).
Menurut Ismail, pengurusan sumber manusia bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dilihat memainkan peranan penting ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi.
"PKS harus menyumbang sekurang-kurangnya 40 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada pertumbuhan ekonomi negara agar setanding dengan New Zealand, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Amerika Syarikat," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggalakkan supaya PMSB dan agensi-agensi lain memperuntukkan dana tertentu bagi meningkatkan kesedaran terhadap penggunaan teknologi dalam memacu modal insan.
Berdasarkan rekod PMSB katanya, terdapat 14,000 majikan menyumbang kepada Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) dengan peruntukan sebanyak RM400 juta setahun. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment