Monday, 6 January 2014

10 cadangan MKPN atasi isu perpaduan, agama

KUALA LUMPUR, ISNIN, 06 Januari, 2013; Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) mengesyorkan 10 cadangan kepada kerajaan bagi memastikan isu berhubung perpaduan dan agama terutama berkaitan kontroversi serbuan dan rampasan Bible di Selangor baru-baru ini, diselesaikan secara baik.

Pengerusinya, Tan Sri Samsuddin Osman berkata, cadangan tersebut termasuk menggesa semua pihak menjaga sentiviti berhubung isu tersebut dan mengelak daripada terus mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan perpaduan nasional.

"MKPN juga dalam perkara itu akan menganjurkan perbincangan tertutup antara pihak berkuasa agama dan pemimpin-pemimpin agama bagi mencari penyelesaian secara aman dalam isu itu.

"MKPN akan menjadi perantara dalam isu ini," katanya selepas mempengerusi mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja MKPN pertama di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment