Monday, 6 January 2014

Melaka, negeri pertama miliki bas elektrik

MELAKA, ISNIN, 06 Januari, 2013: Sistem pengangkutan bas elektrik pertama bernilai RM1.35 juta di negara ini akan mula diuji untuk kegunaan orang ramai di bandar raya ini secara percuma, bermula Rabu ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, bas elektrik itu akan diuji ketahanan dan prestasinya untuk kemudahan awam antara tempoh tiga hingga enam bulan.

Menurutnya, bas yang menggunakan sistem elektrik sepenuhnya itu akan bermula dari stesen bas Melaka Sentral melalui sekitar kawasan tumpuan pelancong di Bandar Hilir termasuk di hadapan Kota A' Famosa di Bukit St. Paul.

"Buat masa ini kerajaan negeri menguji hanya sebuah bas elektrik bagi kita melihat sejauh mana ketahanannya untuk digunakan sebagai kenderaan pengangkutan awam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bas Elektrik pertama di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment