Indeks Pendapatan Rumah dilancar
KUALA LUMPUR, ISNIN, 17 Februari, 2014: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini melancarkan Kajian Indeks Pendapatan Rumah yang dijalankan oleh Sime Darby Property Berhad dengan kerjasama Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM).
Kajian itu bertujuan menentukan indeks berdasarkan lokasi untuk menggambarkan tahap mampu milik melibatkan 12 kawasan di sekitar Lembah Klang.
Ia bagi memberi pemahaman jelas mengenai profil pemilik rumah, tahap kedudukan kewangan dan corak perbelanjaan dalam menentukan garis asas pemilikan rumah di Lembah Klang.
Hasil kajian itu mendapati rumah-rumah di kawasan terpilih masih lagi boleh dimiliki oleh kumpulan isi rumah berpendapatan antara RM9,360 hingga RM20,160 selain mampu untuk menaik taraf atau melabur bagi rumah kedua mereka. - UTUSAN ONLINE.
No comments:
Post a Comment