My Add

Tuesday, 18 February 2014

PDRM tubuh jabatan baru

KUALA LUMPUR, ISNIN, 17 Februari, 2014: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan satu lagi jabatan baharu tidak lama lagi dengan diketuai seorang pegawai berpangkat Komisioner Polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard dijangka diwujudkan dalam tempoh dua bulan selepas mendapat kelulusan Perdana Menteri.

“Secara dasarnya, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun meluluskannya tetapi proses melengkapkan permohonan masih dijalankan dan pihak kami sedang berunding dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mendapatkan perjawatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah dan terima tugas jawatan Pengarah Pengurusan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Mes Pegawai Kanan, di Bukit Aman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment