*MAHANG Suhaili (kiri) memusnahkan sebahagian rokok seludup menggunakan mesin pengisar pada Program Khidmat Bakti Masyarakat dan Kempen Mencegah Penyeludupan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Seremban, semalam. |
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Pematuhan, Datuk Matrang Suhaili menjelaskan catatan berkenaan menyaksikan penurunan berbanding tahun sebelumnya berjumlah 510.83 juta batang rokok bernilai RM42.05 juta, dengan cukai tidak berbayar sebanyak RM254.73 juta.
Namun begitu katanya, kegiatan tersebut dianggap serius kerana ia melibatkan kehilangan pendapatan negara kira-kira RM1.9 bilion setiap tahun akibat penyeludupan rokok secara haram.
''Mana-mana pihak yang didapati menjalankan kegiatan seumpamanya, kita tidak akan menawarkan kompaun tetapi akan terus menghadapkan mereka ke mahkamah mengikut Akta Kastam 1967 seperti dasar terdahulu," katanya.
Matrang berkata demikian selepas merasmikan Program Khidmat Bakti Masyarakat dan Pelancaran Kempen Mencegah Penyeludupan KDRM negeri 2014 di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)Labu di sini, hari ini.
Katanya lagi buat masa ini pihaknya masih lagi mengkaji sama ada belum lagi mahu mengenakan tindakan ke atas pembeli sebaliknya bertindak secara agresif bagi memerangi pengedar dan penjual rokok seludup.
"Bagaimanapun, KDRM bersedia bila-bila masa saja, untuk menangkap dan mendakwa golongan pembeli rokok tidak sah bagi memerangi kegiatan penyeludupan secara menyeluruh, yang secara automatik mengurangkan permintaan," katanya.
Berdasarkan rekod tahun lalu seramai 3,294 penyeludup dan penjual rokok tidak sah didakwa di mahkamah dan penguatkuasaan untuk memastikan lebih ramai golongan itu menerima nasib sama akan terus dipertingkatkan bagi memerangi kegiatan berkenaan. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment