My Add

Saturday 30 July 2011

Harapan tinggi Najib BN pilihan utama rakyat

MESKIPUN entah bila pilihan raya umum akan diadakan. namun Najib Razak mula melontar harapan tinggi kepada komponen Barisan Nasional (BN) supaya jangan tergelincir daripada landasan perjuangan utamanya. Landasan perjuangan utama BN ialah membantu serta menyelesaikan masalah rakyat.



Menurut laporan akhbar, Pengerusi BN itu dipetik sebagai berkata, BN tidak boleh tergelincir daripada landasan perjuangan utamanya jika mahu parti menjadi pilihan utama rakyat. Katanya dalam persekitaran politik baru, BN perlu menjadi parti yang diyakini mampu memenuhi harapan dan menyelesaikan masalah rakyat supaya dapat menutup peluang pihak lain melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah rakyat.



Perdana Menteri berikrar, walaupun menghadapi pelbagai cabaran terutama daripada pihak pembangkang, BN adalah sebuah parti yang tetap utuh dan tidak goyah dalam melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat. Pembangkang boleh buat apa saja tapi BN tidak akan lari daripada tanggungjawab membela nasib rakyat Malaysia. Apa yang penting BN amat serius dan komited.



Mengikut Najib, daripada isu rumah, harga ayam dan keperluan lain, kerajaan akan tetap memperjuangkannya demi kepentingan rakyat. Sebab itu BN, kalau tidak tergelincir daripada landasan ini, BN akan tetap menjadi pilihan rakyat.

No comments:

Post a Comment