My Add

Monday 31 March 2014

Awang Adek dilantik Duta Besar Malaysia ke AS

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Mac, 2014: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat (AS) di Istana Negara di sini.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Awang Adek, 59, yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memiliki Ijazah Sarjana Muda (Matematik dan Ekonomi) dari Drew University, AS.

Beliau turut memegang Ijazah Sarjana (Ekonomi) dan Doktor Falsafah (Ekonomi) dari University Pennsylvania, AS. - UTUSAN ONLINE 
Wanita selamat selepas 14 hari terapung di laut

JAKARTA, ISNIN, 31 Mac, 2014: Pantang maut sebelum ajal. Itulah yang dialami seorang wanita selepas hanya bergantung kepada air hujan untuk hidup setelah terapung di laut selama dua minggu.

Susanti, 32, yang berasal dari Desa Lebo dalam daerah Parigi Moutong, Sulawesi Tengah, ditemui oleh dua nelayan di laut pagi tadi.

Ketua Polis Wilayah Poso Kota, Urbanus Songgo berkata kejadian berlaku apabila bot yang dinaiki Susanti dan suaminya, Toni, 33, terbalik dilambung

ombak ketika memancing ikan di laut.

"Dari keterangan mangsa, dia sudah 14 hari terumbang-ambing di laut. Dia boleh bertahan hidup kerana minum air hujan. Wanita ini diselamatkan oleh dua

nelayan yang berasal dari Tegalredjo, Poso, kira-kira 11 pagi tadi," kata

Urbanus yang dipetik akhbar Kompas.com pada Isnin.

Urbanus berkata, daripada keterangan dua nelayan berkenaan, Sudirman, 30, dan Aco, 36, mereka melihat sebuah bot terbalik dan seorang wanita yang berada dalam keadaan lemah.

"Kedua-dua nelayan itu membawa mangsa ke klinik berdekatan. Sehingga kini, suami Susanti belum ditemui," katanya. - BERNAMA 
Karpal, Anwar boleh sertai sidang sehingga rayuan kes diputuskan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Mac, 2014: Sidang Dewan Rakyat hari ini diberitahu, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan terus menyertai persidangan sehingga keputusan rayuan kes masing-masing diputuskan oleh mahkamah.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, setakat ini beliau belum menerima apa-apa arahan berhubung status keanggotaan kedua-dua wakil rakyat itu.

"Oleh kerana kedua-dua yang berhormat sudah membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi...eloklah kita tunggu keputusan mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Karpal yang ingin tahu kemungkinan kedudukan mereka dilucutkan susulan keputusan mahkamah yang membolehkan hak sebagai ahli Parlimen terlucut.

Pada 11 Mac lepas, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap Karpal bagi pertuduhan menghasut, manakala pada 7 Mac lalu, Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya.

Karpal dan Anwar telah memfailkan rayuan berhubung keputusan itu. - BERNAMA 
MH370: Mei Fun dilantik pegawai khas Malaysia ke China

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Mac, 2014: Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik sebagai pegawai khas mewakili Malaysia ke China bagi bertemu dengan anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keputusan itu dibuat oleh jemaah menteri dalam mesyuarat mingguannya baru-baru ini bagi memastikan wakil kerajaan Malaysia fasih berbahasa Mandarin bagi mengendalikan urusan dengan anggota keluarga penumpang warga China.

"Difahamkan Mei Fun bersama-sama dengan rombongan delegasi yang diketuai Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin serta anggota Crisis Relief Squad of MCA (CRSM) berlepas ke China untuk bertemu anggota keluarga semalam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA di Wisma MCA, di sini hari ini. - BERNAMA 
MH370: Kerajaan kaji keperluan dedah transkrip perbualan juruterbang

Oleh ASRON MUSTAPHA

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Mac, 2014: Kerajaan akan berbincang dengan pasukan penyiasat sama ada terdapat keperluan untuk mendedahkan transkrip perbualan juruterbang pesawat MH370 dan pembantunya dengan menara kawalan kepada umum.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, keputusan akhir mengenainya terpulang kepada pasukan penyiasat. - UTUSAN ONLINE 
MH370: Waktu semakin suntuk

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Mac, 2014: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengakui waktu semakin suntuk buat pasukan mencari dan menyelamat selepas 23 hari operasi mencari pesawat MH370 yang disahkan berakhir di Lautan Hindi gagal menemui sebarang serpihan seperti diharapkan. - UTUSAN ONLINE 
MH370: Berkata hanya yang benar atau diam jika tidak tahu - Jamil Khir

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 31 Mac, 2014: Rakyat perlu mengiktiraf dan menghormati kenyataan rasmi yang dikeluarkan kerajaan berhubung insiden membabitkan pesawat milik Malaysia Airlines, MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Islam tidak membenarkan sebarang penyebaran maklumat tidak tepat kerana memberi kesan negatif terhadap masyarakat dan dalam konteks MH370, rakyat perlu berkata hanya yang benar atau lebih baik diam sahaja jika tidak tahu apa-apa.

"Rakyat juga perlu menghentikan serta merta sebarang hebahan maklumat yang tidak tepat kerana sangat menghiris perasaan keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan multaqa imam, guru takmir dan anggota jawatankuasa masjid peringkat negeri Terengganu di sini hari ini. - BERNAMA 
MH370: Indonesia yakin keupayaan Malaysia

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Mac, 2014: Indonesia hari ini melahirkan keyakinan terhadap keupayaan Malaysia dalam operasi mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Keyakinan itu disuarakan oleh Penasihat Khas Menteri Luar Indonesia, Wiwiek Setyawati Firman ketika mengadakan perjumpaan dengan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini.

"Tujuan pertemuan ini adalah bagi menyuarakan sokongan kami kepada Malaysia untuk meneruskan penyiasatan dan operasi mencari MH370.

"Kami memang yakin sepenuhnya dengan kemampuan kerajaan Malaysia dan memang kami menyokong," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Dalam pertemuan itu, Wiwiek Setyawati turut menyatakan Indonesia sentiasa bersedia untuk memberi sebarang bentuk bantuan yang diperlukan Malaysia.

"Kami sedia memberi sebarang bentuk bantuan yang diperlukan. Misalnya kami telah memberi kebenaran bagi 94 penerbangan dari 9 negara untuk tujuan operasi ini," kata beliau.

Mengenai dakwaan kononnya terdapat keluarga penumpang Indonesia yang menerima panggilan telefon daripada ahli keluarga mereka yang berada dalam MH370, katanya, beliau tidak berada dalam kedudukan untuk mengesahkan perkara itu.

"Keluarga penumpang telah menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan Malaysia untuk meneruskan operasi ini dan mereka mengharapkan masih ada yang terselamat," katanya.

Sembilan rakyat Indonesia antara 227 penumpang MH370 yang hilang sejak 23 hari lalu.

Sejurus bertemu delegasi Indonesia, Hishammuddin turut bertemu dengan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Rod Smith.

Smith yang ditemani Ketua Suruhanjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Matin Dolan ketika ditemui selepas pertemuan selama 40 minit itu bagaimanapun enggan mengulas tentang perjumpaan itu. - UTUSAN ONLINE 
RM885 juta bagi perkembangan syiar Islam tahun ini

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 31 Mac, 2014: Kerajaan memperuntukkan RM885 juta tahun ini bagi perkembangan syiar Islam di seluruh negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, peruntukan itu bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran aktiviti keagamaan untuk rakyat dan daripada jumlah itu RM540 juta untuk pembayaran elaun imam, guru takmir, guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) serta Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD).

"Peruntukan ini membuktikan kecaknaan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan keselesaan empat golongan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti dakwah di peringkat akar umbi ini kerana mereka adalah teraju utama memastikan kelangsungan keharmonian masyarakat setempat.

"Peranan mereka, semakin hari semakin mencabar dengan serangan ancaman akidah dari pelbagai sudut...jadi dengan dana bantuan yang diberikan ini diharap dapat dimanfaatkan untuk mempelbagaikan usaha menyuburkan roh Islam di tempat mereka bertugas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa Imam, Guru Takmir dan Jawatankuasa Masjid peringkat negeri Terengganu di Kuala Terengganu hari ini. - BERNAMA 
Anak perempuan Kapten Zaharie bidas laporan The Daily Mail


KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Mac, 2014: Aishah Zaharie, anak perempuan Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih hilang, membidas laporan The Daily Mail yang mendakwa bapanya mengalami gangguan emosi beberapa minggu sebelum tragedi itu.

"Kepada Daily Mail, anda patut menimbang untuk membuat filem memandangkan anda memang cekap mengada-adakan cerita dan skrip. Semoga Tuhan merahmati jiwa anda. Saya tidak akan memaafkan anda," katanya dalam catatan terbaharunya dalam Facebook.

Selain itu, catatan itu juga menerima sokongan rakan-rakannya dan seorang daripadanya Izni Disney membalas catatan itu dengan menyatakan bahawa Zaharie adalah seorang yang baik.

Semalam, The Daily Mail memaparkan tajuk berita 'Anak perempuan akui Kapten MH370 Kelihatan Keliru dan Terganggu'.

Pada 8 Mac, penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi menuju ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal, sebelum hilang daripada radar sejam kemudian. - BERNAMA 
MH370: Objek yang diambil bukan pesawat MAS

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Mac, 2014: Tiada satu pun daripada kelima-lima objek yang diambil di Lautan Hindi ada kaitan dengan MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - UTUSAN ONLINE 
PM Australia sokong pandangan Najib MH370 hilang di Lautan Hindi

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Mac, 2014: Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menyokong pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa penerbangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berakhir di Lautan Hindi.

"Berdasarkan bukti dikumpulkan mendapati pesawat itu telah hilang dan ia hilang di kawasan selatan Lautan Hindi," katanya kepada pemberita di pusat koordinasi pencarian pesawat itu di pangkalan tentera udara Australia di Perth, menurut laporan agensi berita AFP, Isnin.

"Bukti itu jelas amat kukuh dan saya fikir Najib berhak membuat rumusan itu, dan saya fikir sebaik sahaja rumusan itu dicapai, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk mengumumkan rumusan itu," kata Abbott dipetik oleh agensi berita itu. - BERNAMA 
Bapa Mohd. Razahan tidak percaya spekulasi buruk media asing

PUTRAJAYA , ISNIN,31 Mac, 2014: Bapa seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 Zamani Zakaria tidak pernah mempercayai spekulasi buruk oleh media asing mengenai kehilangan pesawat itu sejak hari pertama ia berlaku.

Zamani, 56, bapa kepada Mohd Razahan, 23, berkata mereka sekeluarga hanya mempercayai maklumat oleh Malaysia Airlines (MAS) serta pihak berkuasa Malaysia.

"Namun kadang kala spekulasi-spekulasi itu juga mengganggu emosi kami sekeluarga, mereka tidak patut menuduh kerajaan Malaysia tanpa sebarang fakta," katanya ketika dihubungi hari ini untuk mengulas tentang beberapa laporan media asing berhubung kehilangan pesawat itu pada 8 Mac lepas.

Tegasnya, media asing juga tidak seharusnya menuduh yang bukan-bukan dalam situasi yang sangat getir seperti sekarang di mana operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan oleh Malaysia dan 26 negara lain.

Beliau berkata operasi SAR yang telah masuk hari ke 24 hari ini juga memperlihatkan MAS sentiasa berhubungan dengan mereka bagi memaklumkan perkembangan terkini. - BERNAMA 
Pil kuda bernilai hampir RM1 juta dirampas

Oleh SITI NURAZLINA JAMALUDIN

KOTA BHARU, ISNIN, 31 Mac, 2014: Polis Kelantan merampas sejumlah 39,399 biji disyaki dadah jenis pil kuda yang dianggarkan bernilai hampir RM1 juta di Kampung Gual Tinggi, Gual Sitok, Rantau Panjang di sini, semalam.

Dalam serbuan pada kira-kira pukul 2.45 petang itu, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan turut merampas wang tunai berjumlah RM39,599.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, sepasang suami isteri berumur 21 dan 25 tahun telah ditahan dalam serbuan terbabit bagi membantu siasatan.

"Kedua-dua suspek yang ditahan dirumah tersebut tidak mempunyai jenayah lampau serta hasil ujian air kencing yang diperoleh juga adalah negatif.

"Pasangan terbabit ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori," katanya dalam sidang akhbar di IPK Kelantan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 
MH370: Media asing ada agenda

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Mac, 2014: Media asing dilihat mempunyai agenda yang tersurat apabila menghentam dan mengkritik keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menguruskan isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu.

Serentak itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin mengingatkan anggota tentera tidak terbabit dan termakan hasutan agenda media asing tersebut.

"Kita menerima kecaman yang hebat daripada media-media di luar negara dan juga mengeksploitasikan keadaan yang dialami oleh waris-waris penumpang MH370.

"Percayalah ini adalah agenda media luar negara dan kita jangan sekali-sekali termakan hasutan agenda semua ini," katanya ketika berucap dalam majlis penutup Eksesais Pahlawan Siri 15/2014 di Kementerian Pertahanan di ibu negara hari ini.

Dalam sidang akhbar kemudian, Zulkifeli berkata, laporan-laporan yang dibuat oleh media asing adalah keterlaluan dan tidak benar.

"Saya berasakan laporan yang dibuat oleh setengah media asing adalah tidak betul, keterlaluan dengan tidak mengambil kira keadaan sebenarnya.

"Mereka tidak mengambil kira kekangan-kekangan yang dihadapi oleh Malaysia kerana dalam keadaan tertentu tidak membolehkan kita melakukan sesuatu seperti menyampaikan maklumat," jelasnya.

Beliau berkata, Malaysia juga dituduh lewat menyampaikan maklumat sedangkan informasi yang dapati perlu disahkan terlebih dahulu dan kadang-kala memerlukan tindakan bersendirian. - UTUSAN ONLINE 
Malaysia sokong Timor Leste anggotai ASEAN

PUTRAJAYA, ISNIN, 31 Mac, 2014: Malaysia memberi sokongan kepada Timor Leste untuk menjadi anggota ASEAN yang terbaharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Kuala Lumpur pada masa sama mahu mengukuhkan hubungan dengan Dili dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan.

Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmao sedang mengadakan lawatan rasmi selama empat hari di Malaysia. - UTUSAN ONLINE 
Akta pencegahan jenayah berkuatkuasa Rabu ini

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Mac, 2014: Sidang Dewan Rakyat hari ini diberitahu Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, khusus untuk membanteras jenayah terancang dan berat akan dikuatkuasakan Rabu ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, selain bukti kerajaan komited membanteras aktiviti jenayah, akta yang akan diwartakan esok itu bertujuan memastikan usaha pencegahan dapat dilakukan segera.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang ingin tahu bila POCA akan dilaksanakan pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Wan Junaidi menjelaskan, akta itu antara lain memberi kuasa kepada Lembaga Pencegahan Jenayah mengeluarkan arahan menahan penjenayah selama dua tahun. - BERNAMA 
Kematian akibat tibi meningkat 13 peratus

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Mac, 2014: Tibi atau Tuberculosis menjadi punca utama kematian bagi kategori penyakit berjangkit dengan mencatatkan peningkatan kes kematian sebanyak 13 peratus pada tahun lepas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata, sebanyak 1,597 kes kematian disebabkan Tibi dilaporkan di Malaysia pada tahun lepas iaitu meningkat sebanyak 183 kes berbanding 1,414 kes kematian pada 2012.

"Kes Tibi juga meningkat pada tahun lepas iaitu sejumlah 24,071 kes dilaporkan dan ia meningkat sebanyak enam peratus atau 1,361 kes berbanding 22,710 pada tahun 2012," katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Tibi Sedunia 2014 peringkat kebangsaan yang bertemakan ’Mantapkan Prestasi:Ke arah Mengesan, Merawat dan Menyembuhkan Pesakit Tibi’ di sini hari ini.

Beliau berkata, secara nisbah seorang pesakit Tibi yang aktif boleh memberi jangkitan kepada 10 orang lain sekiranya tidak mendapatkan rawatan lanjut dan tidak menghiraukan langkah pencegahan awal bagi menghapuskan kuman Tibi. - BERNAMA 
Kenal pasti punca baharu sumber air - Raja Nazrin

IPOH, ISNIN, 31 Mac, 2014: Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, langkah jangka panjang perlu dirintis bagi memastikan bekalan air terus terjamin melalui inisiatif mengenal pasti punca baharu sumber air.

Selain bersiap sedia memastikan kualiti dan kuantiti sumber air tidak terjejas dengan kemungkinan kemarau berpanjangan, baginda bertitah, langkah jangka panjang perlu dirintis bagi menjamin bekalan air yang mencukupi berikutan jumlah penggunaan air di negeri ini meningkat 3.2 peratus tahun lepas.

"Penggunaan air bawah tanah telah mula diterokai. Kaedah baharu iaitu Sistem Penapisan Tebing Sungai sebagai sumber alternatif telah dilaksanakan di Loji Rawatan Air Kota Lama Kiri (Kuala Kangsar)," titah baginda pada perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Perak ke-13 di sini, hari ini. - BERNAMA
Malaysia sokong Timor Leste anggotai ASEAN

PUTRAJAYA, ISNIN.  31 Mac, 2014:: Malaysia memberi sokongan kepada Timor Leste untuk menjadi anggota ASEAN yang terbaharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Kuala Lumpur pada masa sama mahu mengukuhkan hubungan dengan Dili dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan.

Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmao sedang mengadakan lawatan rasmi selama empat hari di Malaysia. - UTUSAN ONLINE
Pemandu lori bebas daripada tuduhan edar dadah

ALOR SETAR, ISNIN, 31 Mac, 2014: Seorang pemandu lori hari ini terselamat daripada tali gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskannya daripadas tuduhan mengedar dadah dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati S.James, 29, berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, Mohd. Zaki berkata, pihak pendakwaan gagal mengemukakan pemilik kedai (tempat kejadian) sebagai saksi walaupun menawarkannya sebagai saksi pembelaan untuk membuktikan penglibatan dan kehadiran tertuduh di situ.

Katanya, pihak pendakwaan juga tidak mengemukakan straw, yang didakwa digunakan untuk membungkus dadah sebagai eksibit sedangkan tiada keterangan yang boleh menunjukkan tertuduh telah membuangnya.

James didakwa mendedar heroin seberat 20.7 gram dan manoacertylmorphines seberat 5.2 gram di rumah kedai LBS 24, Jalan Sekerat, Sungai Petani di sini pada pukul 12.15 tengah hari, 29 Feb 2012.

Beliau diwakili peguam R.S.N Rayer manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Nor Hasnita Wan Daud. - BERNAMA
Dua anggota polis maut dalam letupan di Narathiwat

NARATHIWAT, ISNIN,, 31 Mac, 2014: Dua anggota polis maut, manakala tiga yang lain cedera dalam satu letupan bom ketika pasukan keselamatan itu dalam perjalanan ke sebuah pusat mengundi di daerah Rueso di sini, semalam.

Akhbar Bangkok Post melaporkan hari ini, kejadian itu berlaku apabila lima anggota polis berkenaan dalam perjalanan menaiki sebuah kenderaan untuk ke pusat mengundi sempena pilihan raya Senat di Ban Sue Lo.

Bom berkenaan dipercayai dipasang di jalan raya yang menghala ke arah kawasan pusat mengundi dan diaktifkan oleh ahli pemisah ketika kenderaan polis itu melepasi jalan berkenaan. - AGENSI/UTUSAN
Pilihan raya Presiden Mesir 26 dan 27 Mei ini

KAHERAH, ISNIN., 31 Mac, 2014: Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir hari ini mengumumkan pilihan raya Presiden negara akan diadakan pada 26 dan 27 Mei.

Pilihan raya itu akan diadakan untuk pusingan kedua sekiranya tidak ada calon memenangi kerusi namun, Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dijangka akan menjadi calon utama dalam pemilihan jawatan berkenaan berikutan tiada persaingan sengit daripada parti lawan. - AFP/UTUSAN
MH370: Tiada bukti keganasan, 2014:

WASHINGTON, ISNIN, 31 Mac - Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) semalam berkata, penyiasat tidak menemui sebarang bukti bagi menunjukkan kegiatan keganasan merupakan punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Pengerusi Jawatankuasa Risikan Dewan Perwakilan, Mike Rogers dan Pengerusi Jawatankuasa Risikan Dewan Senat, Dianne Feinstein berkata, mereka tidak melihat sebarang bukti menjurus kepada perbuatan khianat. - Reuters/UTUSAN
Pencarian MH370 tetap diteruskan-Abbott

PERTH, ISNIN, 31 Mac, 2014: Perdana Menteri, Tony Abbot berikrar pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 akan diteruskan walaupun tindakan tersebut mengalami kesukaran.

Abbott berkata, usaha mencari akan diteruskan walaupun tiada serpihan ditemui di Lautan Hindi sejak lebih tiga minggu.

"Keadaan masih terlalu awal untuk mengurangkan usaha mencari," katanya. - Reuters/Agensi/UTUSAN
Tatar mahu wilayah autonomi

 * SEBAHAGIAN delegasi menghadiri perhimpunan komuniti Tatar, Kurultai berikutan usul penubuhan ‘wilayah etnik dan autonomi’ penduduk minoriti di Semenanjung Laut Hitam itu selepas majoriti penduduk Crimea bersetuju mahu keluar dari Ukraine dan bergabung dengan Rusia di Bakhchisaray, Ukraine, kelmarin. - REUTERS
BAKHCHISARAY, Crimea  ISNIN,30 Mac, 2014: Wakil-wakil etnik Islam Tatar, hari ini meluluskan usul bagi penubuhan ‘wilayah etnik dan autonomi’ penduduk minoriti di Semenanjung Laut Hitam itu selepas majoriti penduduk Crimea bersetuju mahu keluar dari Ukraine dan bergabung dengan Rusia.

Pengerusi Perhimpunan Tatar Crimea, Refat Chubarov berkata, tindakan itu diambil selepas kira-kira 300,000 penduduk minoriti Islam daripada dua juta penduduk Crimea, masih mengambil pendirian menentang penggabungan wilayah ini dengan Rusia.

Refat berharap usul untuk mendapatkan wilayah autonomi itu, mendapat reaksi yang positif daripada Kiev dan Moscow.

Jelasnya, perhimpunan itu pada asalnya diadakan untuk mempertimbangkan sama ada mahu melaksanakan pungutan suara dalam kalangan penduduk Islam Tatar bagi memilih menyertai Rusia atau kekal dengan Ukraine.

"Apabila tiba masanya, etnik Islam Tatar perlu membuat keputusan penting bagi menentukan masa depan sebagai golongan minoriti.

"Saya meminta semua wakil menyokong usul penubuhan wilayah etnik dan autonomi di Crimea mengikut saluran politik dan undang-undang," katanya kepada lebih 200 wakil sebelum undian bermula.

Semasa pungutan suara pada 16 Mac lalu, penduduk Islam Tatar mengambil keputusan untuk memulaukan undian terbabit sebagai membantah usul bergabung dengan Rusia.

Moscow turut memberi tekanan kepada golongan minoriti itu agar tidak menentang penggabungan wilayah terbabit, namun usul menubuhkan wilayah autonomi memberi petanda bahawa masyarakat Islam Tatar sedia berunding status mereka dengan Rusia.

Rusia menghantar dua tokoh Islam negaranya iaitu Ketua Majlis Mufti, Ravil Gaynutdin dan Ketua Persatuan Tatarstan, Rustam Minnikhanov untuk memujuk masyarakat Islam Tatar menyebelahi Moscow. - REUTERS 
Pilihan raya Senat tentu nasib Yingluck

 *YUNGLUCK Shinawatra turut serta mengundi dalam pilihan raya peringkat Senat di Bangkok, Thailand, semalam. - REUTERS
BANGKOK 30 Mac, 2014: Thailand mengadakan pilihan raya peringkat Senat hari ini, sekali gus bakal menjadi penentu nasib Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra yang berdepan dakwaan berlaku cuai berhubung skim subsidi beras.

Pilihan raya berkenaan diadakan ketika berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan antikerajaan meneruskan bantahan sejak tiga bulan lalu bagi mendesak Yingluck berundur.

Walaupun Dewan Senat Thailand secara rasminya seimbang antara wakil kerajaan dan pembangkang, tetapi kedua-dua pihak dijangka mahu menguasai kemenangan selepas Dewan Rendah masih tidak berfungsi ekoran pilihan raya pada Februari lalu terjejas.

Penunjuk perasaan mengganggu pilihan raya pada bulan lalu dan mendesak pembaharuan pentadbiran dilaksanakan bagi mengatasi masalah rasuah.

Bagaimanapun, kumpulan antikerajaan berkata, mereka tidak akan mengganggu proses pilihan raya Senat yang berlangsung hari ini.

Yingluck dipanggil menghadap Suruhanjaya Antirasuah Kebangsaan (NACC) sebelum esok bagi mempertahankan dirinya terhadap tuduhan cuai mengendalikan dana skim subsidi beras.

Jika beliau didakwa di mah­kamah, Yingluck akan berdepan undi tidak percaya di Dewan Parlimen yang boleh menyebabkan pemecatan dan larangan selama lima tahun dalam bidang politik.

Sementara itu, dua anggota polis maut, manakala tiga yang lain cedera dalam satu letupan bom ketika pasukan keselamatan itu dalam perjalanan ke sebuah pusat mengundi di daerah Rueso di sini, awal hari ini.

Akhbar Bangkok Post melaporkan, kejadian itu berlaku apabila lima anggota polis berkenaan dalam perjalanan menaiki sebuah kenderaan untuk ke pusat mengundi sempena pilihan raya Senat di Ban Sue Lo. - AFP/UTUSAN 
Hospital Shah Alam dijangka siap 24 September

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Mac, 2014: Projek pembinaan Hospital Shah Alam (HSA) dijangka siap sepenuhnya pada September tahun ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pemaju kini menumpukan pada kerja-kerja pembelian, pemasangan dan menguji peralatan perubatan selepas pembinaan fizikal bangunan itu kini siap 100 peratus.

``Tahap kesediaan skop komponen peralatan hospital yang melibatkan kos pembinaan keseluruhan RM550.8 juta itu kini telah mencapai 86 peratus dengan kerja-kerja pemasangan masih berjalan,'' katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Rosnah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM410.8 juta ialah kos kontrak semasa manakala RM140 juta merupakan bayaran kepada pemaju terdahulu yang ditamatkan kontrak pada September 2010 kerana gagal melaksanakannya mengikut jadual. - BERNAMA 
Lebih 77 peratus pekerja asing terlibat dalam perladangan sawit

ROMPIN, ISNIN, 31 Mac, 2014: Lebih 77 peratus daripada 442,094 tenaga kerja yang terlibat dalam sektor perladangan sawit di negara ini terdiri daripada pekerja asing.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Douglas Uggah Embas berkata, berdasarkan statistik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sehingga Disember tahun lepas itu, ia jelas menunjukkan kebergantungan sektor sawit negara terhadap tenaga kerja asing.

Sehubungan itu, katanya, kementerian berusaha mengatasi masalah itu dengan melatih lebih ramai tenaga kerja tempatan terutama dalam kalangan belia untuk menceburi bidang itu.

"Penglibatan tenaga kerja tempatan akan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

"Sehubungan itu kementerian akan berusaha melatih lebih ramai belia tempatan dalam sektor perladangan yang merupakan pendekatan untuk mengatasi isu ini," katanya pada majlis penganugerahan Sijil Institusi Perladangan dan Komoditi Malaysia (Impac) serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi Kursus Operator Mekanisasi Ladang (KOML) di Dewan Pusat Latihan Industri Sawit Malaysia (Plasma) Keratong, di sini hari ini. - BERNAMA 
Bunuh dan rogol: Rambo Bentong diperintah bela diri

TEMERLOH, ISNIN, 31 Mac, 2014: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang lelaki yang sebelum ini dihukum penjara 115 tahun bagi lima sabitan merogol dan seks luar tabii, membela diri terhadap pertuduhan membunuh dan merogol seorang remaja perempuan lima tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Rabidin Satir yang juga dikenali sebagai Rambo Bentong.

Rabidin, 43, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, antara 11.30 malam 7 Mac 2009 dan 1.50 petang 8 Mac 2009, di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong, dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa merogol mangsa ehingga menyebabkan kematiannya di tempat dan pada masa sama, mengikut Seksyen 376(4) yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Rabidin memberitahu mahkamah dia akan memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang tertuduh sebagai kaedah bagi membela diri, selepas berbincang dengan peguam belanya, Richard Bong Chong Fook.

Abdul Karim kemudiannya menetapkan 2 April ini sebagai tarikh mendengar keterangan bersumbah Rabidin.

Terdahulu, semasa penyampaikan penghakimannya, Abdul Karim berkata, hasil pemeriksaan doktor mendapati punca kematian mangsa adalah kelaran di lehernya.

Menurut beliau, kesan air mani terdapat pada kemaluan mangsa dan kesan yang sama turut didapati pada pakaian mangsa yang diserahkan oleh keluarga mangsa kepada pegawai penyiasat.

"Kesan air mani pada mangsa jelas bahawa pada hari kejadian, tertuduh adalah orang yang terakhir dengan mangsa.

"Tiada keterangan menunjukkan bahawa ada orang lain pada masa kejadian. Saya mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu prima facie bagi dua tuduhan itu," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustaffa. - BERNAMA 
Kerajaan bentang RUU GST 2014

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Mac, 2014: Kerajaan hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 untuk bacaan kali pertama di sidang Dewan Rakyat di sini.

Rang undang-undang itu dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. - UTUSAN ONLINE 
MH370: Media asing ada agenda

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Mac, 2014: Media asing dilihat mempunyai agenda yang tersurat apabila menghentam dan mengkritik keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menguruskan isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu.

Serentak itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin mengingatkan anggota tentera tidak terbabit dan termakan hasutan agenda media asing tersebut.

"Kita menerima kecaman yang hebat daripada media-media di luar negara dan juga mengeksploitasikan keadaan yang dialami oleh waris-waris penumpang MH370.

"Percayalah ini adalah agenda media luar negara dan kita jangan sekali-sekali termakan hasutan agenda semua ini," katanya ketika berucap dalam majlis penutup Eksesais Pahlawan Siri 15/2014 di Kementerian Pertahanan di ibu negara hari ini.

Dalam sidang akhbar kemudian, Zulkifeli berkata, laporan-laporan yang dibuat oleh media asing adalah keterlaluan dan tidak benar.

"Saya berasakan laporan yang dibuat oleh setengah media asing adalah tidak betul, keterlaluan dengan tidak mengambil kira keadaan sebenarnya.

"Mereka tidak mengambil kira kekangan-kekangan yang dihadapi oleh Malaysia kerana dalam keadaan tertentu tidak membolehkan kita melakukan sesuatu seperti menyampaikan maklumat," jelasnya.

Beliau berkata, Malaysia juga dituduh lewat menyampaikan maklumat sedangkan informasi yang dapati perlu disahkan terlebih dahulu dan kadang-kala memerlukan tindakan bersendirian. - UTUSAN ONLINE 
Polis minta orang ramai salur maklumat kes rompak di Kemaman

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 31 Mac, 2014: Polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kes rompakan di sebuah kedai telekomunikasi di Bandar Seri Bandi, Kemaman Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, setakat ini pihaknya tidak mempuyai maklumat terperinci berhubung lima suspek yang dipercayai melakukan kegiatan berkenaan.

"Kita juga telah mengambil keterangan daripada mangsa yang terlibat, namun identiti kelima-lima suspek masih samar selain mangsa juga tidak mengingati nombor pendaftaran kereta Proton Persona berwarna Perak yang dinaiki kumpulan lelaki itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Kedai itu dilapor mengalami kerugian kira-kira RM13,000 apabila barangan kemas individu serta berberapa telefon bimbit dilarikan kumpulan lelaki yang bersenjatakan parang kira-kira pukul 1.10 petang. - BERNAMA 
Polis masih siasat punca kematian pasangan suami isteri

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Mac, 2014: Polis masih menyiasat kes sepasang suami isteri yang ditemui mati dengan kesan kelar di leher mereka di Projek Perumahan Rakyat Kampung Muhibbah, Cheras di sini malam Sabtu lepas.

Ketua Daerah Polis Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, polis sedang melakukan siasatan dari pelbagai sudut antaranya latar belakang mangsa dan turut mengambil keterangan daripada anggota keluarga mereka.

"Siasatan awal forensik menunjukkan kemungkinan si suami telah mengelar isterinya terlebih dahulu bersama anjing mereka dengan menggunakan pisau yang sama, sebelum si suami membunuh diri.

"Setakat ini polis mengklasifikasi kes itu sebagai kematian mengejut," katanya ketika ditemui pada majlis pengisytiharan Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini hari ini.

Beliau berkata, sebelum kejadian, seorang mangsa menghubungi anggota keluarganya memberitahu dia sedang mengalami masalah, namun enggan menyatakan lebih lanjut masalahnya. - BERNAMA 
Muhyiddin serah tawaran biasiswa kepada 50 pelajar cemerlang

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Mac \, 2014: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyampaikan Surat Tawaran Biasiswa kepada 50 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di Bukit Kiara, di sini.

Tawaran penajaan itu adalah untuk membolehkan pelajar berkenaan melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di dalam dan luar negara, berdasarkan merit akademik.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan ketika berucap menyempurnakan majlis itu berkata, dengan adanya dasar penajaan dan inisiatif seperti Biasiswa Nasional akan dapat menghasilkan “kumpulan bakat bagi masa depan".

"Kerajaan sememangnya sedar mengenai pentingnya usaha-usaha untuk melatih, membangun serta mengekalkan modal insan yang terbaik.

"Justeru Program Biasiswa Nasional merupakan satu pelaburan jangka panjang kerajaan bagi mencapai agenda pembangunan modal insan negara," katanya. - BERNAMA 
100 penyokong tegar DAP dan NGO bantah ADUN Jawi

 * SEBAHAGIAN penyokong DAP dan NGO India dan Melayu yang menyertai bantahan aman di depan Pejabat ADUN Jawi di Taman Bukit Panchur di Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam.
NIBONG TEBAL, AHAD, 30 Mac, 2014: Kira-kira 100 penyokong tegar DAP dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masyarakat India dan Melayu mengadakan bantahan secara aman terhadap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee yang didakwa gagal membantu rakyat di kawasan itu.

Mereka mendakwa, wakil rakyat DAP itu gagal membantu mereka dalam menyelesaikan pelbagai masalah kebajikan yang diadukan kepadanya.

Menurut jurucakap kumpulan itu, M. Segar Muniandy, pelbagai masalah yang dihadapi rakyat tidak mendapat perhatian walaupun penduduk membuat aduan di pejabatnya di Taman Bukit Panchur di sini.

"Kita memilih dia sebagai wakil rakyat untuk menolong rakyat tetapi dia tidak turun padang membantu rakyat yang menghadapi masalah.

"Dia datang ke pusat khidmatnya itu seminggu sekali dan apabila kita membuat aduan, semuanya tidak dapat selesaikan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, sepatutnya tanggungjawab wakil rakyat yang dipilih rakyat adalah mengambil berat masalah yang dihadapi rakyat.

"Apabila kita pergi ke pejabatnya untuk meminta bantuan dia buat tidak layan dan cakap tak ada bantuan.

"Apabila berlaku kematian dia tidak menziarahi keluarga terbabit dan dia juga pandang rendah terhadap penduduk di kawasan kampung dan ladang," katanya.

M. Mathialagan berkata, sikap wakil rakyat itu jelas berbeza dengan bekas wakil rakyat terdahulu iaitu Tan Cheng Liang dan juga bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Beng Huat kerana mereka memahami masalah rakyat dan membantu rakyat.

"Kerana sikap egonya itu, kita kena pilih calon anak tempatan yang boleh membantu kita pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 nanti," tambahnya.

Katanya, masyarakat India dan Melayu di sini masih ketinggalan dan sewajarnya dalam PRU akan datang, mereka tidak lagi memberikan sokongan kepada wakil rakyat DAP itu. - UTUSAN 
Taman Tema Animasi pertama Asia dibina di Perak

IPOH, AHAD, 30 Mac, 2014: Taman Tema Animasi atau dikenali sebagai 'Movie Animation Park Studios' (MAPS), yang pertama di Asia, bernilai RM450 juta di Meru Raya di sini, dijangka siap pada Disember tahun depan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, MAPS, usahasama antara Perak Corp Berhad dan Sanderson Group, akan mempunyai pelbagai konsep zon animasi merangkumi Animation Square, Fantasy Forest, Live Action, Blast Off, DreamWorks dan Lakeside Zone.

"Ia juga akan memperkenalkan watak animasi yang ada di televisyen seperti The Croods, MegaMind, Mr Peabody and Sherman serta Casper the Friendly Ghost. MAPS adalah projek terbesar bertaraf antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah MAPS di Pusat Konvensyen Aman Jaya di sini hari ini.

Beliau berkata MAPS terletak pada kedudukan strategik iaitu di Ipoh yang dilengkapi perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) serta berhampiran laluan Lebuhraya Utara-Selatan bagi kemudahan para pengunjung.

MAPS yang kini dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 10 hektar daripada 20.8 hektar di Meru Raya di sini, akan membuka hampir 3,000 peluang pekerjaan termasuk 700 pekerjaan utama, katanya. - BERNAMA 
Malaysia percaya ICT boleh peranan lebih dalam industri penerbangan

DUBAI, AHAD, 30 Mac, 2014: Malaysia percaya bahawa teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) boleh memainkan peranan lebih penting dalam industri penerbangan susulan kehilangan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines yang menimbulkan misteri.

Dalam konteks ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, mengesan dan mencari kotak hitam, contohnya, seharusnya menjadi perkara yang telah berlalu, terutama dengan kemunculan teknologi ’cloud computing’ (pembangunan dan penggunaan teknologi komputer dengan menggunakan internet sebagai ruang untuk menyimpan segala data).

"Saya percaya bahawa data daripada pesawat termasuk daripada kotak hitam boleh dihantar secara berterusan dan disimpan di pusat data di bumi. Kita seharusnya boleh mengambil dan menganalisis data ini tanpa perlu mengesan kotak hitam.

"Saya percaya perubahan yang mudah ini mungkin membawa hasil yang berbeza (dalam bidang penerbangan) sekarang," kata beliau dalam kenyataan dasar pada Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Dunia (WTDC) 2014 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu, Ahad. Kenyataan itu dihantar kepada Bernama di sini.

Justeru, beliau menggesa Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bekerjasama dengan industri penerbangan untuk membolehkan pemantauan data penerbangan dari semasa ke semasa dan memantau apa yang berlaku di dalam kokpit. - BERNAMA 
Ibu seorang penumpang MH370 yakin anaknya selamat

BERA, AHAD, 30 Mac, 2014: "Saya yakin anak saya masih hidup," kata Normah Jaafar, ibu kepada Khairul Amri Selamat, seorang daripada 239 penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Bagi ibu tunggal berusia 56 tahun ini, selagi belum ada bukti sahih tentang nasib pesawat itu, selagi itu beliau yakin anaknya yang mesra dengan panggilan 'adik' masih selamat.

"Saya tidak pernah bermimpi apa-apa pun setakat ini, kerana itu sebagai seorang ibu, hati kecil ini kuat mengatakan beliau masih selamat," katanya yang ditemui semasa menerima lawatan Anggota Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Menurutnya, sejak kehilangan pesawat itu, setiap hari jugalah apabila pukul 5.30 petang, dengan penuh harapan beliau akan menanti panggilan daripada anak bongsunya itu.

Ini kerana kelazimannya pada waktu itulah, anaknya akan membuat panggilan telefon untuk bertanya khabar setiap kali anaknya pulang dari kerja.

Normah berkata, beliau teramat merindui anaknya daripada tiga beradik itu dan mengharap sesuatu keajaiban akan berlaku.

Menurutnya, berikutan kejadian itu juga kesihatan cucunya Mohd Airil yang berumur 1 tahun 4 bulan yang merupakan cahaya mata pertama Mohd Khairul Amri hasil perkahwinannya dengan Erni Artila Mustafa, 29, turut terganggu kerana terlalu rindukan ayahnya.

Ismail Sabri pula berharap keluarga tersebut akan terus tabah selain melakukan solat hajat dan memperbanyakkan doa supaya usaha mencari pesawat tersebut dipermudahkan yang maha kuasa.

"Sebagai orang Islam kita kena banyak bersabar, mohon doa dan solat hajat agar diberkati Allah serta dipermudahkan operasi mencari serta menyelamat yang kini sedang giat dilakukan.

"Dalam masa yang sama, kita juga perlu meneruskan kehidupan seharian dan menjaga kesihatan serta makan minum. Jika sakit, ia akan menyulitkan lagi keadaan," katanya yang mengunjungi Normah di Taman Kerayong Makmur. - BERNAMA 

Sunday 30 March 2014

MH370: Bukan mudah kelola SAR berskala besar - Najib

SEPANG, AHAD, 30 Mac, 2014: Hubungan baik Malaysia dengan negara lain telah menyumbang kepada bantuan antarabangsa yang dihulur dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menegaskan bukanlah tugas mudah untuk menghimpunkan 26 negara dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) besar-besaran itu sekiranya Kuala Lumpur tidak mewujudkan hubungan rapat dengan ibu negara lain.

"Masyarakat perlu menyedari bahawa menjadi tugas yang besar untuk melibatkan begitu banyak negara dalam satu operasi besar-besaran. Perkara ini tidak akan berlaku jika Malaysia tidak mempunyai hubungan akrab dengan banyak negara," kata Najib.

Beliau ditemui media selepas menyaksikan perlumbaan Grand Prix Formula 1 Malaysia Petronas di Litar Sepang di sini hari ini.

Najib berkata, Malaysia amat menghargai semua sokongan dan bantuan yang dihulur negara terbabit dalam pencarian pesawat Boeing 777-200ER yang hilang daripada paparan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. - BERNAMA 
Khalid nafi banyak pencalonan jawatan PKR wujud unsur protes

SHAH ALAM, AHAD, 30 Mac, 2014: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan andaian bahawa banyaknya pencalonan untuk jawatan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun ini sebagai menunjukkan protes terhadap kepimpinan parti yang ada sekarang.

Menyifatkan ia hanya perkara biasa, Abdul Khalid menyatakan pertambahan jumlah itu menunjukkan parti tersebut sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak untuk bertanding sebarang jawatan.

"Tiada protes...ini memang perkara biasa sebab tiada sekatan untuk sesiapa mahu bertanding," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program U-Pustaka peringkat negeri Selangor di sini hari ini.

Dalam pemilihan parti itu yang dijadual berlangsung pada Mei depan, Abdul Khalid yang bertanding jawatan nombor dua parti bakal berdepan lima calon antaranya, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution; Naib Presiden Tian Chua; dan penyandang jawatan itu Azmin Ali.

Pemilihan parti itu tahun ini menyaksikan dua jawatan tertinggi iaitu Timbalan Presiden dan Naib Presiden mencatatkan bilangan calon teramai menyerahkan borang pencalonan. - BERNAMA 
Pelajar China gesa media henti burukkan imej Malaysia

KUALA LUMPUR, AHAD, 30 Mac, 2014: Pelajar China yang sedang mengikuti pengajian di Malaysia dan mereka yang pernah menuntut di negara ini, menggesa media China dan rakyat negara itu supaya tidak memburukkan imej Malaysia berikutan tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH370.

Presiden persatuan Alumni Pelajar China Malaysia (MACSA), Adam Huang berkata, persatuan itu telah menghubungi media di China melalui kedutaan negara mereka di sini untuk memintanya tidak lagi mengutuk Malaysia.

"Kami telah menghubungi media di China supaya berhenti daripada mengutuk dan memburukkan imej Malaysia. Kami juga minta mereka membantu memulihkan kepercayaan rakyat China terhadap Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

Di samping itu, kata beliau, MACSA memulakan usaha memberi penjelasan mengenai keadaan sebenar berhubung tragedi itu melalui media sosial.

"Sejak minggu pertama tragedi ini, kami menggunakan media sosial sebagai platform untuk menyampaikan ucapan terima kasih kepada negara ini dan memberi penjelasan tentang keadaan sebenar di sini," katanya. - BERNAMA 
Jawatan Presiden PKR kian tidak rasional - Rahman Dahlan

KOTA BELUD, AHAD, 30 Mac, 2014: PKR kian tidak rasional apabila pemilihan jawatan presiden parti itu bakal menjadi rebutan antara Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga penyandang jawatan Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, belum pernah berlaku dalam sejarah politik negara ini apabila suami dan isteri berentap untuk merebut jawatan yang sama.

"PKR ini sudah jadi parti yang tidak rasional, yang pada saya begitu kucar-kacir sekarang ini. Mana ada dalam sejarah isteri (dan) suami bertanding satu jawatan. Mungkin Anwar boleh tunjuk mana negara yang mengamalkan (ini), isteri, suami, anak lagi (bertanding).

"Dia tuduh kita nepotisme tetapi itu adalah nepotisme terbesar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Nelayan Kawasan Kota Belud serta penyampaian elaun sara hidup kepada nelayan Kota Belud di sini hari ini.

Jawatankuasa Pemilihan PKR menetapkan 25 April hingga 11 Mei depan sebagai tarikh pengundian pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang dijalankan mengikut zon secara berperingkat dalam tempoh tiga minggu. - BERNAMA 
Najib ucap Selamat Tahun Baharu kepada masyarakat Telugu

KUALA LUMPUR, AHAD, 30 Mac, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baharu kepada masyarakat Telugu.

"Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ’Ugadi Shubhakanshalu’ kepada semua rakyat Malaysia dari kaum Telugu sempena Tahun Baharu Telugu," katanya di akaun Facebook.

Namun nasib 239 penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines yang hilang masih menjadi ingatan Najib.

"Sementara mengalu-alukan menjelang tahun baharu, mari turut mengingati dan berdoa ke atas penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370 serta keluarga mereka," kata beliau.

Pesawat Boeing 777-200 yang menuju Beijing hilang daripada skrin radar kira-kira sejam selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac.

Terdapat kira-kira 300,000 masyarakat Telugu, yang berasal dari negeri Andhra di India, berada di Malaysia. - BERNAMA 
Najib gembira F1 berjalan lancar

SEPANG, AHAD, 30 Mac, 2014: Datuk Seri Najib Tun Razak berpuas hati acara Grand Prix (GP) Formula Satu Malaysia 2014 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berjalan lancar walaupun negara masih diselubungi tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370.

Perdana Menteri turut menyifatkan acara itu sebagai perlumbaan yang hebat meskipun jumlah penonton kali ini berkurangan sebanyak 25 peratus berbanding tahun lalu.

"Hari ini, jentera-jentera yang memaparkan logo Petronas berjaya menduduki tempat pertama dan kedua. Satu perlumbaan yang baik menurut perspektif Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan acara GP Formula Satu Malaysia 2014 di SIC di sini hari ini.

Lewis Hamilton dan Nico Rosberg dari pasukan Mercedes AMG Petronas mendominasi kedudukan pertama dan kedua dalam perlumbaan tersebut.

Najib turut menyampaikan trofi kepada Hamilton selepas perlumbaan berakhir. - UTUSAN ONLINE 
Anak perempuan Ketua Pramugara masih menaruh harapan

 * MAINA Elizabeth Nari, anak kepada ketua pramugara, Andrew Nari
PUTRAJAYA, AHAD, 30 Mac, 2014: Maira Elizabeth, anak perempuan ketua pramugara Andrew Nari yang berada dalam pesawat MH370, masih menaruh harapan walaupun langsung tiada perkhabaran mengenai pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu berada.

Gadis berusia 18 tahun itu, apabila menjawab mesej daripada peminat dalam laman twitternya @MairaElizxbeth- berkata: "saya sihat, kami tidak apa-apa," "Saya okay" , "Saya baik, terima kasih."

"Saya okay. Saya percaya mereka dalam keadaan baik. Jadi, saya okay," kata Maira dalam laman twitternya hari ini, masuk hari ke-23 operasi pencarian bagi menjejaki pesawat Boeing 777-200 itu yang hilang pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Maira sentiasa mengemaskini laman twitter mengenai bapanya sejak pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbangsa Antarabangsa KL menuju Beijing pada 8 Mac.

Beliau mewujudkan akaun twitter baharu semalam selepas akaun lamanya, @Gorgxous- digantung. Beliau mempunyai lebih 2,000 peminat sekarang.

Daripada laman twitternya, Maira menunjukkan sikap lebih positif terhadap tragedi itu.

"I orang biasa je la. Makin kita membesar, makin kita mempelajari erti kehidupan" "Saya mempunyai kelapangan sekarang. Sebab itu saya boleh menjawab mesej daripada setiap peminat," kata Maira dalam laman twitternya. - BERNAMA 
MH370: MAS tubuh pusat bantuan keluarga di Perth

KUALA LUMPUR, AHAD, 30 Mac, 2014: Malaysia Airlines (MAS) akan menubuhkan sebuah Pusat Bantuan Keluarga di Perth, Australia, bagi keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, pusat bantuan itu akan menjadi lokasi semua aktiviti yang dirancang bagi keluarga terbabit termasuk taklimat, sembahyang dan khidmat keagamaan.

"MAS akan mengatur urusan untuk membawa anggota keluarga penumpang pesawat MH370 ke Perth, sebaik sahaja pihak berkuasa mengesahkan bahawa serpihan fizikal yang ditemui itu adalah MH370," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, urusan itu akan dibuat segera apabila agensi kerajaan yang berkaitan memberi kebenaran kepada MAS untuk membawa anggota keluarga ke lokasi serpihan kapal terbang itu akan disimpan. - BERNAMA 
Mercedes Petronas kuasai kedudukan pertama, kedua di Sepang

SEPANG, AHAD, 30 Mac, 2014: Mercedes AMG Petronas menawan Litar Antarabangsa Sepang di sini selepas Lewis Hamilton dan Nico Rosberg mendominasi kedudukan satu dan dua dalam perlumbaan Grand Prix Formula Satu Petronas Malaysia 2014, hari ini.

Tempat ketiga menjadi milik juara dunia tahun lalu, Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull. - UTUSAN ONLINE 
ASNB tawar diskaun 50 peratus langgan hibah amanah

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

KOTA BHARU, AHAD, 30 Mac, 2014: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) akan menawarkan diskaun yuran pendaftaran sebanyak 50 peratus kepada pemegang-pemegang unit amanah tersebut untuk melanggan kontrak hibah, amanah dan pengisytiharan amanah mulai 1 hingga 30 April ini.

Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, melalui diskaun tersebut, pelabur hanya perlu membayar RM90 berbanding RM180 sebelumnya bagi satu kontrak hibah amanah atau pengisytiharan amanah.

Beliau berkata, tawaran diskaun itu adalah sempena dengan penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang akan diadakan di negeri ini pada 20 sehingga April 27 depan. - UTUSAN ONLINE 
MH370: Ocean Shield dilengkapi pengesan kotak hitam

PERTH, AHAD, 30 Mac, 2014: Sebuah kapal perang dilengkapi dengan pengesan kotak hitam akan berlepas dari Perth hari ini dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, sehari selepas beberapa kapal mengesan objek di Lautan Hindi yang dipercayai mungkin mempunyai kaitan dengan kapal terbang yang hilang itu.

Menurut Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), selain pengesan kotak hitam, kapal pertahanan Australia (ADV), Ocean Shield turut dilengkapi dengan kenderaan menyelam, peralatan mengesan akustik dan pengesan sonar 'Towed Pinger Locator’ milik Tentera Laut Amerika Syarikat dalam operasi tersebut.

"Ia akan mengambil masa tiga sehingga empat hari bagi kapal Ocean Shield untuk sampai ke zon carian, kawasan kira-kira 1,850 kilometer ke barat Perth," katanya. - AGENSI/UTUSAN 
Najib hadir saksi F1 di Sepang

SEPANG, AHAD, 30 Mac, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir untuk menyaksikan Grand Prix Formula Satu Malaysia 2014 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini hari ini.

Perlumbaan itu bermula pada pukul 4 petang tadi. - UTUSAN ONLINE 
MH370: Jangan dengar maklumat tidak sah

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD

BATU PAHAT, AHAD, 30 Mac, 2014: Orang ramai diminta hanya mendengar laporan rasmi yang dikeluarkan kerajaan dan pihak berkuasa berhubung tragedi menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, taklimat media yang disampaikan Pemangku Menteri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein adalah maklumat tepat tanpa menyembunyikan sebarang fakta.

Menurutnya, laporan di media sosial termasuk laman-laman blog yang bukannya kenyataan rasmi oleh kerajaan adalah maklumat yang tidak disahkan.

"Taklimat menteri yang disampaikan setiap hari adalah maklumat terkini dan sebarang andaian hanya akan menambahkan kesengsaraan keluarga penumpang dan anak kapal," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pasar Tani baharu di Dataran Kompleks Niaga, Parit Raja di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 
Pesawat C-130 TUDM berlepas misi SAR di Lautan Hindi

PERTH, AHAD, 30 Mac, 2014: Sebuah pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyertai misi pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi hari ini manakala sebuah lagi dibatalkan berikutan masalah teknikal. - ONLINE UTUSAN 
Kapal Ocean Shield berlepas dari Perth - AMSA

PERTH, AHAD, 30 Mac, 2014: Sebuah kapal perang dilengkapi alat pengesan kotak hitam akan berlepas dari sini hari ini dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, sehari selepas beberapa kapal mengesan objek di Lautan Hindi yang dipercayai milik kapal terbang hilang itu.

Menurut Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), selain pengesan kotak hitam, kapal pertahanan Australia (ADV), Ocean Shield turut dilengkapi dengan kenderaan menyelam, peralatan mengesan akustik dan pengesan sonar Towed Pinger Locator milik Tentera Laut Amerika Syarikat dalam operasi tersebut.

"Ia akan mengambil masa tiga sehingga empat hari bagi kapal Ocean Shield untuk sampai ke zon carian, kawasan kira-kira 1,850 kilometer ke barat Perth," katanya. - AGENSI/UTUSAN 
PM lancar projek pembangunan baharu Langkawi

LANGKAWI, AHAD, 30 Mac, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek pembangunan terbaharu Langkawi membabitkan pelan induk Perdana Quay di Teluk Burau di sini dalam usaha merancakkan lagi industri pelancongan negara ini.

Projek yang membabitkan nilai kasar pembangunan RM4 bilion itu julung kali melibatkan pembangunan bersepadu seperti pusat komersial, hotel, perumahan dan pusat membeli belah dalam usaha menjadikan pulau ini destinasi pelancongan terkemuka antarabangsa setaraf Phuket dan Bali.

Pada majlis sama Perdana Menteri turut melakukan upacara pecah tanah bagi resort mewah The Burau Langkawi yang menjadi sebahagian daripada projek ini.

Projek dibangunkan oleh pemilik terbesar rangkaian hotel negara ini, Tradewind Corporation Bhd. (TCB) di atas tanah seluas 97.12 hektar di Pantai Kok dan Teluk Burau.

Hadir sama pada majlis, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Projek pembangunan tersebut akan melalui enam fasa dan dijangka siap pada 2015 sementara The Burau pula pada 2017. - UTUSAN ONLINE 
Insiden MH370 tidak jejas industri pelancongan negara - PM

LANGKAWI, AHAD, 30 Mac, 2014: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 tidak akan menjejaskan industri pelancongan negara.

Perdana Menteri berkata demikian di majlis pelancaran projek pembangunan terbaharu Langkawi membabitkan pelan induk Perdana Quay di Teluk Burau di sini dalam usaha merancakkan lagi industri pelancongan negara.

Kata beliau, kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai pelan pembangunan pelancongan di negara ini termasuk di Langkawi yang dianggap permata negara. - UTUSAN ONLINE 
MH370: Beberapa objek yang ditemukan bukan serpihan pesawat

SYDNEY, AHAD, 30 Mac, 2014: Beberapa objek yang ditemukan oleh kapal di Lautan Hindi, disahkan bukan serpihan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, lapor Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini.

AMSA dalam kenyataannya berkata, objek terbabit yang diangkat oleh kapal China dan Australia, dikenal pasti sebagai peralatan untuk menangkap ikan atau sampah.

Bagaimanapun, AMSA tidak menyatakan jumlah atau lokasi tepat objek berkenaan ditemukan. - DPA/UTUSAN 
Bekas Ketua Pasukan Pertahanan Australia ketuai misi mencari?

PERTH, AHAD, 30 Mac, 2014: Bekas Ketua Pasukan Pertahanan Australia, Angus Houston dilapor akan mengambil alih tugas penyelerasan misi antarabangsa mencari pesawat MH370.

Syarikat penyiaran Australian Broadcasting Corporation (ABC) hari ini melaporkan, Houston akan mengetuai pusat penyelarasan kerjasama antara agensi yang baharu sebaik ditubuhkan di Perth.

Akhbar Sydney Daily Telegraph pula melaporkan, tugas Houston bukan sahaja mengetuai misi mencari, malah menyelaras hubungan diplomatik dengan negara yang terlibat dalam operasi itu iaitu Malaysia, China, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand. - AFP/UTUSAN 
Dua orang penyokong Mursi dihukum mati

KAHERAH, AHAD, 30 Mac, 2014: Mahkamah Alexandria menjatuhkan hukuman mati ke atas dua orang penyokong bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi kerana terlibat dalam keganasan, selepas pemimpin Islam itu digulingkan.

Agensi berita tempatan berkata, mahkamah mendapati suspek bersalah setelah mencampak keluar seorang remaja lelaki dari sebuah bangunan sehingga menyebabkan mangsa terbunuh, dalam bantahan besar-besaran menuntut pengembalian semula Mursi.

Kejadian tersebut berlaku dua hari selepas Mursi digulingkan pada 3 Julai tahun lalu dan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh pada hari tersebut. - AFP/UTUSAN 
Tentera Syria tawan dua kampung di sempadan Lebanon

DAMSYIK, AHAD, 30 Mac, 2014: Tentera kerajaan Syria berjaya menawan dua buah perkampungan berhampiran sempadan Lebanon hari ini, dalam usaha menyekat kemasukan senjata api dan anggota penentang kerajaan ke negara ini dari kawasan timur Lebanon.

Kampung Flita dan Ras Maara menjadi sasaran terbaharu tentera kerajaan di sempadan wilayah Qalamoun, selepas bandar Yabroud ditawan awal bulan ini.

Filta yang terletak kira-kira 7 kilometer dari sempadan Lebanon menjadi laluan utama penentang kerajaan ke Syria untuk bertempur dengan tentera Presiden Bashar al-Assad. -AGENSI/UTUSAN 
14 terbunuh, bas dan lori berlanggar

SAO PAOLO, AHAD, 30 Mac, 2014: Seramai 14 orang terkorban selepas sebuah lori sampah merempuh sebuah bas mini di utara Brazil, semalam.

Sekurang-kurangnya 20 orang penumpang bas mengalami kecederaan dan kesemua mereka telah dihantar ke hospital berdekatan di bandar Manaus untuk menerima rawatan.

Polis berkata, kejadian berlaku selepas lori sampah berkenaan hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan, sebelum merempuh bas mini yang kebetulan melalui kawasan tersebut. - AGENSI/UTUSAN 
Malaysia menaruh harapan ada yang masih hidup

 * HISHAMMUDDIN Tun Hussein (dua dari kiri) dan isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah menemui kaum keluarga penumpang pesawat MH370 di Hotel Everly, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/RASHID MAHFOF
PUTRAJAYA, SABTU, 29 Mac, 2014: Kerajaan masih menaruh harapan untuk menemui penumpang atau anak kapal pesawat MH370 yang kali terakhir dikesan di selatan Lautan Hindi selamat biarpun peratusannya sangat tipis.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, harapan masih ada berikutan operasi mencari dan menyelamat masih belum menemui sebarang objek serta maklumat sahih mengesahkan pesawat jenis Boeing 777-200 itu terhempas di lautan tersebut.

“Tidak kira terpencil mana sekalipun kawasan pencarian ini kita tetap berharap untuk menemui penumpang yang masih hidup. Saya berharap dan berdoa operasi mencari dan menyelamat ini dapat menemui mereka yang hidup biarpun harapan itu agak tipis.

“Saya juga memahami sensitiviti ahli keluarga terbabit dan sekiranya ada bukti yang menjurus ke arah penemuan bukti mengenai pesawat tersebut termasuk penumpang yang masih selamat ia tetap menjadi keutamaan kita dalam misi ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas bertemu dengan ahli keluarga penumpang pesawat MH370 dari Malaysia dan China di Hotel The Everly, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan memahami perasaan ahli keluarga penumpang tersebut dan akan memenuhi permintaan mereka meneruskan operasi mencari biar apa jua keadaan.

Mengulas mengenai operasi yang masuk hari ke-22 itu, katanya, operasi akan tetap diteruskan di kawasan selatan Lautan Hindi berdasarkan penemuan enam imej yang dikesan oleh satelit.

Katanya, beberapa kapal telah dikerahkan ke kawasan tersebut dan pihaknya yakin akan menerima visual objek tersebut hari ini.

“Saya yakin akan menerima visual objek berkenaan hari ini bagaimanapun kita masih perlu menunggu laporan sama ada pasukan mencari dan menyelamat telah menjumpai objek terbabit dan ke mana ia telah dibawa. Ini akan memberi kita petunjuk untuk meneruskan operasi ini.

“Saya juga telah memaklumkan kepada keluarga terbabit mengenai maklumat ini, namun, saya tidak boleh memberikan harapan palsu kepada mereka, selebihnya kita hanya mampu berdoa kepada tuhan," katanya.

Ditanya adakah beliau kecewa dengan perjalanan operasi itu, Hishammuddin berkata: “Saya tidak kecewa dengan operasi ini setakat ini, malah selepas pertemuan dengan ahli keluarga terbabit satu kekuatan baru muncul dalam diri. Mereka memahami usaha yang dilakukan Malaysia kerana bukan melibatkan kita saja malah seluruh dunia.

“Mereka memahami situasi pencarian di kawasan koridor selatan yang diketuai oleh Australia dan penglibatan pelbagai aset canggih seperti pesawat P8-Poseidon, P3-Orion serta pesawat dari China yang tidak pernah dilihat berada di Perth untuk menyertai misi ini. Saya berasakan ini satu usaha terpuji yang dikoordinasi oleh negara sekecil Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin juga mahu orang ramai memahami dan menghormati perasaan ahli keluarga penumpang tersebut dengan tidak menyebarkan berita tidak sahih sehingga boleh menyebabkan emosi mereka terganggu. - UTUSAN 
Lima prinsip bangunkan negara

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH dan RODELIO JUNJUN TAUCAN
 
 * NAJIB Tun Razak bersama Presiden GMB, Agil Faisal Ahmad Fadzil meneliti sisipan Usaha Muda keluaran Utusan Malaysia selepas majlis pelancarannya sempena Kongres Usahawan Muda Bumiputera di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade (MECC), Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/MOHD. NAIM AZIZ
KUALA LUMPUR, SABTU, 29 Mac, 2014: Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan lima prinsip dalam usaha kerajaan membangunkan negara ini dan memperkasakan agenda bumiputera termasuk golongan muda.

Perdana Menteri berkata, prinsip pertama ialah mempercayai kemampuan generasi muda dan perkara itu bukan hanya sebagai satu ungkapan sebaliknya mesti diterjemahkan menerusi dasar, tindakan dan program yang akan memperkasakan golongan berkenaan.

Katanya, kerajaan juga percaya kepada pembangunan seimbang yang mana kekayaan negara apabila dikongsi antara kaum secara adil dan saksama menjadi ramuan kepada kestabilan politik dalam jangka masa panjang.

“Kerajaan telah mengisytiharkan agenda bumiputera sebagai sebahagian daripada agenda nasional.

“Bertitik tolak daripada pengakuan ini dan prinsip ini, kita bersungguh-sungguh melaksanakannya," katanya ketika berucap menutup Kongres Usahawan Muda Bumiputera di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade (MECC) di sini hari ini.

Kongres bertemakan ‘Ekonomi Satukan Kita’ itu berlangsung selama tiga hari bermula Khamis lalu dan dianjurkan oleh Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya (GMB) Malaysia serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebagai satu wadah bagi usahawan muda mencerna landskap ekosistem perniagaan baharu.

Menurut Perdana Menteri, prinsip keempat ialah memastikan pembangunan secara menyeluruh dan mampan yang bermaksud usahawan yang ingin dibangunkan itu adalah terbaik dalam jangka masa panjang dan boleh dibanggakan.

“Prinsip kelima, kita mesti ada kemampuan untuk mencipta dan menjana kekayaan kerana ia adalah anak kunci kepada kejayaan mana-mana bangsa terutama apabila berada dalam era yang semakin kompetitif," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, terdapat tiga kategori penting dalam usaha membangun dan memperkasakan golongan muda iaitu kepemimpinan yang mempunyai wawasan, berkesan dan berakhlak serta penguasaan ilmu dan kemahiran.

Kategori ketiga, katanya, ialah tidak hanya boleh bergantung kepada pendapatan hasil pekerjaan daripada kerajaan sebaliknya mesti mampu berdikari dan seterusnya menyediakan pekerjaan kepada orang lain.

Tambah Perdana Menteri, banyak usaha yang sedang dilakukan kerajaan bagi membantu usahawan bumiputera mengembangkan perniagaan masing-masing ke peringkat lebih tinggi antaranya menerusi program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb).

Katanya, menerusi program Superb, kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi memberi peluang kepada syarikat permulaan bumiputera menerima kemudahan geran sehingga RM500,000.

“Seramai 25 usahawan yang ditapis daripada 1,700 orang menjadi kumpulan pertama dikenal pasti untuk dibantu menerusi program Superb," katanya. - UTUSAN 
Program Tube peruntuk RM10 juta

KUALA LUMPUR, SABTU, 29 Mac, 2014: Kerajaan hari ini memperkenalkan program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (Tube) dengan peruntukan RM10 juta bagi membantu golongan muda bumiputera memulakan perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, 500 belia disasarkan menyertai skim baharu itu yang dikendalikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan SME Corporation Malaysia (SME Corp).

Kata beliau, menerusi skim tersebut, usahawan muda melalui tiga fasa latihan sebelum diberikan geran RM15,000 untuk memulakan perniagaan.

"Fasa pertama melibatkan ketahanan jati diri menerusi latihan berbentuk fizikal serta mental manakala fasa kedua ialah bengkel perniagaan yang merangkumi asas perniagaan dan penyediaan pelan perniagaan.

"Fasa ketiga pula ialah pelaksanaan perniagaan oleh peserta yang akan mendapat bantuan jika mereka melepasi fasa satu dan dua," katanya ketika berucap menutup Kongres Usahawan Muda Bumiputera di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade (MECC) di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria; Pengerusi Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Ketua Pegawai Eksekutif SMEcorp, Datuk Hafsah Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Dr. Wong Lai Sum dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Husni Salleh.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Presiden Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya (GMB) Malaysia, Agil Faisal Ahmad Fadzil.

Sempena majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan sisipan Usaha Muda hasil kerjasama Kementerian Kewangan dan akhbar Utusan Malaysia yang merupakan tindak balas pertama GMB Malaysia dalam melengkapkan kekurangan maklumat oleh usahawan-usahawan bumiputera.

Beliau juga menyaksikan pertukaran dokumen antara GMB Malaysia dan UiTM yang membabitkan kerjasama untuk membentuk budaya usahawan dalam kalangan siswazah.

Mengulas lanjut mengenai program Tube, Perdana Menteri berkata, dalam fasa ketiga, para peserta akan mendapat bimbingan antaranya daripada kaunselor dan pakar perniagaan, kewangan serta panel penasihat selama 12 bulan.

Menurut beliau, syarikat-syarikat dalam kalangan belia bumiputera yang berjaya akan diberi geran permulaan RM15,000.

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan di bawah kepemimpinan beliau akan tetap bersama dan terus memperkasakan golongan muda terutama dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

Beliau berharap golongan berkenaan mempunyai ketahanan, keyakinan, ketabahan dan kegigihan dalam perjuangan untuk memajukan diri.

"Kita mesti menjadi orang yang cekap, mempunyai iltizam dan menganggap perjuangan ini sebagai jihad. Insya-Allah kita akan terus berjaya," katanya. - UTUSAN 
KUMB buat 7 usul

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

 
KUALA LUMPUR, SABTU, 29 Mac, 2014: Kongres Usahawan Muda Bumiputera (KUMB) selama tiga hari yang berakhir hari ini meluluskan tujuh usul sebagai pelan tindakan pembangunan usahawan bumiputera di negara ini.

Usul tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dijadikan panduan kerajaan dalam usaha memperkasakan ekonomi golongan itu.

Presiden Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya (GMB), Agil Faisal Ahmad Faidzal yang juga penganjur KUMB berkata, usul tersebut mewakili suara dan harapan lebih 3,000 usahawan muda bumiputera seluruh negara terhadap kerajaan. - UTUSAN 
Kongres capai objektif

KUALA LUMPUR, SABTU, 29 Mac, 2014: Kongres Usahawan Muda Bumiputera (KUMB) yang julung kali diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MECC) berjaya mencapai objektif menyalur maklumat lengkap serta panduan kepada usahawan muda berkecimpung dalam perniagaan.

Program tiga hari itu menghimpunkan lebih 1,500 usahawan muda dengan pemimpin kanan agensi kerajaan melalui penganjuran beberapa forum untuk merungkai permasalahan yang timbul dan mencari jalan membantu usahawan muda.

Beberapa tokoh turut diundang berkongsi pengalaman antaranya Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd., Datuk Ameer Ali Mydin; Presiden Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesyen Malaysia (Peniagawati), Datuk Azlin Ahmad Shaharbi; pengasas produk kecantikan Felinna Beauty, Nadia Felinna Abd. Fattah dan Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Bhd., Khairun Zainal Moktar.

Penganjur turut menjemput pakar motivasi, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan ulama muda, Dr. Fathul Bari Mat Jahya untuk memberi kefahaman tentang kepentingan menjalankan perniagaan berlandaskan ajaran agama.

Seorang peserta, Shah Mohd. Salleh, 39, berkata, forum yang diadakan berjaya menjawab beberapa persoalan yang selama ini menjadi penghalang untuk mengembangkan perniagaannya.

"Saya berpuas hati kerana diberi peluang memperluaskan perniagaan," kata pemilik syarikat cat, Shahzura Resources Sdn. Bhd. itu.

Pemilik syarikat busana dan tudung dari Tawau, Sabah, Juliana Muhd. Ali, 34, berpendapat, KUMB menjadi platform baginya untuk mencari pasaran baharu di seluruh negara kerana ia melibatkan pelbagai agensi kerajaan.

"Saya sanggup datang sebab mahu melihat apa tawaran dan insentif kerajaan sediakan kepada usahawan muda seperti saya," ujarnya. - UTUSAN 
Objek mencurigakan dikesan

PERTH, SABTU, 29 Mac, 2014: Pesawat tentera China yang terlibat dalam pencarian MH370 hari ini melihat objek mencurigakan berwarna merah, putih dan oren terapung di selatan Lautan Hindi sewaktu usaha mencari memasuki minggu keempat.

Pesawat Ilyushin IL-76 yang terbang di kawasan pencarian baharu itu menemukan objek berkenaan kira-kira 1,850 kilometer (km) barat Perth, lapor agensi berita rasmi Xinhua.

Kapal tentera laut China, Jinggangshan yang membawa bersama dua buah helikopter tiba di kawasan pencarian baharu itu awal hari ini dan dijangka memberi tumpuan pada usaha mencari serpihan pesawat, kesan tumpahan minyak dan jaket keselamatan.

Penemuan itu adalah rentetan laporan beberapa objek pelbagai warna dilihat kru pesawat antarabangsa yang terlibat dalam pencarian semalam, kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

"Sesetengah daripadanya seperti daripada bot nelayan dan tiada apa yang boleh disahkan sebelum objek itu diambil oleh kapal," katanya.

Ketua Skuadron Penerbangan Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF), Leftenan Leon Fox berkata, pihaknya amat berharap untuk mengesan semula objek yang dilihat semalam.

"Diharapkan beberapa kapal yang berada di kawasan itu mampu memulakan pengutipan dan memberikan kita petunjuk apa yang dilihat semalam," katanya sebelum menerbangkan pesawat P3 Orion ke kawasan operasi.

Sementara itu AFP melaporkan, pencarian MH370 diteruskan di zon baharu Lautan Hindi dengan harapan akan dapat menemukan serpihan daripada pesawat yang dilaporkan berakhir di kawasan itu.

Walaupun mempunyai keupayaan aset, Perdana Menteri, Tony Abbott berkata, pasukan mencari berhadapan dengan tugas sukar untuk dilaksanakan berikutan jarak yang jauh.

"Kita tidak harus memandang rendah kesukaran kerja ini, ia merupakan lokasi yang luar biasa terpencil.

"Kami cuba untuk mencari serpihan kecil bangkai di lautan yang luas. Kita menggunakan apa sahaja yang kita ada untuk tujuan itu dan tugas ini akan diteruskan," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Semalam, pesawat terlibat dalam operasi mencari besar-besaran menemukan beberapa objek terapung di lautan selepas fokus pencarian diubah ke kawasan baharu berdasarkan data kukuh yang menunjukkan pesawat MH370 terbang lebih cepat berbanding yang disangkakan sebelum hilang pada 8 Mac.

Pihak berkuasa menegaskan, objek berkenaan tidak dapat disahkan sebagai serpihan MH370 sehingga mereka memeriksa secara fizikal dan pencariannya sedang dilakukan oleh kapal milik negara ini dan China. - AGENSI/UTUSAM 
Pasangan lega hukuman dikurangkan

Oleh FAIZAH IZZANI

KUALA LUMPUR, SABTU, 2014: 29 Mac - Pasangan Azizul Raheem Awaludin dan Shalwati Nor Shal yang dijatuhkan hukuman penjara di Stockholm, Sweden kerana didakwa mendera anak-anak mereka, lega apabila dimaklumkan Mahkamah Daerah Solna bahawa mereka hanya perlu menjalani satu pertiga daripada jumlah hukuman yang diputuskan semalam.

Perkara itu disahkan Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat yang berkata, Azizul Raheem kini hanya perlu menjalani hukuman penjara selama tiga bulan manakala Shalwati pula enam bulan.

"Seorang wakil keluarga mereka memaklumkan kepada saya bahawa pasangan tersebut lega dan menganggap pengurangan hukuman itu satu rahmat besar.

"Sebaik dibebaskan pada Jun (Azizul Raheem) dan September (Shalwati) nanti, saya dimaklumkan pasangan itu akan terus pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan anak-anak mereka," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Azizul Raheem dan Shalwati masing-masing dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan dan 14 bulan oleh Mahkamah Daerah Solna semalam kerana mendera anak-anak mereka pada Disember lalu.

Mahkamah juga memerintahkan Shalwati dan Azizul Raheem masing-masing membayar ganti rugi 67,200 SEK (RM33,900) dan 36,400 SEK (RM18,362) kepada empat anak mereka.

Berikutan penahanan pasangan itu, empat anak mereka diletakkan di bawah jagaan sementara keluarga angkat bukan Islam di Sweden sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Kini, keempat-empat anak pasangan itu diletakkan di bawah jagaan ibu saudara mereka di Wakaf Tok Wali, Melor, Kelantan.

Khairul Anwar berkata, selain hukuman penjara yang berkuat kuasa dari tarikh pasangan itu direman, pihaknya difahamkan pengurangan tersebut juga dibuat berdasarkan perkembangan semasa dan kes-kes seumpama itu di Sweden sebelum ini.

Beliau berkata, pasangan tersebut juga reda dengan keputusan mahkamah yang memutuskan mereka bersalah dan sanggup mengharungi hukuman tersebut demi mendidik anak-anak mereka menjadi insan soleh.

Katanya, kes pasangan tersebut juga menjadi pengajaran kepada rakyat negara ini agar memahami undang-undang negara lain ketika bertugas atau berada di luar negara.

Kejadian yang menimpa Azizul Raheem dan Shalwati itu telah mengejutkan beberapa pakar hak asasi kanak-kanak di Sweden serta mencetuskan kemarahan penduduk di negara ini yang mana tindakan memukul kanak-kanak bukan satu jenayah.

Sweden merupakan negara pertama di dunia yang mengharamkan tindakan memukul kanak-kanak pada 1979 sebelum diikuti 36 negara lain. - UTUSAN 
Keluarga syukur mahkamah beri hukuman minimum

KOTA BHARU, SABTU, 29 Mac, 2014: Walaupun sedih, keempat-empat anak pasangan Azizul Raheem Awaludin dan Shalwati Nor Shal tabah dan reda menerima keputusan Mahkamah Daerah Solna, Stockholm yang menjatuhkan hukuman penjara terhadap kedua-dua ibu bapa mereka.

Dalam menahan tangisan saat dimaklumkan mengenai keputusan itu, keempat-empat beradik tersebut tetap menzahirkan rasa syukur apabila ibu bapa mereka hanya dikenakan penjara masing-masing 10 dan 14 bulan berbanding hukuman maksimum di bawah pertuduhan tersebut.

Menurut Shaleena, 43, adik kepada Shalwati, ketika dia memaklumkan kepada keempat-empat anak saudaranya itu mengenai keputusan tersebut, mereka hanya tunduk sayu dan pada masa itu kelihatan air mata mula mengalir terutamanya Aishah, 15, dan Ammar, 13.

"Mereka sedih, namun tetap tabah menerima keputusan itu. Walaupun dalam keadaan sedih, Ammar mengucap kata syukur, ibu bapa tidak dikenakan hukuman penjara dalam tempoh lebih lama," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Wakaf Tok Wali, Melor di sini hari ini.

Semalam Mahkamah Daerah Solna, Stockholm, menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 10 dan 14 bulan kepada pasangan Azizul Raheem dan isteri, Shalwati atas pertuduhan mencabul integriti kanak-kanak dengan memukul dan mendera.

Tambah Shaleena, dia dan keluarga turut menasihati keempat-empat beradik tersebut supaya tidak menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku terhadap kedua-dua ibu bapa mereka.

Katanya, dalam situasi itu, Ammar sering kali menyalahkan diri sendiri apabila mengatakan dia adalah punca semua permasalahan terjadi.

"Kami sekeluarga sering menasihati mereka supaya tidak menyesal kerana apa yang berlaku itu bukan salah mereka," katanya.

Sementara itu, kata Shaleena, seluruh ahli keluarga sebelum ini sudah menjangkakan mengenai keputusan tersebut berasa lega mahkamah mengenakan hukuman minimum kepada pasangan berkenaan. - UTUSAN 
Pencalonan Abdel Fateh dibantah Ikwanul Muslimin

 * PENUNJUK perasaan bertempur dengan polis ketika demonstrasi bantahan terhadap pencalonan Abdel Fated al-Sisi dalam pilihan raya Presiden di Ains Shams, timur Kaherah kelmarin. - REUTERS
KAHERAH, SABTU, 29 Mac, 2014: Sebanyak lima orang termasuk seorang wartawan wanita Mesir maut di sini, semalam selepas polis bertempur dengan penyokong pergerakan Islam yang membantah keputusan bekas ketua tentera negara ini, Abdel Fateh al-Sisi bertanding pada pilihan raya Presiden tidak lama lagi.

Keganasan itu meletus selepas penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi memenuhi jalan-jalan raya di Kaherah, Iskandariah dan beberapa bandar Mesir lain bagi menyuarakan kemarahan mereka terhadap Abdel Fateh yang menggulingkan pemimpin pergerakan Ikhwanul Muslimin itu, sembilan bulan lalu.

Wartawan akhbar Al-Dustour yang juga wartawan sambilan portal Masr Alarabia, Mayada Ashraf meninggal dunia selepas terkena tembakan di kepala semasa membuat liputan pertempuran itu di kawasan perumahan Ein Shams.

Kementerian Dalam Negeri Mesir berkata, sebanyak empat lagi maut akibat pertempuran dengan pihak berkuasa dengan 11 lagi dilaporkan cedera terkena tembakan peluru penabur dan peluru hidup.

Katanya, sebanyak 79 penyokong Mursi ditahan di seluruh Mesir dalam protes itu kerana memiliki bom petrol dan mercun.

Dalam laporan terakhir Mayada di portal Al-Dustour, dia melaporkan pertempuran itu membabitkan penyokong Mursi dan orang awam dengan kedua-dua pihak berbalas tembakan.

Kementerian Dalam Negeri menyalahkan tindakan penyokong Mursi melepaskan tembakan secara rambang menyebabkan kematian penunjuk perasaan dan wartawan tersebut.

Kementerian itu menambah, seorang wanita turut maut akibat ditikam.

Bagaimanapun seorang penunjuk perasaan memberitahu, kematian penunjuk perasaan berpunca akibat tindakan polis yang melepaskan tembakan ke arah kumpulan itu yang sedang bersurai. - AFP/UTUSAN 
Tiada terma Rohingya

*  SEBUAH beca melalui sebuah bangunan yang memasang kain rentang tertera 'Boikot bancian kerana nasionalisme' di Sittwe, Myanmar. - AFP
SITTWE, SABTU, 29 Mac, 2014: Myanmar hari ini tidak membenarkan penduduk Islam di negara ini untuk mendaftarkan diri mereka sebagai etnik 'Rohingya' dalam proses bancian pertama dalam tempoh tiga dekad.

Langkah itu diambil berikutan tindakan penduduk beragama Buddha di negeri Rakhine berikrar untuk memboikot bancian tersebut selepas bimbang ia akan memberi pengiktirafan rasmi kepada etnik Rohingya.

''Sekiranya satu isi rumah mahu mendaftar diri mereka sebagai 'Rohingya', kami tidak akan mendaftarkan mereka,'' kata jurucakap kerajaan, Ye Htut kepada media di Yangon.

Ye Htut berkata, mereka patut menggelar diri mereka sebagai 'Benggali', satu terma digunakan oleh pihak berkuasa yang menganggap etnik Rohingya sebagai pendatang asing dari Bangladesh.

Pekerja-pekerja bantuan asing di Rakhine mula meninggalkan wilayah itu minggu ini selepas penduduk Buddha merusuh dan menyerang pejabat mereka ketika ketegangan semakin memuncak menjelang proses bancian tersebut.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut akibat terkena peluru sesat selepas polis melepaskan tembakan amaran bagi menyuraikan penduduk yang marah di sini.

Insiden terbaharu itu memberi tekanan kepada petugas kemanusiaan di wilayah Rakhine yang dituduh penduduk Buddha sebagai menyokong penduduk Islam.

Malah, PBB turut membawa keluar kira-kira 50 kakitangan asing dan Myanmar daripada wilayah itu, langkah yang turut diikuti kumpulan kemanusiaan utama di situ buat sementara.

Penduduk di Sittwe hari ini dilihat memasang sepanduk di rumah mereka tertera: ''Masyarakat di sini membantah bancian ini. Jangan daftar''. - AFP/UTUSAN 
Jolie kempen tentang jenayah seksual di Bosnia

 * ANGELIA Jolie (kanan) bersama William Hague melawat tanah pengebumian Memorial Pembunuhan Besar-besaran Srebrenica-Potocari di Sarajevo, Bosnia kelmarin. - AFP
SREBRENICA, SABTU, 29 Mac, 2014: Pelakon Angelina Jolie tidak dapat menahan kesedihan sehingga menitiskan air mata apabila berbual dengan mangsa rogol perang Bosnia, di sini semalam dalam promosi kempennya menghentikan keganasan seksual terhadap wanita semasa perang.

''Tidak ada keamanan akan dicapai apabila wanita dirogol sewenang-wenangnya ketika atau selepas perang,'' kata pemenang anugerah Oscar itu di Sarajevo.

Hadir sama, Setiausaha Luar Britain, William Hague yang akan bersama Jolie mengacarakan persidangan global mengelak rogol daripada digunakan sebagai taktik dalam perang di London pada Jun ini.

Menurut Jolie, dia berharap inisiatif itu akan membantu membuka pendedahan tentang jenayah rogol ketika perang.

Menurut saksi, Jolie menangis sewaktu mendengar luahan mangsa-mangsa rogol di bandar Srebrenica.

''Tradisi kami adalah untuk tidak bercakap tentang rogol'' ketua persatuan ibu-ibu Munira Subasic, Munira Subasic.

Pada pertemuan itu, Jolie dan Hague turut meletakkan bunga pada sebuah kubur mangsa pembunuhan beramai-ramai Srebrenica, pembunuhan besar-besaran terburuk di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.- REUTERS/UTUSAN 
Maafkan kesilapan saya - Nik Aziz

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
 
 NIK ABDUL AZIZ
KOTA BHARU, SABTU, 29 MacM 2014: Bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bergenang air mata hari ini memohon maaf di atas segala kesilapannya sepanjang 23 tahun mentadbir negeri ini.

Malah beliau yang juga Mursyidul Am Pas menganggap sakit yang dialaminya sekarang adalah 'kifarat' atas dosa yang dilakukan selama memimpin negeri ini.

Permohonan maaf itu dibuat ketika beliau menyampaikan kuliah subuh di Masjid Pulau Melaka di sebelah rumahnya di sini pagi ini.

"Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan.

"Ini sakit saya mungkin Allah nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan," katanya yang dipetik daripada akaun laman sosial, Facebooknya di sini hari ini.

Turut hadir di kuliah itu ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nik Abdul Aziz, 83, merupakan Menteri Besar paling lama dalam sejarah memerintah negeri ini.

Tokoh yang dikenali dengan pelbagai kenyataan kontroversi itu menerajui pemerintahan negeri ini selama lima penggal bermula pada tahun 1990 sehingga 2013.

Beliau melepaskan teraju pemerintahan kepada timbalannya, Datuk Ahmad Yakob selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu kerana masalah kesihatan.

Dalam wawancara eksklusif bersama Mingguan Malaysia pada 12 Januari lalu, beliau buat pertama kalinya mendedahkan mengenai keadaan kesihatannya seperti masalah prostat sehingga terpaksa membawa beg plastik untuk menyalurkan air kencing dan bateri bagi menguatkan jantungnya.

Difahamkan pada masa kini, Nik Abdul Aziz yang lebih dikenali dengan panggilan 'tok guru' terpaksa lebih kerap berulang alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk menerima rawatan.

Beliau juga tidak hadir pada himpunan Reformasi 2.0 di Kota Bharu yang disertai Anwar kerana tidak sihat.

Bagaimanapun sebaik sahaja beliau melepaskan jawatan tersebut, keadaan dalaman Pas negeri ini agak berkecamuk dengan pergeseran di antara pemimpin.

Malah ada di antara pemimpin Pas mula mengkritik kepemimpinan Ahmad dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan atas pentas ceramah secara terbuka. - UTUSAN 
Anwar cabar Wan Azizah jawatan Presiden PKR

KUALA LUMPUR, SABTU, 29 Mac, 2014: Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan diadakan Mei ini bakal menyaksikan pertarungan menarik bagi kerusi Presiden, apabila penyandangnya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan dicabar oleh suaminya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehingga tempoh pencalonan ditutup pada pukul 5 petang di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya, hanya Dr. Wan Azizah dan Anwar menyerahkan borang bagi merebut jawatan tersebut.

Keadaan itu menimbulkan persoalan, apakah pertembungan itu benar-benar akan berlaku atau ia sekadar satu lagi sandiwara politik oleh PKR dalam usaha memastikan jawatan presiden tidak dikuasai oleh individu lain.

Pemerhati politik melihat, langkah Dr. Wan Azizah untuk mempertahankan jawatan itu dengan dicabar oleh Anwar sebagai 'insurans' memandangkan Anwar masih dalam peringkat rayuan terhadap hukuman penjara lima tahun kerana meliwat pembantu peribadi, Saiful Bukhari Azlan.

Pada 2007, Dr. Wan Azizah turut bertanding bersama Anwar bagi jawatan yang sama dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu bertindak sebagai 'insurans' kerana Anwar yang baru sahaja dibebaskan dari penjara mempunyai larangan lima tahun daripada aktif berpolitik.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, penyandangnya, Azmin Ali yang dianggap tidak sehaluan dengan Dr. Wan Azizah bukan sahaja akan berhadapan dengan 'musuh ketat politiknya' iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi juga empat calon lain.

Mereka ialah Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution, K.Ramachandran dan S.Murali.

Kerusi Naib Presiden pula menyaksikan perebutan oleh 15 calon termasuk penyandangnya iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Padang Serai N.Surendran, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr. Mansor Othman dan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.

Antara mereka yang mencuba nasib bagi merebut jawatan itu ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Untuk jawatan Ketua Wanita PKR pula, penyandangnya, Zuraida Kamarudin akan berdepan satu lawan satu dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Roziah Ismail.

Jawatan Ketua Pemuda yang dikosongkan oleh Shamsul Iskandar akan direbut oleh tiga calon iaitu ADUN Seri Setia yang juga Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Batu Caves, Amirudin Shaari dan Nazri Yunus. - UTUSAN 
BN pertahan DUN Balingian

Oleh ANGELINA SINYANG dan MD. AZRIN ROSLY

 * MUHYIDDIN Yassin (dua dari kanan), Adenan Satem (tiga dari kiri) bersama pemimpin BN lain mengangkat tangan meraikan kemenangan Yussibnosh Balo (tiga dari kanan) dalam PRK DUN Balingian di Mukah, Sarawak, malam tadi. - UTUSAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA
MUKAH, SABTU, 29 Mac, 2014: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dengan kemenangan bergaya apabila mencatatkan undi majoriti lebih tinggi iaitu 6,911 berbanding 5,154 undi pada Pilihan Raya Negeri Kesepuluh (PRN-10).

Calon BN yang merupakan bekas Pegawai Daerah Dalat, Yussibnosh Balo, 48, memperoleh 8,194 undi mengatasi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Jalil Bujang, 55, yang meraih 1,283 undi manakala 146 undi rosak.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Shafrie Saili pada pukul 8.45 malam ini di Dewan Mesra Mukah di sini.

Peratusan keluar mengundi pada PRK DUN Kajang didapati meningkat kepada 72.92 peratus berbanding 69.98 peratus pengundi yang menunaikan tanggungjawab mereka pada PRN-10.

Berdasarkan keputusan itu, hasrat PKR untuk merampas kerusi yang dikosongkan oleh penyandangnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud iaitu bekas Ketua Menteri Sarawak yang kini menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak gagal.

Kemenangan BN di kawasan yang menjadi kubu kuat parti itu memang sudah dijangka kerana kelebihan Yussibnosh yang merupakan anak tempatan berketurunan Melanau berasal dari Kampung Tellian Tengah di sini dan diterima baik oleh pengundi sejak awal lagi.

Pada pilihan raya kali ini, BN memang mengharapkan undi majoriti lebih tinggi bagi menunjukkan tanda sokongan rakyat terhadap Ketua Menteri baharu, Tan Sri Adenan Satem memandangkan DUN berkenaan pernah ditadbir oleh Abdul Taib yang merupakan pemimpin paling dikagumi di negeri ini.

Yang turut hadir meraikan kemenangan itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dan beberapa barisan menteri kabinet negeri.

PRK Balingian diadakan selepas Abdul Taib meletak jawatan sebagai Ketua Menteri dan dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak pada 28 Februari lalu.

Ketika PRN-10 pada 2011, Abdul Taib menang dengan majoriti 5,154 undi selepas mendapat 6,210 undi mengatasi calon PKR, Suriati Abdullah yang meraih 871 undi dan calon Bebas, Datuk Salleh Jafaruddin (1,056 undi). - UTUSAN