My Add

Saturday 30 November 2013

Hamidah menang pemilihan semula Wanita UMNO Gopeng

IPOH, SABTU, 30 November, 2013: Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Datuk Hamidah Osman menang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng dalam pemilihan semula sayap itu menewaskan pencabarnya, Juliliyana Mohd. Junid di sini hari ini.

Dalam pemilihan semula yang diadakan di Bangunan UMNO negeri di sini, Hamidah yang juga bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO mendapat 173 undi berbanding Juliliyana, 131 undi.

Pada pemilihan 12 Oktober lalu, Juliliyana menang dengan majoriti 20 undi apabila mendapat 163 undi berbanding Hamidah, iaitu penyandang jawatan itu yang meraih 143 undi. - UTUSAN 
SPR timbang cadangan benar wakil terima sampul keutamaan bagi pengundi pos

KUALA LUMPUR, SABTU, 30 November, 2013: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti cadangan membenarkan wakil menerima Sampul Keutamaan bagi pihak pengundi pos yang tiada di rumah kerana bekerja.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, cadangan itu bertujuan memastikan Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi pos dapat diserahkan kepada setiap pemilih pos dan seterusnya membolehkan mereka untuk mengundi.

"Sebelum ini terdapat pemilih pos yang tidak dapat mengundi kerana Sampul Keutamaan tidak dapat diserahkan disebabkan pemilih berkenaan tiada di rumah kerana bekerja.

"Peraturan sedia ada tidak membenarkan Sampul Keutamaan diambil oleh wakil pengundi," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini mengenai Laporan Mesyuarat Post Mortem Pilihan Raya Umum ke-13.

Post mortem yang diadakan serentak mengikut negeri-negeri itu berakhir Julai lepas dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk Ketua Pasukan Penguatkuasaan Kempen Pilihan Raya, wakil Ketua Tempat Mengundi dan Penyelia Pusat Mengundi serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). - BERNAMA 
Gaji ADUN Selangor harus selaras usaha tingkat pendapatan per kapita rakyat

KUALA LUMPUR, sabtu, 30 NovEMBER, 2013: Kenaikan gaji Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang diumumkan pada Rabu seharusnya selaras dengan usaha mereka meningkatkan pendapatan per kapita rakyat di negeri itu.

Pegawai Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor, Datuk Salamon Selamat berkata, kadar kenaikan gaji itu juga terlalu tinggi dan tidak munasabah, selain tidak seiring dengan pembangunan yang dibawa dalam tempoh lima tahun mereka mentadbir negeri itu.

"Banyak janji yang mereka buat masih tidak ditepati dan pembangunan yang dibawa untuk Selangor juga tidak begitu banyak.

"Kita tengok sahaja pencapaian dari segi perumahan.. dalam tempoh lima tahun berapa banyak sangat rumah kos rendah dibina. Jadi bagi saya kenaikan gaji ini adalah tidak selaras dengan apa yang mereka lakukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi seorang daripada panel program Wacana Ilmu: Penghijrahan Minda dan Fikiran di sini, hari ini. - BERNAMA 
Kota Belud jadi perintis program Klik Dan Bantu

PAPAR, SABTU, 30 November, 2013: Mulai 1 Januari depan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memperkenalkan program ’Klik dan Bantu’, iaitu perkhidmatan atas talian yang menghubungkan majlis daerah dan perbandaran tempatan bagi mempercepatkan penyampaian aduan dan masalah penduduk.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, buat permulaan program berkenaan akan dilaksanakan di Kota Belud sebagai perintis dalam menyegerakan penyelesaian masalah dan perkhidmatan yang diperlukan rakyat.

"Sistem itu adalah adaptasi berdasarkan ’Fix My Street’ yang diguna pakai di negara barat seperti Amerika Syarikat yang menghubung secara langsung penduduk dengan agensi kerajaan, bagi aduan dan perkhidmatan yang diperlukan.

Abdul Rahman ditemui pemberita selepas merasmikan projek pembinaan semula rumah di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan ke-7 (NBOS7) ’My Beautiful Neighbourhood’ (Kejiranan Indah) di Kampung Kelanahan di sini hari ini. - BERNAMA 
Wanita Taiwan diculik berada dalam keadaan selamat - KPN

KOTA KINABALU, SABTU, 30 November, 2013: Polis memberi jaminan keselamatan wanita warga Taiwan yang diculik di Pulau Pom-Pom, Semporna pada 15 November lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kes sedang diuruskan oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina.

"Kami beri jaminan yang mangsa berada dalam keadaan selamat. Kami juga membantu keluarganya tatkala kami berusaha membebaskannya dengan kerjasama pihak berkuasa negara jiran," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam di sini hari ini. - BERNAMA 
Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat terima ijazah

KUBANG PASU, SABTU, 30 November, 2013: Noor Aziah Noor, 28, balu kepada Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat yang terkorban dalam serangan pengganas di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah Febuari lalu, terharu apabila hasrat Allahyarham suaminya untuk mendapat segulung ijazah akhirnya tercapai hari ini.

Noor Aziah yang mewakili Allahyarham Zulkifli, menerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan kepujian sempena Majlis Konvokesyen Ke-26 Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, selaku Canselor UUM.

Dalam majlis itu, baginda turut menyerahkan sumbangan daripada kakitangan UUM bernilai RM20,739 dan memulangkan yuran pengajian bernilai RM13,000 kepada Noor Aziah untuk kegunaan keluarga tersebut.

Noor Aziah memberitahu, dia dan Allahyarham suaminya memulakan pengajian di UUM pada 2004 namun suaminya menangguhkan pengajian untuk mencapai cita-cita berkhidmat dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). - UTUSAN 
Pagar elektronik dipasang di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan - Ahmad Zahid

KOTA BAHARU, SABTU, 30 November, 2013: Pagar elektronik bakal dipasang di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi membanteras kegiatan penyeludupan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada dasarnya bersetuju dengan pemasangan pagar elektronik itu.

Pembinaan pagar itu melibatkan sejauh 121 kilometer sempadan sungai dan 20 kilometer sempadan darat, dari Pengkalan Kubor, Tumpat hingga ke Jeli, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Bersatu Menentang Jenayah anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini hari ini. - BERNAMA 
Mohd Johari menang Ketua Pemuda UMNO Rompin

ROMPIN, SABTU, 30 November, 2013: Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd. Johari Hussin memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin setelah penyandang jawatan itu, Datuk Mohammad Sahfri Abd. Aziz menarik diri dalam pemilihan semula yang sepatutnya diadakan buat kali ketiga hari ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Rompin, Datuk Omar Othman di kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin di sini. - UTUSAN 
Yusof Noor dilantik Pro-Canselor pertama UniSZA

KUALA TERENGGANU, SABTU, 30 November, 2013: Pengerusi Majlis Universiti Islam Malaysia (MUIM), Tan Sri Datuk Dr. Mohd. Yusof Noor dilantik secara rasmi sebagai Pro-Canselor UniSZA yang pertama sempena Istiadat Konvokesyen UniSZA Kali Kelima di Taman Tamadun Islam, dekat sini hari ini.

Pelantikan tersebut mendapat perkenan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah selaku Canselor UniSZA.

Yusof yang juga bekas Pengerusi Majlis Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (Kusza) berkata, pelantikan itu merupakan amanah dan tanggungjawab yang cukup besar baginya.

Menurutnya, penghargaan yang diberikan Tuanku Canselor itu amat dihargai dan beliau bersedia memberi komitmen sepenuhnya untuk meningkatkan kualiti universiti berkenaan.

Tambah beliau, pelantikan itu juga ibarat sirih pulang ke gagang kerana sejarah penubuhan pusat pengajian tinggi tersebut bukan asing kepada beliau yang sebelum ini merupakan Pengerusi Kusza. - UTUSAN 
Penggunaan pil kuda di Kelantan tertinggi dalam negara

KOTA BHARU, SABTU, 30 November, 2013: Penggunaan pil methamphetamine atau pil kuda di Kelantan adalah yang tertinggi di Malaysia dengan statistik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan mendapati sekurang-kurangnya 60 orang ditahan setiap hari kerana positif mengambil bahan terlarang itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, jumlah penahanan tersebut konsisten sejak 30 bulan lalu menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan dalam tempoh itu adalah sekurang-kurangnya 54,000 orang.

Katanya, statistik itu merisaukan kerana penggunaan pil kuda turut membabitkan remaja dan mendorong kepada berlakunya beberapa jenayah lain seperti kecurian harta benda dan jenayah berat seperti rogol serta kekerasan. - UTUSAN 
Piawaian baharu ekuiti berlandaskan syariah tarik pelabur Asia Barat - PM

KUALA LUMPUR, SABTU 30 November, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata piawaian baharu untuk ekuiti berlandaskan Syariah akan menarik lebih banyak pelaburan dari negara Islam di Asia Barat.

"Dengan kemasukan pelaburan baharu, lebih banyak peluang pekerjaan bakal tercipta, dan ini secara langsung akan memperkukuh ekonomi negara," kata Najib dalam paparan terkini dalam Facebooknya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, usaha menggalakkan pelaburan dari luar memang sentiasa menjadi keutamaan Malaysia ke arah menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

"Atas aspirasi ini, Suruhanjaya Sekuriti telah melaksanakan piawaian baharu untuk ekuiti berlandaskan Syariah, agar kita dapat menarik lebih banyak pelaburan dari negara Islam di Timur Tengah (Asia Barat)," katanya. - BERNAMA 
Proton lancar Persona SV, tawar harga terendah

SHAH ALAM, SABTU, 30 November, 2013: Proton Holdings Bhd. (Proton) mengorak langkah dalam pengeluaran kereta pada harga terendah di negara ini dengan melancarkan model Persona SV terbaharunya di sini hari ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim berkata, Persona SV dijual dengan harga serendah RM44,938 hingga RM47,938 sebuah ditawarkan dengan pakej bayaran bulanan serendah RM388 sahaja, namun lengkap dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan selain pemanduan yang lebih mantap.

Menurutnya, varian terbaharu yang didatangkan dengan tujuh warna pilihan itu dilengkapi dua beg udara, empat brek cakera, brek anti kunci (ABS) dan kuasa brek elektronik (EBD) di samping penalaan casis Lotus.

“Sejak model Persona dilancarkan pada 2007, lebih 500,000 buah kereta telah dihasilkan dan ini merupakan satu pencapaian yang baik kerana bukan mudah sebagai sebuah syarikat tempatan untuk mencapai jualan seperti ini.

“Persona SV ini dilancarkan sempena meraikan kejayaan itu dan selepas sambutan baik yang diterima pihak kami terhadap Proton Saga SV yang diperkenalkan dengan harga lebih kompetitif pada pertengahan tahun ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persona SV sempena Karnival Proton di tempat letak kereta Stadium Shah Alam, di sini. - UTUSAN 
Khalid terima pandangan Anwar, akan buat kenyataan bersama segera

SHAH ALAM, SABTU, 30 November, 2013: Meteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan beliau menerima pandangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji anggota pentadbiran pada kadar 80 hingga hampir 400 peratus.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sebaliknya menyatakan akan membuat kenyataan bersama membabitkan kepimpinan pakatan pembangkang mengenai perkara berkenaan dalam tempoh terdekat.

"Saya setuju dengan Anwar dan akan buat kenyataan bersama nanti," katanya dengan ringkas selepas menghadiri Majlis Perkahwinan Perdana Belia Peringkat Negeri Selangor 2013 di sini hari ini. - UTUSAN 
Polis masih buru 10 lagi individu bantu siasatan kes bunuh pegawai JAIP - KPN

KOTA KINABALU, SABTU, 30 November, 2013: Polis masih memburu 10 individu lagi bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis percaya siasatan ke atas kes tersebut dapat diselesaikan sepenuhnya dengan penangkapan 10 pengikut ajaran sesat ’Tuhan Harun’ yang disyaki terlibat dengan pembunuhan pegawai JAIP itu.

"Biarpun kita telah cakap semalam siasatan dah selesai dengan penangkapan 13 orang termasuk dua wanita, kita percaya siasatan akan selesai terus dengan penangkapan 10 yang dikehendaki ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam di sini hari ini.

Seminar itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Menurut Khalid, 10 individu berkenaan ialah Mohd Shahril Mohd Jaafar, 28 yang beralamat terakhir di Kedah, Mohamed Faizal Abdullah, 46, (Johor), Mohd Rozi Akasah, 38, (Melaka), Khairul Amir Akasah, 34, (Negeri Sembilan) dan Mansur Hussin, 39, (Kelantan).

Individu lain, tambahnya, Shamsinar Abdul Halim, 36, (Johor), Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37, (Melaka), Jefferi Safari, 36, (Johor), Wan Mohd Shakri Wan Isa @Wan Ismail, 27, (Kelantan) dan Shamsul Amri Abu Hassan, 44, (Pahang). - BERNAMA 
Kampung Peruas, Raub johan Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2013

RAUB, SABTU, 30 November, 2013: Kampung Peruas, Raub diumumkan sebagai johan Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2013 pada majlis penyampaian yang berlangsung di Kampung Gali Tengah di sini hari ini.

Tempat kedua pula dimenangi Kampung Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat manakala Kampung Batu 26, Kulim meraih tempat ketiga.

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Muhamad. - UTUSAN 
Mesyuarat agung tahunan MIC bermula dengan suasana pesta

MELAKA, SABTU, 30 November, 2013: Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MIC ke-67 selama dua hari bermula secara rasmi hari ini dengan pembentangan laporan tahunan dan kewangan parti, yang diluluskan sebulat suara oleh 1,452 anggota perwakilan.

Laporan tersebut, yang dibentangkan bendahari agung MIC Datuk Jaspal Singh, antara lain menunjukkan parti itu mencatat pendapatan melebihi perbelanjaan selepas cukai sebanyak RM2.47 juta bagi tempoh berakhir 31 Dis 2012.

AGM MIC kali ini, yang berlangsung di Equatorial Hotel, Melaka, mencatat kelainan memandangkan ia jarang diadakan di luar Kuala Lumpur.

Pembentangan laporan tahunan dan kewangan itu akan disusuli proses pengundian bagi memilih tiga naib presiden dan 23 anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC), yang merupakan badan pembuat keputusan tertinggi parti ini.

Lapan calon bertanding bagi jawatan naib presiden dan 88 bagi kerusi CWC. - BERNAMA 
Iran teruskan program pengayaan uranium

TEHERAN, SABTU, 30 Noember, 2013: Iran tidak akan menghentikan program pengayaan uraniumnya, kata Presiden negara ini, Hassan Rouhani, sebagaimana yang dilapor agensi berita Mehr.

“Berdasarkan Triti Menyekat Perluasan Senjata,

“Non-Proliferation Treaty" (NPT), kita mempunyai hak untuk melakukan pengayaan uranium dan ia dilakukan bagi tujuan keamanan,’’ katanya dalam satu siaran langsung soal jawab bersama stesen televisyen negara ini.

Mengikut persetujuan Iran dengan Amerika Syarikat (AS), Britain, Rusia, China, Perancis dan Jerman, Teheran bersetuju untuk mengawal program nuklear negara itu sebagai balasan kepada pengurangan sekatan yang dikenakan Barat. - BERNAMA 
Pemimpin penunjuk perasaan mahu tawan pejabat PM Thai

BANGKOK, sabtu, 30 November, 2013: Pemimpin penunjuk perasaan, Suthep Thueguthep mengumumkan mereka akan menduduki Rumah Kerajaan yang menempatkan pejabat Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra pada Ahad ini.

Beliau berkata, kumpulan antikerajaan itu akan turut berarak ke bangunan kementerian dan Zoo Dusit.

Antara kementerian yang akan ’dilawati’ mereka termasuk kementerian luar, pelajaran, buruh, dalam negeri dan perdagangan.

Kementerian Luar Negeri dijadual mengadakan taklimat kepada diplomat asing mengenai situasi semasa di Bangkok pada Isnin.

Suthep selaku pemimpin penunjuk perasaan antikerajaan itu dilapor mengumumkan kepada para penyokongnya semasa perhimpunan petang semalam bahawa mereka akan turut menyasar agensi kerajaan seperti pasukan polis.

Pendudukan pertama bermula malam tadi dengan menawan seluruh kawasan pusat kompleks kerajaan, katanya.

Beliau menambah dua syarikat telekomunikasi iaitu CAT Telecom Public Company Limited dan TOT Public Company Limited yang terletak di kawasan kompleks berkenaan akan turut ditawan.

Beliau meminta penjawat awam yang bekerja di kompleks kerajaan Chaeng Wattana agar tidak datang bekerja pada Isnin ini.

Namun bagi menghormati sistem perundangan, Suthep berkata, mereka tidak akan menduduki bangunan mahkamah pentadbiran, mahkamah perlembagaan dan ibu pejabat tentera yang para petugasnya akan dibenar datang ke pejabat.

Beliau berkata, 1 Disember merupakan hari kemenangan buat rakyat. - BERNAMA 
Empat maut dibedil mortar di Damsyik

DAMSYIK, SABTU, 30 November, 2013: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 26 lagi cedera selepas mereka terkena letupan mortar berhampiran Masjid Ummayad di sini, semalam.

“Beberapa bedilan mortar dilancarkan oleh kumpulan penentang di hadapan Masjid Ummayad, yang membunuh empat orang dan mencederakan 26 yang lain,’’ kata stesen televisyen negara ini.

Serangan serupa di pinggir ibu negara ini sejak kebelakangan ini telah mengakibatkan jumlah kematian orang awam Syria semakin meningkat sejak kebelakangan ini. - AFP/UTUSAN
Kilang pakaian 10 tingkat terbakar di Bangladesh

DHAKA SABTU, 30 November, 2013: Satu kebakaran besar di sini semalam memusnahkan sebuah kilang pakaian yang menghasilkan baju-baju jenama terkenal.

Menurut polis, kebakaran itu dipercayai dimulakan oleh sekumpulan pekerja kilang terbabit yang berang dengan berita rakan sekerja mereka mati ditembak polis.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kebakaran yang berlaku di Gazipur, kira-kira 40 kilometer ke Dhaka itu.

Kilang 10 tingkat itu menghasilkan beberapa pakaian berjenama antarabangsa termasuk American Eagle Outfitters Inc, Gap Inc, Wal-Mart Stores Inc dan Marks and Spencer Group PLC. - REUTERS/UTUSAN 
Yang di-Pertuan Agong bimbang segolongan rakyat berani cabar Perlembagaa

SINTOK, SABTU, 30 November, 2013: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini melahirkan rasa bimbang dengan tindakan segolongan rakyat yang berani melanggar undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan sehingga mencabar keutuhan yang mengancam kedamaian negara.

Baginda bertitah rakyat harus sentiasa menghormati dan memuliakan undang-undang sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Atas kedudukan beta sebagai ketua negara, beta ingin menarik perhatian semua pihak mengenai tugas, tanggungjawab dan obligasi mereka dalam menjamin kedamaian dan keamanan negara ini terus terpelihara.

"Kerakusan perasaan yang bertentangan dengan hasrat kedamaian dan keamanan mengikut perundangan hanya membawa padah buruk kepada negara," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim yang merupakan Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) bertitah demikian semasa merasmikan konvokesyen ke-26 UUM di sini, hari ini. - BERNAMA 
UMNO bersedia kendali perhimpunan agung parti

KUALA LUMPUR, SABTU, 30 November, 2013: UMNO kini telah bersedia sepenuhnya untuk mengendalikan perhimpunan agung parti itu yang bermula 3 hingga 7 Disember ini.

Setiausaha Kerjanya, Datuk Ab. Rauf Yusoh berkata, segala persiapan berjalan lancar dan kerja-kerja di bahagian di luar dewan kini pada tahap 90 peratus manakala di dalam dewan pula 60 peratus memandangkan banyak lagi perkara yang perlu diperincikan.

Menurut beliau, pihaknya juga akan berusaha mengikut rancangan yang telah diatur bagi perhimpunan tahun ini bagi mengelak perjalanan perhimpunan tersebut mengalami kesuntukan masa seperti sebelum ini.

"Disebabkan itu, kita tidak akan menambah slot baharu dan seberapa boleh mahu memberi ruang kepada pembahas untuk berbahas.

"Walaupun kesuntukan masa selepas menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 dan pemilihan parti tetapi dengan kerjasama semua warga kerja yang terdiri daripada kakitangan Ibu Pejabat UMNO, kita kini bersedia sepenuhnya untuk menghadapi perhimpunan kali ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas raptai penuh sesi menaikkan bendera UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. - UTUSAN 
Penyelidik UKM temui spesies baharu Rafflesia

PUTRAJAYA, SABTU, 30 November, 2013: Sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menemui spesies baharu bunga Pakma atau Rafflesia di Hutan Simpan Gunung Benom, Raub, Pahang.

Kumpulan penyelidik diketuai Prof. Dr. Jumaat Adam telah melakukan kajian terhadap bunga itu sejak dua tahun lepas namun hanya disahkan sebagai penemuan spesies baharu pada September lalu.

Dr. Adam berkata, perbezaan bunga tersebut dengan rafflesia yang lain adalah corak pada kelopak dan tetingkap bunga berkenaan iaitu coraknya lebih rapat dan bilangan bintil putih pada kelopak lebih banyak berbanding Rafflesia Azlanii.

"Bunga ini diberikan nama Rafflesia Sharifah-Hapsahiae sempena nama Naib Canselor UKM Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin yang sentiasa menyokong dan memberi galakan dalam menjalankan penyelidikan ini," katanya kepada pemberita pada majlis makan malam Kongres Penyelidikan dan Inovasi UKM di sini malam tadi.

Dr. Adam yang telah melakukan kajian terhadap bunga Rafflesia sejak tahun 1992 berkata, bunga ini adalah bunga Rafflesia yang kelima direkodkan di Semenanjung, kesembilan di Malaysia dan yang ke-32 di dunia.

Beliau berkata kumpulannya kini menjalankan kajian di lokasi yang lain tentang bunga itu.- BERNAMA 
Siti Aishah dibenar bertemu kakak di lokasi rahsia dikawal ketat

 Kamar Mahtum
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 November, 2013:Siti Aishah Abdul Wahab, 69, wanita yang dijadikan hamba oleh sepasang suami isteri di London dipercayai telah bertemu dengan kakak kandungnya, Kamar Mahtum, 73, hari ini di satu lokasi rahsia dalam suasana dikawal ketat pihak berkuasa negara itu.

Sumber Wisma Putra berkata, Siti Aishah dikawal ketat bagi mengelak sebarang maklumat bocor sehingga boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa.

"Siasatan kes itu masih lagi berjalan dan pihak Kementerian Luar sendiri sukar mendapatkan sebarang maklumat tentang Siti Aishah. Informasi yang diberikan juga sangat sedikit dan tidak banyak membantu pihak kementerian.

"Pertemuan antara Siti Aishah dengan Kamar Mahtum juga dikawal ketat oleh pihak berkuasa berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumber berkenaan mengesahkan, selain Siti Aishah terdapat wakil kementerian dibawa masuk bertemu wanita tersebut.

Ditanya sama ada wanita itu akan dibawa pulang setelah pertemuan tersebut, sumber berkenaan memberitahu, pihaknya sukar untuk menjangka sebarang keputusan kerana tidak banyak maklumat disalurkan kepada kementerian.

"Kawalan maklumat oleh pihak berkuasa amat ketat dan tidak banyak diperolehi Wisma Putra termasuklah tentang kisah sebenar kes Siti Aishah sendiri," tambah sumber itu.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London, Datuk Seri Zakaria Sulong mengesahkan Kamar Mahtum telah dibenarkan bertemu Siti Aishah hari ini.

"Dalam pertemuan itu, Kamar Mahtum telah memberikan Siti Aishah satu sejadah. Malah Aishah juga diminta untuk menulis satu surat kepada keluarganya di Malaysia," katanya kepada sebuah berita tempatan, Astro Awani hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan keluarga Siti Aishah telah lama mengetahui aktiviti radikal disertai wanita tersebut.

Siti Aishah dipercayai terpengaruh dengan fahaman komunis semasa melanjutkan pelajaran di London dengan biasiswa Komanwel seterusnya menetap di negara berkenaan. - UTUSAN 
Batu Putih: Siasat punca kekalahan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 November, 2013: Kerajaan dicadang supaya menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kekalahan Malaysia kepada Singapura dalam tuntutan Pulau Batu Putih pada 2007.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, selain itu kerajaan perlu membuat rayuan semula dengan kadar segera di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kekalahan ini.

"Bekas Pengarah Siasatan Jenayah, Datuk Mat Zain Ibrahim juga perlu membuat laporan polis berhubung akuan bersumpah yang menyebabkan Malaysia kalah dalam kes Pulau Batu Putih.

"Jika beliau sedia untuk membuat akuan bersumpah, apa susah sangat untuknya membuat laporan polis? Apa yang didedah ini amat serius malah melibatkan kepentingan dan maruah negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ibrahim, Kementerian Dalam Negeri sebelum ini mengatakan pihak polis tidak boleh menyiasat kecuali Mat Zain membuat laporan.

Bagaimanapun, Mat Zain berkata, polis boleh menjalankan siasatan berdasarkan akuan bersumpahnya.

"Akuan bersumpahnya juga satu tuduhan yang membabitkan integriti Peguam Negara. Sama ada betul atau tidak tuduhan itu, tiada siapa yang dapat mengesahkannya.

"Maka cara terbaik adalah dengan Mat Zain memberikan jawapan dengan membuat laporan polis," kata Ibrahim. - UTUSAN 
Kucing kurap: Guan Eng bersuara

PULAU PINANG, JUMAAT, 29 November, 2013: Selepas beberapa lama membisu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng akhirnya menyertai barisan pemimpin pembangkang lain membidas keceluparan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi (gambar) yang m, JUMAAT,elabelkan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai ‘kucing kurap’.

Guan Eng yang sebelum ini dilihat seolah-olah cuba mengelak daripada memberi reaksi berhubung isu itu akhirnya bersuara selepas diasak wartawan selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Menurut beliau, Jeff Ooi selaku Ahli Parlimen mewakili DAP perlu mendengar ‘nasihat’ yang diberikan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow berhubung perkara berkenaan.

“Seperti yang saya nyatakan, beliau harus berhati-hati kerana kenyataannya akan dilihat mewakili kerajaan negeri dan parti. Jadi, saya harap beliau ambil serius tentang apa yang dikatakan Kon Yeow sebelum ini," katanya. - UTUSAN 
Kerajaan Myanmar didesak mohon maaf

 * RIBUAN warga Myanmar mengadakan bantahan terhadap penghinaan Islam di Myanmar yang diadakan di Masjid Tabung Haji Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 29 November, 2013: Lebih 200 warga Islam Myanmar berarak dari bangunan Lembaga Tabung Haji ke kedutaan mereka di sini bagi menyerahkan memorandum menuntut kumpulan ekstremis Buddha menghentikan penindasan terhadap umat Islam di negara berkenaan.

Kumpulan ters JUMAAT,mbawa kain rentang tertera perkataan respect each other and every religion (hormat antara satu sama lain dan semua agama) dan stop insulting Islam (berhenti menghina Islam) sebelum diminta berhenti berhampiran pintu masuk kedutaan tersebut oleh kira-kira 20 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras (IPD Cheras) yang bersedia melakukan kawalan.

Sementara itu, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid yang turut serta dalam perarakan tersebut berkata, kerajaan Myanmar tidak boleh mengambil sikap lepas tangan terhadap ekstremis Buddha yang melakukan kezaliman.

“Tuntutan kita jelas supaya kerajaan Myanmar mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ini tanpa mengira perbezaan agama yang dianuti.

“Hal ini disebabkan kerajaan Myanmar seperti membenarkan tindakan ekstremis Buddha melakukan penindasan terhadap minoriti umat Islam tanpa sebarang tindakan undang-undang diambil selama ini," katanya kepada pemberita.

Menurut Mohd. Azmi, Mapim menuntut kerajaan Myanmar memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam di seluruh dunia atas penindasan dilakukan kumpulan ekstremis Buddha tersebut.

“Ekstremis Buddha di Myanmar secara terang-terangan bertindak membakar serta memusnahkan harta umat Islam seperti masjid, rumah, tanah perkuburan dan madrasah sejak tahun 2012. - UTUSAN 
Gara-gara disindir rakan, ustaz

Oleh FARHANA JONI
 
* REMAJA cuba terjun dari tingkat tiga
MIRI, JUMAAT, 29 November, 2013: Hanya kerana malu dengan ejekan rakan gara-gara disindir ustaz tidak tahu melafazkan azan, seorang pelajar lelaki Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini cuba terjun dari tingkat tiga asrama penginapan itu pagi ini.

Kejadian pukul 7 pagi itu menggemparkan rakan-rakan dan guru pelajar semester satu aliran Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri) tersebut lalu menghubungi pihak polis meminta bantuan.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Stanley Jonathan Ringgit berkata, ketika pihak bomba dan polis tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian, pelajar berusia 18 tahun itu lengkap memakai seragam dan sedang berdiri di penjuru bangunan.

“Pasukan keselamatan mengambil masa kira-kira sejam setengah untuk memujuk remaja tersebut sebelum seorang anggota bomba bertindak pantas menarik pelajar berkenaan menggunakan tangga.

“Pihak bomba turut meletakkan sebuah tilam di bawah bangunan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya pelajar berkenaan terjatuh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Stanley Jonathan berkata, difahamkan remaja berkenaan bertindak demikian akibat malu dengan ejekan rakan-rakan kelas dan tertekan dengan sindiran ustaz selepas dia gagal membaca lafaz azan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh diri dan mangsa kini berada di hospital dalam keadaan stabil. - UTUSAN 
12,113 pelajar ditawar biasiswa

IPOH, JUMAAT, 29 November, 2013: Kerajaan negeri menawarkan biasiswa berjumlah RM7.96 juta kepada 12,113 pelajar di bawah bantuan Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak sehingga bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Muhammad Amin Zakaria berkata, biasiswa berkenaan bertujuan membantu pelajar membuat persediaan kemasukan semester dan tahun pertama ke Politeknik, Kolej Komuniti, institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang terpilih dalam negara.

Beliau berkata, biasiswa itu diberikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda.

"Keutamaan diberikan kepada keluarga yang berpendapatan di bawah RM3,000.

"Di bawah skim bantuan ini, sehingga Oktober lalu, sebanyak RM862,200 biasiswa diberikan kepada 2,874 pelajar yang mengikuti kursus peringkat sijil, matrikulasi dan asasi manakala RM2.4 juta untuk 4,807 pelajar yang mengikuti pengajian peringkat diploma.

"Dalam masa sama, sejumlah RM3.09 juta diberikan kepada 3,089 pelajar untuk kategori Ijazah Sarjana Muda Kursus Bukan Profesional/Diploma Lanjutan manakala RM1.61 juta untuk 1,343 pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Kursus Profesional," katanya demikian ketika menjawab soalan Lim Pek Har (DAP-Menglembu) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kali Ke-13 di sini hari ini.

Tambah Dr. Muhammad Amin, di bawah program Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak tahun lalu, sebanyak 2,195 pelajar yang mengikuti kursus sijil, matrikulasi dan asasi mendapat biasiswa berjumlah RM658,500.

Menurutnya, pemberian biasiswa untuk pelajar kategori diploma melibatkan 4,281 orang (RM2.141 juta), 5,841 pelajar untuk kursus Ijazah Sarjana Muda Kursus Bukan Profesional (RM5.841 juta) dan 1,132 pelajar untuk kursus Ijazah Sarjana Muda Kursus Profesional (RM1.35 juta). - UTUSAN 
LIEC 2013 bermula hari ini

* ANTARA aktiviti Program Langkawi International Extreme Challenge yang diadakan pada tahun lepas. - Gambar/Ihsan Penganjur
ALOR SETAR, JUMAAT, 29 November, 2013: Langkawi International Extreme Challenge (LIEC) 2013 yang dahulunya dikenali sebagai sebagai Langkawi Extreme Challenge (LEC) kini bakal menemui peminat sukan lasak berprestij itu bermula esok hingga Isnin ini.

Kejohanan anjuran bersama Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM) itu buat julung kalinya akan disertai sebanyak 104 peserta dari 12 Kolej Komuniti, tiga buah politeknik serta sembilan Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta.

Pengarah Akademi Pelancongan Langkawi, Zainab Othman berkata, para peserta kejohanan tersebut adalah dari dalam dan luar negara termasuk 21 orang dari China, Arab Saudi, Iran, Nigeria, Tanzania, Pakistan, Yemen, Uganda, Kenya dan Thailand.

"LIEC 2013 ini merupakan program khas di bawah Bahagian Sukan, Sektor Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama antara Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan Langkawi Tourism Academy@KKLangkawi sebagai penganjur program," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, LIEC 2013 juga merupakan program tahunan sejak 2009 dan kini memasuki edisi kelima dengan penjenamaan semula daripada Langkawi Extreme Challenge (LEC) kepada LIEC.

Secara keseluruhannya, katanya, LIEC 2013 merupakan program yang berbentuk sukan lasak melibatkan aktiviti darat dan gunung yang menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta dengan penglibatan pelajar-pelajar IPT, Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara.

"Edisi kali ini memerlukan peserta untuk berlari merentas desa di laluan yang ditetapkan, mengayuh basikal melalui trek off road serta mendaki dan menuruni Gunung Raya.

"Kesemua disiplin ini perlu dilakukan semua peserta dengan jayanya dan di samping aktiviti yang melibatkan para peserta, kami turut menyediakan acara sampingan kepada jemputan yang hadir," katanya.

Antaranya, Zainab berkata, aktiviti berbasikal melibatkan sebanyak 10 tetamu kehormat yang hadir ketika majlis pembukaan iaitu mereka akan melalui laluan sama dilalui para peserta LIEC 2013.

Beliau berkata, majlis perasmian LIEC 2013 Sabtu ini di pekarangan Underwater World akan dihadiri Setiausaha Bahagian Sukan (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan Tinggi, Hazally Jali.

Menurutnya, majlis penutup pula akan diadakan Isnin ini di Resort World, Langkawi dan akan disempurnakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancang dan Pembangunan) Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Dr. Yusof Ismail. - UTUSAN 
MB nafi bayar Anwar RM15 juta

Oleh ABDUL YAZID ALIAS dan MAISARAH SHEIKH RAHIM

SHAH ALAM, JUMAAT, 29 November, 2013: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan kerajaan negeri terpaksa menggunakan wang rakyat berjumlah RM15 juta untuk membayar tuntutan elaun Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tahun lalu.

"Perkara itu tidak betul," katanya ringkas kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sebuah laman blog, http://santauberapi.blogspot.com/ hari ini yang mendakwa Anwar sebenarnya menerima gaji lebih daripada RM1 sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Berdasarkan artikel dalam blog tersebut yang bertajuk 'Takkan Pas Selangor Masih Nak Lindungi Pembohongan Anwar Ibrahim?' itu, Anwar didakwa menerima lebih RM1 juta setiap bulan berdasarkan tuntutan yang dibuatnya.

Blog itu mendakwa, sepanjang tahun lepas sahaja, Anwar menerima sebanyak RM15 juta daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk pelbagai kos termasuk tuntutan elaun perjalanan ke luar negara.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan Abdul Khalid ada mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut selain turut menafikan disiarkan dalam portal rasmi Menteri Besar Selangor.

Sebaliknya, jurucakap itu tidak menolak kemungkinan dakwaan terbabit dibuat bagi mengeruhkan keadaan susulan isu kenaikan gaji Menteri Besar dan anggota pentadbiran negeri berkenaan yang diputuskan DUN baru-baru ini.

Sebelum itu, beberapa blog lain turut melaporkan dakwaan pembayaran membabitkan elaun perjalanan, elaun keraian dan beberapa lagi elaun lain untuk Ketua Pembangkang berkenaan.

Blog-blog berkenaan membuat laporan tersebut dengan mendakwa ia dipetik daripada portal berita, Selangor Kini melalui maklumat yang diperoleh daripada Pejabat Menteri Besar Selangor.

Walau bagaimanapun, petikan laporan tuntutan itu ditarik semula blog-blog tersebut selepas penafian Menteri Besar berhubung perkara berkenaan. - UTUSAN 
Kritikan Anwar, Azmin 'drama minggu ini'

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 November, 2013: Kritikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak emasnya, Azmin Ali terhadap pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) disifatkan sebagai 'drama minggu ini'.

Menurut Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip, Anwar dan Azmin dilihat sengaja mahu menjadi hero dalam isu berkenaan apabila bukan sahaja melemparkan kritikan terbuka kepada Abdul Khalid, malah turut mengarahkan Menteri Besar menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji.

Selain itu beliau berkata, Anwar dan Azmin juga diyakini sengaja mahu mengeksploitasi isu kenaikan gaji tersebut kerana mereka melihat 'perang' berkenaan mampu mengalihkan perhatian rakyat terhadap insiden pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang bertindak keluar parti secara beramai- ramai Selasa lalu.

"TIBAI menganggap komen Anwar dan Azmin tidak ubah umpama drama minggu ini yang sedang memaparkan adegan retak menanti belah. Saya juga yakin Azmin marahkan Abdul Khalid kerana Menteri Besar itu tidak menaikkan gaji Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sehingga kekal dengan bayaran RM1.

"Namun, jika Abdul Khalid kekal dengan pendirian untuk melaksanakan kenaikan gaji itu tanpa mempedulikan bantahan pemimpin PKR agar ditangguhkan, ini membawa maksud bahawa Anwar sudah tidak laku dan perlu berundur sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam Anwar dalam kritikannya terhadap kepemimpinan Abdul Khalid berkata, sepatutnya kerajaan negeri mengutamakan cara untuk berkhidmat kepada rakyat dan beliau menyifatkan kenaikan gaji itu agak tinggi berbanding apa yang diuar-uarkan sebelum ini.

Azmin pula meminta kenaikan berkenaan ditangguhkan dan dikaji semula supaya kadar itu lebih munasabah dan mendesak kerajaan negeri Selangor memberi penjelasan kepada rakyat berhubungan pelaksanaan tersebut.

Bagaimanapun Abdul Khalid dalam reaksi segera kepada kritikan berkenaan menjawab; "Itu hak Azmin untuk tolak dan bantah. Beliau boleh ambil semua duit (gaji baharu) itu atau dermakan sebahagiannya untuk kerja amal". - UTUSAN 
Pertemuan PM-Ahmad titik permulaan baik

 Sheikh Ahmad
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 November, 2013: Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob disifatkan sebagai titik permulaan kepada hubungan yang boleh memberi manfaat kepada rakyat khususnya di negeri tersebut.

Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, ucapan tahniah harus dirakamkan kepada kedua-dua pemimpin itu kerana bersedia mengenepikan fahaman politik masing-masing dalam membincangkan usaha menjadikan Kelantan maju menjelang 2020.

Kesediaan Perdana Menteri menerima kunjungan itu juga membuktikan sikap yang wajar menjadi contoh kepada semua ahli politik di negara ini.

"Kami berharap selepas ini tiada lagi suara-suara sumbang daripada mana-mana pihak berkaitan pertemuan dan perbincangan bersejarah itu.

"Kami yakin rakyat Kelantan pasti akan menghukum mana-mana ahli politik yang tidak menunaikan tanggungjawab mereka dengan adil dan saksama dalam pilihan raya umum akan datang tanpa mengambil kira parti mana yang diwakili," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kunjungan hormat Ahmad ke atas Najib di Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra, semalam.

Dalam pada itu, Sheikh Ahmad Dusuki menggesa Pas dan UMNO meletakkan amanat untuk membangunkan bangsa, negara dan agama sebagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh ikhlas serta jujur. - UTUSAN
3
7










Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131130/po_04/Pertemuan-PM-Ahmad-titik-permulaan-baik#ixzz2m5qZwJzL
© Utusan Melayu (M) Bhd
Isyarat rakyat Sabah tolak PKR

KUANTAN, JUMAAY, 29 November, 2013: Tindakan 11 pemimpin cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah yang bertindak keluar parti memberi isyarat rakyat negeri tersebut menolak kepimpinan dan cara pendekatan pembangkang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, rakyat negeri itu menyedari mereka digula-gulakan semasa pilihan raya umum lalu selepas tidak ada satu pun janji ditunaikan pembangkang.

Malah, beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, para pemimpin PKR negeri itu juga tidak diberi ruang walaupun untuk memegang jawatan kecil dalam parti sendiri.

"Apabila pemimpin terbabit mengambil keputusan keluar parti bukan sahaja tidak berpuas hati tetapi tidak mempunyai keyakinan terhadap PKR sebagai parti sahsiah yang mampu melindungi dan menjadi suara kepada mereka.

"Saya juga mengharapkan lebih ramai akan keluar parti kerana menyedari parti tersebut sekadar menggunakan pemimpin di Sabah sebagai batu loncatan mendapatkan sokongan politik semata-mata," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Pusat Khidmat Kontraktor Kementerian Kerja Raya, di sini hari ini.

Selasa lalu, PKR Sabah hampir lumpuh selepas pemimpin utama daripada 11 cabang parti di negeri itu mengisytiharkan keluar parti sekali gus menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, Rosnah berkata, tindakan pemimpin PKR mahu mewujudkan jawatan Naib Presiden bagi mewakili pemimpin di Sabah dan Sarawak disifatkan sudah terlalu lewat untuk dilaksana.

"Itu hanya digunakan sebagai usaha mereka memancing kembali pemimpin-pemimpin ini. Mereka sudah menyedari PKR merupakan parti tidak bertanggungjawab dan tidak mahu lagi berada di bawah kepimpinan parti tersebut.

"Parti itu tidak boleh melindungi mereka dan dalam masa sama tidak memberikan ruang kepada pemimpin terbabit untuk bersuara," katanya.- UTUSAN 
Pemuda UMNO beri peluang wakil luar berbahas

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 November, 2013: Sesi perbahasan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4 Disember ini bakal menampilkan kelainan dengan membuka ruang penyertaan kepada wakil mahasiswa dan kelab UMNO luar negara.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, langkah itu memberi peluang yang lebih luas kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan kelab UMNO luar negara untuk menyuarakan pandangan mereka.

"Biro Pendidikan Tinggi Pemuda UMNO telah diminta untuk mengenal pasti wakil IPTA tempatan yang akan diketengahkan untuk berucap pada sesi perbahasan itu nanti.

"Ini juga merupakan kali pertama wakil Kelab UMNO Luar Negara berbahas pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO," katanya kepada Utusan Online selepas melawat Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, sesi perbahasan sayap tersebut akan diperkemaskan bagi mengelakkan berlaku pertindihan usul-usul yang bakal dibentangkan.

Sehubungan itu, Khairul Azwan, 37, menjelaskan, penyelarasan usul-usul berkaitan isu politik, ekonomi, pendidikan, agama dan sosial akan dibuat dalam mesyuarat Isnin ini. - UTUSAN ONLINE
'Kucing kurap': ADUN, Exco Pulau Pinang bidas Jeff Ooi

GEORGETOWN, JUMAAT, 29 November, 2013: Beberapa anggota dewan undangan negeri termasuk exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini membidas tindakan Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun yang melabel pegawai rendah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai ’kucing kurap’.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang Abdul Malik Abul Kasim (PKR-Batu Maung) berkata ayat seumpama itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang anggota parlimen yang mempunyai banyak saluran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap MPPP.

"Sebagai anggota Parlimen, beliau mempunyai pelbagai saluran untuk berhubung dengan kerajaan negeri, Ketua Menteri mahupun Yang Dipertua MPPP. Kalau orang lain yang tidak ada access boleh la dia frustrated (kecewa).

"Saya pun tidak tahu kenapa beliau tidak berpuas hati dengan MPPP, perkhidmatan MPPP. Ini bukan kali pertama beliau melahirkan ketidakpuasan terhadap MPPP," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang memberi label ’kucing kurap’ kepada beberapa pegawai MPPP Sabtu lalu, apabila mereka tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong dalam mesyuarat yang dianjurnya selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh (DAP-Sungai Puyu) pula berkata kerajaan negeri mengamalkan dasar polisi terbuka dan bersedia menerima kritikan dan cadangan melalui saluran yang disediakan.

"Kita mempunyai saluran untuk membuat aduan dan kritikan, beliau seharusnya menggunakan saluran yang betul jika mempunyai masalah dengan mana-mana pihak," katanya.

Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) pula menggesa rakyat di negeri itu untuk menilai semula sama ada pemimpin seperti Ooi perlu dipilih pada masa depan bagi memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

"Inikah pemimpin yang perlu mereka sokong? Adakah dengan cara ini boleh membangunkan negeri dan Malaysia... Ini bukan caranya. Beliau hanya pandai menuding jari terhadap kesalahan orang sahaja," katanya. - BERNAMA
Sembilan ahli MT lantikan Presiden UMNO diumumkan

Oleh HAKIMI ISMAIL

PUTRAJAYA, JUMAAT, 29 November, 2013: Sembilan individu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dipilih oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bagi melengkapkan barisan ahli Majlis Tertinggi (MT) yang baharu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perlantikan tersebut dibuat atas kuasa yang dimiliki oleh presiden parti seperti mana yang terkandung dalam Fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO.

Berikut adalah sembilan nama ahli MT yang baru dilantik:

1. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

2. Datuk Hamzah Zainudin

3. Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin

4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

5. Datuk Irmohizam Ibrahim

6. Datuk Johari Abdul Ghani

7. Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah

8. Dr. Asyraf Wajdi Dasuki

9. Mohammad Kazim Elias

- UTUSAN ONLINE
Pemandu lori dilepaskan daripada membunuh bayinya

SHAH ALAM, JUMAAT, 29 November, 2013: Seorang pemandu lori terselamat daripada hukuman mati apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan membunuh bayi lelakinya yang berusia 14 hari, tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membebaskan R. Ramesh, 42, tanpa dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wujudnya perbuatan jenayah dan niat jenayah seperti dalam pertuduhan.

"Ini merupakan satu kejadian yang malang, walaupun tertuduh tidak dihukum, tertuduh akan menyesal sepanjang hidupnya," ujar hakim tersebut.

Menurut beliau, terdapat percanggahan antara keterangan isteri dan anak perempuan tertuduh.

Menurut Hakim Akhtar, isteri tertuduh mendakwa, dia berada di rumah ketika kejadian namun anak perempuan tertuduh sebaliknya menyatakan, ibunya berada di luar rumah ketika itu.

"Isteri dan anak perempuan mendakwa mereka nampak pisau digunakan oleh tertuduh untuk menyerang abang ipar lelaki itu tetapi abang ipar tertuduh mendakwa tidak nampak pisau digunakan oleh tertuduh.

"Percanggahan keterangan ketiga-tiga saksi ini menjadikan sukar untuk mahkamah menentukan apa yang berlaku semasa kejadian," ujar beliau. - UTUSAN ONLINE
Kerajaan didesak kaji semula hubungan dengan Myanmar

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 November, 2013: Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia Menentang Estremis Aama di Myanmar (Gabungan NGO) hari ini mendesak kerajaan Malaysia mengkaji semula hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Myanmar.

Koordinatornya, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, Malaysia harus menyatakan pendirian tegas ekoran Myanmar dilihat langsung tidak mengendahkan deklarasi dan semangat ASEAN menentang ekstremis agama di negara itu.

"Terbaru, agama Islam dihina oleh sami Buddha di mana mereka mengadakan protes jalanan pada 15 November lalu ketika kehadiran wakil Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ke negara itu untuk meninjau keadaan rakyat beragama Islam di sana.

"Malah, lebih memburukkan keadaan, salah satu kain pemidang semasa protes itu turut menyatakan Oppose Islam, the animal-like religion which has high reproductive rate (Tentang Islam, agama menyerupai binatang yang mempunyai kadar kelahiran yang tinggi), sehingga tahap ini, namun Myanmar masih berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa," dakwanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai penyerahan memorandum daripada Gabungan NGO kepada Kedutaan Myanmar di Jalan Ampang Hilir di sini yang turut dihadiri Ketua Pemuda Pas pusat, Suhaizan Kayat.

Memorandum daripada Gabungan NGO itu bagaimanapun tidak dapat diserahkan kepada mana-mana wakil Kedutaan Myanmar dan hanya dimasukkan ke dalam peti surat kedutaan itu sahaja.

Mohd. Azmi yang juga merupakan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) turut bertegas dengan mengatakan sami-sami Buddha itu telah melakukan satu jenayah yang dahsyat kerana menghina sebuah agama utama dunia.

"Kami dengan ini memprotes tindakan berkenaan. Kami mahu persatuan sami-sami Buddha berkenaan meminta maaf kepada umat Islam seluruh dunia. Jika tidak mahu wakil OIC berada di Myanmar, kami boleh terima, tapi bukan sehingga tahap menghina agama Islam," katanya.

Gabungan NGO itu turuut mendesak ASEAN mengkaji semula keanggotaan Mynamar dalam pertubuhan rantau Asia Tenggara itu serta menggesa Malaysia menarik diri daripada menyertai Sukan SEA ke-27 yang akan berlangsung di negara itu bulan depan. - UTUSAN ONLINE
Pulau Pinang  dijangka turut naikkan gaji Ketua Menteri, Exco, ADUN

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL

PULAU PINANG, JUMAAT, 29 November, 2013: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk barisan Exco dan Ketua Menteri dijangka menerima kenaikan gaji dan elaun lumayan melebihi 50 peratus.

Seorang ADUN yang ditemui sebelum pembentangan bajet negeri di Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk membuat pengumuman rasmi.

"Ada kalangan rakan-rakan ADUN yang telah mengesahkan perkara itu malah mengatakan kenaikan itu mungkin mencecah 88 peratus termasuk elaun.

"Walau bagaimanapun, kita tunggu pengumuman rasmi Ketua Menteri yang dijangka membentangkan perkara berkenaan pada 13 Disember ini, sempena Sidang DUN," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ketika ini, Guan Eng menerima gaji sebanyak RM14,175.15 tidak termasuk pelbagai elaun sebanyak RM30,000. - UTUSAN ONLINE
Kemuka laporan tidak lengkap taktik DAP tarik simpati rakyat

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 November, 2013: DAP dilihat mahu meraih simpati rakyat dengan sengaja mengemukakan laporan tidak lengkap berhubung pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, A. David Dass mendakwa, parti itu sengaja menunggu desakan daripada ROS dan akhirnya mengemukakan laporan yang tidak lengkap kerana mahu mengaburi mata rakyat.

"Ini taktik mereka. Mereka mahu rakyat melihat bahawa mereka sudah memberi kerjasama tetapi ROS masih mengganggu mereka. Itulah objektif mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan bekas Pengerusi Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat bahawa parti tersebut sengaja mengemukakan laporan tidak lengkap tentang pemilihan semula CEC pada 29 September lalu agar ROS mengambil tindakan.

Tuan Tat mendakwa, laporan yang tidak lengkap itu dipercayai bagi membiarkan ROS bertindak dan mungkin terpaksa membatalkan CEC yang dibuat sekali lagi tersebut.

Menurut David, ROS seharusnya mengeluarkan kenyataan jelas berhubung laporan yang telah dikemukakan oleh DAP sebelum ini agar rakyat dapat menilai apa sebenarnya permainan cuba dilakukan parti itu.

"ROS wajar mengeluarkan kenyataan paling jelas di mana rakyat dapat faham apa laporan yang telah DAP kemukakan sebelum ini. Benarkah laporan itu tidak lengkap dan apa tindakan yang ROS akan buat berdasarkan laporan dihantar," katanya.

Katanya, apa yang penting rakyat harus melihat bukti jelas selain dapat menghapuskan persepsi negatif bahawa ROS bertindak atas arahan kerajaan dan sebagainya. - UTUSAN 
Lahad Datu: Tian Chua gagal rayuan batal pertuduhan

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, JUMAAT, 29 November, 2013: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk membatalkan pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya terhadap insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Lim Yee Lan memutuskan demikian secara sebulat suara selepas menolak rayuan Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu.

Para peguamnya, Amer Hamzah Arshad dan Eric Paulsen ketika ditemui pemberita di luar mahkamah selepas keputusan itu memberitahu, mereka akan berbincang sama ada untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan atau meneruskan perbicaraan di Mahkamah Sesyen.

Tian Chua, 50, atau nama sebenarnya Chua Tian Chang merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 26 September lalu yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan tersebut. - UTUSAN ONLINE
Gaji Menteri Besar Selangor tidak munasabah - Khaled

KLUANG, JUMAAT, 29 November, 2013: Kenaikan gaji Menteri Besar Selangor, Speaker Dewan Undangan Negeri dan barisan Exco negeri itu sebanyak 373.3 peratus dianggap sebagai tidak munasabah dan keterlaluan.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah gaji Menteri Besar Selangor yang akan dinaikkan bermula tahun depan agak keterlaluan jika gajinya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dicampur dengan gaji Menteri Besar.

Menurutnya, gaji ADUN yang dicadangkan ialah sebanyak RM11,250 manakala Menteri Besar RM29,250 dan jika kedua-duanya dicampur akan menjadi RM40,500, iaitu satu jumlah yang agak keterlaluan.

"Di negeri Johor, kita tidak mempunyai rasa cemburu atau apa-apa niat, tetapi kenaikan yang dibuat biarlah berpadan dan mampu memberi kesan positif kepada rakyat. Sepatutnya biarlah gaji ADUN sahaja yang dinaikkan bukan Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri.

"Itupun bukanlah dalam jumlah yang keterlaluan kerana secara automatik, Menteri Besar dan juga barisan Exco juga akan merasai kesan kenaikan itu kerana mereka merupakan ADUN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Agro Johor sempena Hari Penternak, Peladang dan Nelayan di Projek Pertanian Kluang di sini hari ini.

Mohamed Khaled memberitahu, kerajaan negeri ini juga dijangka menaikkan gaji ADUN namun tidak melibatkan Exco dan Menteri Besar serta dalam jumlah yang munasabah.

"Kerajaan negeri sedang menimbang untuk menaikkan gaji ADUN tetapi bukanlah dalam jumlah yang tinggi seperti Selangor. Pertimbangan ini dibuat kerana ADUN merupakan individu yang bekerja kuat untuk masyarakat di kawasannya.

"Bagaimanapun, pertimbangan itu hanya di peringkat awal dan tiada keputusan lagi bila dan berapa gaji ADUN di negeri ini akan dinaikkan. Jika gaji ADUN dinaikkan kita akan mengumumkannya kemudian," katanya.

Sementara itu, beliau mengesahkan kerajaan negeri akan memberikan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 untuk penjawat awam bagi tahun 2013 sama seperti yang diumumkan Kerajaan Persekutuan.

Pembayaran bonus itu dijangka akan dibuat pada Disember ini bagi meringankan beban penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri ini. - UTUSAN 
NGO Islam sedia jadi perantara muzakarah Pas-UMNO

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

 * DR. Asyraf Wajdi Dasuki (tengah) pada sidang media selepas majlis pertemuan NGO-NGO Islam berkenaan muzakarah Pas-UMNO di Pejabat Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) di Kuala Lumpur hari ini. Hadir sama Tan Sri Zaman Khan (kiri) dan Nasharuddin Mat Isa. - UTUSAN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 November, 2013: Kepimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini menyatakan sokongan mereka terhadap usaha Pas dan UMNO untuk bermuzakarah serta bersedia untuk menjadi perantaranya.

Pertemuan Khas NGO-NGO berkenaan di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di sini yang melibatkan 32 pemimpin NGO Islam sebulat suara berpandangan bahawa tidak mustahil muzakarah Pas dan UMNO boleh berlaku.

Yang Dipertua Yadim, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang mempengerusikan pertemuan itu berkata, NGO Islam bersedia untuk menjadi perantara bagi muzakarah tersebut.

"Ahli-ahli kedua-dua parti patut bersikap besar kita bukan mahu meleburkan identiti parti masing-masing.

"Suara NGO Islam adalah suara ahli akar umbi. Kita patut mengutamakan kepentingan Islam, Melayu dan negara," kata Dr. Asyraf Wajdi dalam sidang akhbar selepas pertemuan tersebut di sini hari ini.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang turut hadir berkata, perkembangan positif muzakarah UMNO dan Pas telah diperlihatkan dalam pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob semalam.

"Perkara biasa jika ada yang tidak dapat menerima muzakarah UMNO dan Pas. Namun ini masalah ummah dan agama. Justeru perasaan peribadi dan retorik perlu ditolak.

Serentak itu, NGO Islam akan mengadakan seminar berkaitan muzakarah tersebut dalam masa terdekat dan Tan Sri Mohd Zaman Khan telah dilantik sebagai ketua pasukan bertindak untuk mengadakan seminar tersebut. - UTUSAN ONLINE
Mahkamah benarkan Karim ketepi hukuman gantung

MARZITA ABDULLAH

* KARIM Ibrahim mendengar penerangan daripada peguamnya selepas hadir di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas), di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 November, 2013: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim untuk mengetepikan perintah penggantungannya selama enam tahun daripada aktiviti olahraga yang dibuat badan induk itu, tahun lalu. - UTUSAN ONLINE
Mahkamah Tinggi tolak permohonan penduduk TTDI

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES

KUALA LUMPUR 29 November, 2013: 12 penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang kediaman mereka terletak berhampiran dengan projek Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) hari ini gagal mendapatkan peri JUMAAT,,sytiharan bahawa projek mega itu salah di sisi undang-undang.

Ini kerana, Mahkamah Tinggi KL hari ini menolak dengan kos permohonan mereka. Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop di kamar beliau. - UTUSAN ONLINE
3 tentera Libya terbunuh dalam pertempuran di Benghazi

BENGHAZI, KHAMIS, 29 November, 2013: Sekurang-kurangnya tiga anggota tentera Libya terbunuh manakala tiga lagi cedera selepas berlakunya pertempuran dengan kumpulan bersenjata di sini semalam.

"Tiga anggota tentera terbunuh, sementara tiga lagi yang mengalami kecederaan sudah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," kata jurucakap Hospital Al-Jala, Fadia al-Barghathi.

Sementara itu, sumber keselamatan memberitahu pertempuran tersebut berlaku selepas sebahagian anggota kumpulan bersenjata cuba memasuki bandar tersebut. - AFP/UTUSAN
22 orang terbunuh dalam serangan bom di Baghdad

BAGHDAD, JUMAAT, 29 November, 2013: Tiga buah kereta yang dilengkapi dengan bahan letupan, meletup di luar sebuah pasar yang di penuhi dengan orang ramai di sini semalam, mengorbankan kira-kira 22 nyawa.

Serangan pada waktu tengah hari itu berlaku di bandar Hillah, kira-kira 95 kilometer selatan Baghdad, apabila tiga buah kereta yang datang secara berasingan meletup di dua buah pasar dan barisan kedai runcit.

Pihak berkuasa berkata, kesemua letupan itu berlaku dalam masa lima minit, dan turut mencederakan 21 yang lain. Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab berhubung kejadian itu. - AGENSI/UTUSAN
Gaji: Keterlaluan, tidak setimpal

Oleh ROZIANAH RISMAN

 Hamidzun Khairuddin
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 28 Novrmber, 2013: Kenaikan gaji Menteri Besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.

Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pertambahan sebanyak 87 peratus hingga 373.3 peratus dilihat tidak munasabah bagi negeri yang masih mempunyai masalah dari segi infrastruktur.

"Peruntukan kewangan sepatutnya dilebihkan untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi rakyat seperti perkhidmatan air yang tidak memuaskan, keadaan longkang tersumbat, jalan raya berlubang dan sungai terbiar.

"Kenaikan gaji tidak salah, malah menjadi keperluan. Namun biarlah dilakukan secara berhemah. Janganlah keterlaluan dalam perbelanjaan saraan ADUN tanpa mengambil kira kepentingan rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 ADUN, berkuat kuasa 1 Januari depan, dengan Timbalan Speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi iaitu 373.3 peratus.

Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji Menteri Besar Selangor, Speaker DUN dan barisan Exco kerajaan negeri.

Tambah Hamidzun, kerajaan negeri seolah-olah mengambil kesempatan terhadap kewangan yang diperoleh daripada hasil cukai yang dipungut daripada rakyat.

"Lihat sahaja dari segi pungutan cukai, lewat membayar cukai pintu, dikenakan denda sehingga RM200, lambat melunaskan cukai tanah, dikenakan denda RM100.

"Seolah-olah pihak kerajaan negeri mengambil kesempatan terhadap wang yang diperoleh daripada hasil tekanan yang dikenakan terhadap pembayar cukai," katanya.

Beliau berkata, sidang tersebut sepatutnya mengusulkan sekali kenaikan gaji kakitangan kerajaan negeri itu memandangkan mereka turut bekerja bersama pemimpin-pemimpin tersebut dalam mentadbir Selangor.

"Kenaikan kakitangan kerajaan negeri perlu setimpal dengan kenaikan gaji ADUN, sekurang-kurangnya 50 peratus atau 89 peratus," katanya.

Sementara itu, Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Prof. Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya merasakan kenaikan gaji Menteri Besar Selangor dan ADUN berkenaan terlalu tinggi.

"Kerajaan negeri dilihat seolah-olah cuba membolot hasil negeri dan lebih mengutamakan gaji mereka daripada kebajikan rakyat.

"Sepatutnya peruntukan kewangan Selangor dilebihkan untuk kegunaan kebajikan rakyat dan usaha pembangunan infrastruktur negeri itu," katanya.

Jelasnya, banyak lagi program dan kegunaan lain yang lebih penting untuk dibiayai daripada menumpukan kenaikan wakil rakyat yang belum menunjukkan prestasi pentadbiran memuaskan. - UTUSAN 
Malaysia mampu bertindak

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
 MUHYIDDIN Yassin diiringi Hishammuddin Tun Hussein ketika tiba untuk merasmikan persidangan Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MIDAS) di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Zulkifeli Mohd. Zin (kanan). - BERNAMA
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 28 November, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia mampu bertindak balas terhadap mana-mana pihak yang menganggu-gugat keamanan dan kedaulatan walaupun negara ini terkenal sebagai mencintai diplomasi.

Menurut beliau, pasukan keselamatan yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) memiliki keupayaan dalam menangani sebarang ancaman musuh dan akan terus diperkasa untuk menjadi benteng pertahanan negara pada sepanjang masa.

"Ini satu hakikat bahawa kita tidak pernah dikenali sebagai penyerang dan sering memilih proses diplomasi termasuk ketika berdepan dengan pihak yang menyerang. Namun, apabila saluran itu habis dan jika kehidupan rakyat terancam, kami berupaya untuk bertindak balas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MIDAS) yang bertemakan 'Ketahanan Nasional ke arah Negara Maju' di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima ATM, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.

Dalam pada itu, Muhyiddin menambah, walaupun diakui memiliki kekuatan tersendiri, pasukan keselamatan Malaysia perlu sentiasa dipastikan memiliki daya tahan untuk terlibat dalam pelbagai operasi ketenteraan, baik dalam negara mahupun luar negara apabila keadaan memerlukan.

Jelasnya, insiden berdarah di Lahad Datu dan Semporna, Sabah sememangnya telah menjadi iktibar penting kepada semua pihak, khususnya pasukan keselamatan negara untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan agar kejadian serupa tidak berulang lagi pada masa hadapan.

"Jika kita dilengkapi dengan segala peralatan ketenteraan yang canggih sekalipun, itu tidak memadai jika seseorang anggota keselamatan itu tidak mempunyai daya tahan mental serta kemahiran peperangan yang diperlukan pasukan bersenjata," ujarnya. - UTUSAN 
Daya tahan negara diperkukuh - Hishammuddin

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 28 November, 2013: Kerajaan akan terus meningkatkan daya tahan negara, khususnya dalam usaha memperkasa dan memperkukuhkan kedaulatan Malaysia.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus dipertingkatkan dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan negara terus terpelihara, khususnya selepas kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sebelum ini.

Jelasnya, walaupun kedudukan negara sekarang aman, namun kerajaan sentiasa perlu melihat bagaimana untuk mengatasi pelbagai ancaman yang sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan semasa.

"Pembelian aset-aset dan menaik taraf peralatan ketenteraan cuma akan dibuat membabitkan keadaan mendesak seperti di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

"Bagaimanapun, kita perlu menerima hakikat bahawa pembelian itu juga tertakluk kepada kemampuan kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas penutupan Persidangan Kedua Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MIDAS) yang sebelum itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin juga memuji usaha MIDAS menganjurkan persidangan yang membabitkan pelbagai organisasi bagi membincangkan isu-isu berkaitan daya tahan negara.

"Saya juga berpendapat mungkin persidangan membincangkan isu daya tahan ini juga boleh diperkembangkan bukan sahaja di peringkat dalam negeri tetapi di peringkat ASEAN.

"Dengan kedudukan ASEAN yang strategik, daya tahan rantau ini juga perlu dipertingkatkan secara bersama-sama dengan negara- negara anggota lain," ujarnya. - UTUSAN
PPD diberi lebih kuasa

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA

 * IDRIS Jusoh (tengah) bersalaman dengan para peserta Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pegawai-Pegawai Pendidikan Daerah dan Pelancaran Program Transformasi Pendidikan, di Kuala Terengganu, kelmarin. - UTUSAN/Shaifudin Mohd. Nor
KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 28 November, 2013: Kementerian Pendidikan akan memperkasakan perkhidmatan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara agar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dapat dilaksanakan lebih berkesan.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, antara lain PPD akan diberikan lebih kuasa agar pegawainya dapat menjalankan tugas tanpa menghadapi banyak kerenah birokrasi.

"Inilah antara sebab kita mengadakan transformasi daerah ini agar kita boleh memberi kuasa yang lebih kepada PPD untuk melaksanakannya.

"Dengan cara itu, kita akan melihat program-program di peringkat akar umbi dapat berjalan dengan lancar tanpa banyak birokrasi dan pada masa sama, kita akan memastikan pendidikan dinaik taraf menjadi lebih baik dan inilah pelan transformasi pendidikan negara yang sedang dilaksanakan pada masa kini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pegawai-Pegawai Pendidikan Daerah dan Pelancaran Program Transformasi Pendidikan di sini malam tadi.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib; Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Hashim Md. Zin; Yang Dipertua Majlis Pegawai Pendidikan Daerah Malaysia (MPPDM), Azwar Iqbal Mohd. Tahir serta beberapa kenamaan lain.

Persidangan selama dua hari itu anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pendidikan dengan kerjasama MPPDM, melibatkan kira-kira 1,000 peserta termasuk PPD di seluruh negara, para pengetua serta guru besar di seluruh negeri ini.

Dalam perkembangan berasingan, Idris memberitahu, kementeriannya bercadang mengguna pakai kaedah pembelajaran berasaskan program Ulul Albab yang dilaksanakan di sekolah-sekolah Imtiaz di negeri ini di tiga negeri lain tahun depan sebagai langkah permulaan sebelum dilaksanakan di seluruh negara kelak.

Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini, negeri-negeri tersebut masih belum dikenal pasti, namun antara negeri yang dijangka terpilih dan disenarai pendek ialah di Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.

"Ini antara negeri yang telah menyatakan persetujuan mereka kerana perkara itu (pelaksanaan program Ulul Albab) memerlukan persediaan rapi termasuk di segi kesediaan sekolah-sekolah untuk melaksanakan program tersebut," ujar beliau.

Tambahnya, jika program tersebut berkesan, pihaknya akan memastikan sekurang-kurangnya satu sekolah di setiap negeri mengguna pakai program tersebut menjelang tahun 2015 nanti. - UTUSAN
Anwar, Azmin sifatkan kenaikan gaji ADUN, Exco terlalu tinggi

Anwar Ibrahim, Azmin Ali
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 28 November, 2013: Penasihat Ekonomi kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kadar kenaikan gaji kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor termasuk Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker DUN serta Exco kerajaan negeri sebagai terlalu tinggi.

Sehubungan itu, beliau yang juga Penasihat PKR meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mengkaji semula kadar kenaikan itu yang meningkat antara 87.5 dan 373.3 peratus.

Menurut Anwar, Abdul Khalid sudah menjelaskan alasan mengenai kadar kenaikan itu kepadanya dan kini giliran rakyat pula mendapat penjelasan daripada beliau sendiri menerusi media.

“Saya tidak merasakan kita boleh menggunakan alasan kadar kenaikan gaji di Sarawak. Dalam parlimen walaupun ada usul kenaikan gaji sebelum ini, kita setuju sebab sudah begitu lama tidak dinaikkan.

“Pada saya kenaikan itu wajar tetapi apa yang berlaku, adalah terlalu tinggi dan tidak seperti yang diuar-uarkan sebelum ini. Kita setuju (kenaikan) sebab sudah begitu lama tidak dinaikkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Beliau mengulas tindakan DUN Selangor semalam yang meluluskan kenaikan gaji kesemua ADUN berkuat kuasa tahun hadapan dengan Timbalan Speaker menerima kenaikan tertinggi iaitu sebanyak 373.3 peratus.

Selain disebabkan bebanan tugas yang dipikul wakil rakyat, antara alasan yang dikemukakan Abdul Khalid mengenai kadar kenaikan itu adalah berdasarkan formula 75 peratus daripada gaji dan elaun yang diterima wakil rakyat Sarawak.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor, Mohamed Azmin Ali meminta supaya kerajaan Selangor menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji tersebut agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.

Sambil menyifatkan kadar kenaikan itu juga sebagai terlalu tinggi, beliau yang juga Timbalan Presiden PKR menafikan kadar kenaikan mendadak itu berpunca daripada desakan pihaknya.

“Kami langsung tidak menyebut tentang kenaikan gaji ADUN atau Exco Selangor dalam memorandum BBC Selangor yang dihantar kepada kerajaan negeri. Apa yang kami sentuh hanya mengenai soal pembangunan, pendidikan, belia dan sebagainya.

“Malah kerajaan negeri langsung tidak berbincang dengan BBC Selangor serta pihak-pihak berkepentingan mengenai perkara ini. Dalam masa tidak sampai seminggu selepas mereka kata nak kaji kadar kenaikan ini, tiba-tiba semalam mereka dah mengumumkannya," kata beliau. - UTUSAN
Kerajaan Negeri Selangor wajar kaji kesan kenaikan gaji ADUN

IPOH, KHAMIS, 28 November, 2013: Kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang diumumkan semalam harus dinilai kesannya kepada rakyat negeri itu, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Menurut beliau, kerajaan pakatan pembangkang juga perlu menilai sama ada kenaikan yang bakal dinikmati oleh kesemua 56 ADUN negeri itu mulai 1 Januari depan merupakan satu keperluan.

"Kenaikan elaun ADUN Selangor perlu dilihat dari segi tahap keperluannya, sama ada sudah sampai ke paras mana (ia perlu dinaikkan). Inilah yang sangat penting untuk dibuat penilaian.

"Mereka (kerajaan negeri Selangor) kata mereka mampu, dia (Selangor) ibu negeri di mana semua aktiviti (ekonomi) di sana. Saya berpendapat kenaikan ini juga perlu dilihat kesannya kepada rakyat, sejauh mana membebankan rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan elaun untuk kesemua 56 ADUN berkuatkuasa 1 Januari depan, dengan Timbalan Speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi iaitu sebanyak 373.3 peratus.

Gaji Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; Speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; Timbalan Speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN dari RM6,000 kepada RM11,250.

Mengenai perbandingan gaji beliau dengan Menteri Besar Selangor yang dinaikkan kepada RM29,250, kata Zambry, gaji Abdul Khalid adalah dua atau tiga kali ganda berbanding gajinya.

"Kita pun teringin juga (kenaikan elaun dan gaji seperti ADUN Selangor). Tetapi bayangkan jika ada kerajaan (negeri) Barisan Nasional (BN) yang mengumumkan kenaikan elaun dan gaji yang sebegitu, apa respons rakyat dan 'pihak yang di sebelah sana' (pembangkang)?

"Kita (kerajaan negeri) hendak menaikkan (elaun) terpaksa berfikir panjang. Kerajaan negeri Perak belum lagi membuat kenaikkan gaji untuk ADUN, cuma kita beri kenaikan elaun asas untuk ADUN iaitu RM4,000 kepada RM6,000," kata beliau. - UTUSAN 

Friday 29 November 2013

Naik taraf sebagai pemandu pelancong

Mohamed Nazri, Irmohizam Ibrahim

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 28 November, 2013: Kementerian Pelancongan sedia mempertimbangkan cadangan untuk menaik taraf pemandu teksi di ibu negara sebagai pemandu pelancong yang diiktiraf melalui kursus intensif kepada golongan itu bagi meningkatkan imej negara di mata pelancong asing.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, langkah itu dilihat mampu membantu kerajaan mengatasi masalah yang sering timbul ekoran persepsi negatif terutama di peringkat antarabangsa terhadap pemandu teksi di negara ini.

“Mungkin kita boleh buat kepada mereka yang minat, kursus intensif dan keluarkan kad yang menunjukkan pemandu teksi ini adalah pemandu pelancong terlatih dan diiktiraf.

“Kementerian akan pertimbangkan cadangan itu," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) pada sesi perbahasan membangkitkan isu pemandu teksi yang dilihat tidak profesional terutama ketika melayan pelancong asing.

“Saya lihat pelbagai aduan negatif mengenai pemandu teksi mencalar imej negara kepada pelancong. Saya juga terbaca di laman web www.londoncab.co.uk yang menyenarai Malaysia di tempat pertama dengan pemandu teksi bersikap buruk.

“Jadi saya syorkan supaya kementerian bekerjasama dengan pihak bertanggungjawab dan merangka program khusus untuk mengatasi masalah ini," katanya.

Mengulas lanjut isu itu, Mohamed Nazri berkata, kerajaan sebelum ini telah melancarkan program Duta Teksi di sekitar Lembah Klang dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Mac 2012 bagi menangani isu aduan negatif terhadap pemandu teksi.

“Hasil program itu, sebanyak 4,000 pemandu teksi sekitar Lembah Klang dilatih mengenai aspek layanan baik kepada pelancong, produk, peraturan yang perlu dipatuhi, pemanduan berhemat dan sebanyak 40 siri kursus telah diadakan kepada mereka," katanya.

Beliau berkata, program sedemikian akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan pemandu teksi di seluruh ibu negara dapat dilatih secara profesional.

Menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) yang bertanya mengenai pelancongan pelayaran (cruise), Mohamed Nazri berkata, beliau akan mengadakan lawatan ke Singapura tahun depan bagi berbincang kerjasama dalam aspek pelancongan pelayaran melalui pelabuhan-pelabuhan di negara itu.

Katanya, Malaysia melihat lebih banyak manfaat sekiranya kedua-dua negara bekerjasama dalam aspek pelancongan pelayaran selain membangunkan pelabuhan di Pulau Pinang untuk tujuan itu.

“Saya kira apa yang harus dilakukan selepas ini adalah menaik taraf pelabuhan di Pulau Pinang dan beri kerjasama erat dengan pelabuhan lain contohnya di Singapura. Tak perlu lawan Singapura sebab memang negara itu ada pelabuhan terkenal. Lebih baik bekerjasama dengan mereka," katanya. - UTUSAN 
Tiga sekeluarga maut nahas

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF

 * KEADAAN kereta Perodua Kancil yang remuk teruk selepas bertembung dengan lori dalam kemalangan di Nenasi, Pekan, Pahang, kelmarin.
KUANTAN, KHAMIS, 28 November, 2013: Tiga sekeluarga maut manakala seorang lagi cedera parah setelah kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kilometer 40, Jalan Pekan-Rompin, Nenasi dekat sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, mangsa yang terbunuh ialah Rosmah Othman, 47, yang duduk di bahagian penumpang hadapan kereta Perodua Kancil bersama dua anaknya iaitu pemandu, Mohd. Haikal Syukri Razali, 19, dan penumpang belakang, Norzafirah, 11.

Seorang lagi anak Rosmah, Nurul Najila, 7, cedera parah dan kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan lanjut. Mereka berasal dari Taman Wawasan Endau, Rompin.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahya Othman berkata, kejadian berlaku apabila kereta dinaiki empat beranak dari Kuantan menghala pulang ke Rompin tiba-tiba memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori dari arah hadapan.

"Pertembungan itu menyebabkan mereka tersepit dalam kereta dan tiga daripadanya maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Yahya berkata, pemandu lori itu tidak mengalami kecederaan dengan kenderaan tersebut rosak di bahagian depan.

Katanya, mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya pada pukul 1 pagi bagi urusan pengebumian.

"Siasatan kini masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.

Difahamkan, kesemua mangsa dibawa ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Tanjung Gemok, Rompin untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Gemok di situ.

Dalam pada itu, menurut adik ipar Rosmah, Mohamad Shafie Mohd. Arifin, 55, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke Rompin selepas menukar kereta dengan anak kedua wanita itu yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang di Jengka, Maran.

"Rosmah memberi pinjam kereta Nissan Almeera yang baru dibelinya dua bulan lalu kepada anaknya itu di Kuantan dan mengambil kereta Perodua Kancil untuk pulang bersama tiga lagi anaknya," katanya. - UTUSAN 
3 pembuli mengaku salah

Oleh ANI AWANG
 
 
* SALAH seorang pelajar yang didapati bersalah membuli pelajar lain hadir di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.
BUKIT MERTAJAM, KHAMIS, 28 November, 2013: Mahkamah Majistret di sini memerintahkan tiga pelajar berusia 15 tahun ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti, Teluk Air Tawar dekat sini selama tiga tahun atas kesalahan membuli seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Seberang Jaya pada Mac lalu.

Majistret Nurzafirah Mohamed Ali memutuskan demikian setelah ketiga-tiga pelajar terbabit hari ini mengekalkan pengakuan bersalah mereka yang dibuat pada 25 Oktober lalu.

Perintah tersebut berkuat kuasa hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka dituduh membuli seorang pelajar dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa di sebuah sekolah menengah di Seberang Jaya di sini pada pukul 2.25 petang, 4 Mac lalu.

Ketiga-tiga mereka dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Dalam prosiding yang dibuat di kamar majistret itu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamaliza Md. Zain manakala tertuduh-tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Pada 11 April lalu, polis menahan tiga pelajar sekolah menengah terbabit di rumah masing-masing bagi membantu siasatan berhubung kes pukul seorang pelajar di sekolah yang sama.

Penahanan itu dibuat selepas polis menerima satu laporan oleh seorang individu setelah tersebarnya satu klip rakaman video mengenai kejadian tersebut di laman sosial YouTube.

Rakaman video menggunakan telefon bimbit selama 1 minit 32 saat itu memaparkan seorang remaja berpakaian seragam sekolah dibelasah sekumpulan remaja lain dipercayai rakan sekolahnya di dalam sebuah bilik.

Mangsa dilihat tidak melawan walaupun dia diserang secara bertubi-tubi oleh seorang remaja yang memakai kemeja-T berwarna kelabu.

Turut kelihatan dalam klip video itu ialah dua lagi remaja lain yang turut sama membelasah mangsa tanpa rasa belas kasihan dan menggunakan objek keras.

Pergaduhan itu dipercayai turut disaksikan oleh lebih daripada lima orang dan kebanyakan mereka hanya mentertawakan mangsa dan tidak membantu meleraikan pergaduhan tersebut. - UTUSAN 
Polis tembak rakan terlepas hukuman gantung
ALOR SETAR, KHAMIS, 28 November, 2013: Seorang anggota polis yang menembak rakan setugasnya sehingga mati di hadapan pintu masuk utama, Istana Anak Bukit terlepas daripada hukuman gantung setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati dia tidak waras ketika melakukan perbuatan itu tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab bagaimanapun memerintah Rosli Abu Hassan, 27, yang berpangkat Lans Koperal dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan Hulu Kinta, Perak sehingga mendapat perkenan Sultan Kedah.

Perintah itu berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 348(2) Kanun Tatacara Jenayah yang menyatakan raja sesebuah negeri boleh memerintahkan seseorang dikurung di hospital psikiatri untuk seberapa lama sehingga mendapat perkenan baginda.

Mohd. Zaki dalam penghakimannya berkata, pihak pembelaan berjaya membuktikan keraguan munasabah terhadap kes berikutan keadaan mental tertuduh yang tidak stabil ketika kejadian sehingga menyebabkan kematian Muhammad Sobri Md. Sidek.

“Tertuduh dalam keterangannya menyatakan dia berada dalam keadaan tidak sedar dan tidak tahu apa yang dia buat. Tertuduh mendakwa masa kejadian dia nampak di sisi mangsa ada hantu dan selepas itu dia tidak ingat apa yang berlaku.

“Mangsa ditembak dengan menggunakan senjata M16 yang telah dibuktikan dibekalkan kepada tertuduh untuk mengawal istana," kata beliau.

Menurut Mohd. Zaki, dakwaan itu disokong oleh laporan Pakar Perunding Forensik Psikiatri, Hospital Bahagia, Datuk Dr. Suarn Singh Jasmit Singh yang menyatakan tertuduh mengalami skizofrenia semasa kejadian.

“Mahkamah mendapati pembelaan yang dibuat adalah lengkap dan tertuduh dilepas dan dibebaskan tetapi perlu dihantar ke Hospital Bahagia untuk menjalani rawatan sehingga mendapat perkenan Sultan Kedah," kata beliau.

Rosli didakwa membunuh Muhammad Sobri, 25, di hadapan pintu masuk utama, Istana Anak Bukit di sini kira-kira pukul 5.45 petang, 26 April tahun lalu.

Pendakwaan terhadap tertuduh dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Ab. Rashid mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan mengemukakan 13 saksi manakala peguam P. Ashokumar yang mewakili tertuduh memanggil empat saksi termasuk seorang pakar psikiatri yang mengesahkan, ketika kejadian tertuduh menghidap skizofrenia.

Dalam pada itu, ibu Rosli, Chekunea Merah, 53, pula memberitahu, dia tidak berhenti berdoa sejak kejadian itu dengan harapan anaknya dibebaskan daripada tuduhan itu.

“Setiap minggu saya buat bacaan Yasin di rumah supaya anak saya selamat dan bersyukur dengan keputusan ini," katanya. - UTUSAN 
Ekonomi dunia sederhana

Zeti Akhtar Aziz

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 28 November, 2013: Prospek pertumbuhan bagi ekonomi global dijangka terus sederhana untuk jangka masa yang lebih panjang, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Dengan ekonomi global sedang dalam pemulihan, kewangan Islam menawarkan potensi yang luas dalam menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih menyeluruh dan berdaya tahan, kata beliau.

"Ekonomi membangun dan baru muncul terutamanya akan mendapat manfaat daripada potensi ini," katanya ketika menghadiri Siri Syarahan Bank Pembangunan Islam di Jeddah, hari ini.

Zeti berkata, keutamaan kawal atur dalam mengukuhkan kestabilan kewangan dengan mengambil kira kewangan Islam akan memastikan daya maju dan potensinya untuk memberi perkhidmatan yang berkesan kepada fungsi ekonomi dan kesejahteraan ekonomi masyarakat.

"Beberapa pelajaran penting telah didapati daripada krisis sistem kewangan global baru-baru ini. Yang pertama berkaitan dengan perkembangan pesat sistem kewangan yang tidak setara dengan perkembangan aktiviti ekonomi.

"Ini telah mengakibatkan jurang antara sektor kewangan dan peranannya dalam ekonomi. Sejumlah faktor menyumbang kepada kerapuhan hubungan antara perantaraan kewangan dan aktiviti ekonomi yang produktif," kata beliau.

Dalam usaha untuk membina pertahanan yang lebih kukuh daripada perkara-perkara yang mengakibatkan krisis kewangan global 2008, Zeti berkata, agenda reformasi kawal selia global telah memberikan tumpuan kepada menangani elemen sistem kawal selia yang mengakibatkan lebihan.

Beliau berkata, elemen ini termasuk inovasi yang tidak terbatas oleh institusi kewangan dan sistem insentif semasa.

"Kejuruteraan kewangan telah menyebabkan jurubank dan pelabur kehilangan tumpuan terhadap pendedahan risiko mereka apabila mereka gagal untuk memahami produk yang semakin kompleks yang dikatakan mengurangkan risiko itu.

"Rejim kawal selia yang lemah juga gagal mengekang inovasi yang tidak terkawal. Insentif tidak sejajar kemudian mendorong pengambilan risiko yang berlebihan di peringkat institusi dan individu, "katanya.

Zeti berkata, agenda reformasi global telah mencapai kemajuan yang ketara dalam usaha mengurangkan kerapuhan sistem kewangan dan untuk mengukuhkan daya tahan.

Beliau berkata, banyak perkembangan telah dicapai dan diselesaikan dalam pembangunan piawaian kecairan global, penggunaan nisbah leveraj, dan peraturan modal yang diperkukuhkan yang merupakan komponen penting dalam usaha reformasi.

"Lebih tumpuan telah diberikan kepada penyeliaan, rejim penyelesaian yang berkesan," katanya.

"Sementara perlaksanaan berkesan reformasi ini adalah penting, dunia terus mencari penyelesaian yang akan mengukuhkan peranan institusi kewangan dalam masyarakat," kata beliau.

Di beberapa negara, kata beliau, perubahan struktur asas sedang dilaksanakan untuk mengurangkan kerumitan perbankan dan untuk melindungi perkhidmatan perbankan daripada aktiviti pengambilan risiko yang lebih tinggi.

"Cabarannya, bagaimanapun, adalah bagaimana ini boleh dicapai dengan cara yang berdaya tahan tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan dan menghapuskan kecekapan dalam pengurusan kewangan," tambah beliau. — BERNAMA