My Add

Tuesday 28 February 2012

Kemelut Pas Kedah jejas pentadbiran negeri

YAN, SELASA, 28 Februari, 2012: Kemelut yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Pas Kedah ketika ini telah merencatkan pentadbiran kerajaan negeri yang telah mencapai usia empat tahun.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, walaupun baru empat tahun Pas memerintah negeri ini, pelbagai masalah dalaman berlaku dan gagal diselesaikan dengan baik sehingga menimbulkan keretakan di kalangan kepimpinan negeri.

"Rakyat dapat menilai Pas tidak mampu untuk mentadbir kerajaan negeri tetapi hanya mampu bersemangat dengan ceramah di atas pentas sahaja,” katanya pada sidang media pada Program Sepakat Komuniti 1Malaysia dekat sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment