My Add

Friday 31 August 2012

Tiada penduduk sakit kulit - Seng Giaw

RAUB, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Seorang pemimpin kanan DAP yang menjalankan kajian mengenai kesan perlombongan emas di Bukit Koman, Raub ke atas kesihatan penduduk sekitar mengakui belum ada yang mengalami penyakit kulit akibat penggunaan bahan kimia sianida di lombong berkenaan seperti dibangkitkan sesetengah pihak.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, hasil kajian terhadap 40 penduduk di Kampung Baru, Bukit Koman dua minggu lalu mendapati, tidak ada bukti kukuh mereka dijangkiti penyakit kulit akibat pencemaran bahan kimia tersebut.

Beliau yang juga pakar kulit menambah, walaupun terdapat segelintir penduduk kampung itu mengalami penyakit kulit sejak 15 tahun lalu namun ia bukan berpunca daripada sianida.

Katanya, ia memandangkan bahan kimia itu hanya mula digunakan pada 2009 apabila lombong Raub Australian Gold Mining (RAGM) beroperasi semula selepas ditutup sejak 1980-an. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment