| *Kiri Muslimin Juwahid, Ahmad Ismail, Anis Fadzil Mansor |
Tindakan itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada pakatan pembangkang menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Ahad ini.
Ketuanya, Muslimin Juwahid, 47, berkata, ramai ahli Pas di Sabak Bernam khususnya di Sungai Air Tawar sudah sedar bahawa parti itu kini tersepit untuk menjaga hati PKR dan DAP sehinggakan mereka sanggup mempermainkan agama Islam.
Beliau berkata, sekarang Pas tiada hala tuju dan hanya mengikut kemahuan PKR dan DAP manakala perjuangan Islam yang dicanang semasa penubuhannya sudah hilang sehinggakan dalam manifesto pakatan pembangkang hal ehwal agama Islam langsung tidak disentuh.
Kami bertindak keluar parti kerana tidak mahu Islam tergadai oleh mainan politik Pas. Kini terbukti mereka terlalu mahu menjaga hati PKR dan DAP sehingga segala kemahuan kedua-dua parti itu diikuti oleh Pas.
Kami juga mengambil keputusan demikian kerana tidak mahu lagi menjadi alat kepada pucuk pimpinan pakatan pembangkang untuk mencapai agenda politik mereka yang lebih kepada untuk membalas dendam dan bersifat individu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Menurut Muslimin, beliau berharap rakan-rakannya yang masih setia bersama Pas agar berfikir secara rasional mengenai sumbangan parti itu semasa Selangor diperintah oleh pakatan pembangkang.
Banyak lagi sebab lain mengapa kami bertindak keluar Pas, kami diabaikan, kebajikan tidak dijaga malah kami yang merupakan ahli Pas sendiri tidak menerima sebarang bantuan yang terkandung dalam janji manifesto mereka pada 2008. Jika ahli Pas sendiri tidak menerima apatah lagi UMNO," katanya yang merupakan ahli Pas cawangan Bagan Nakhoda Omar (BNO).
Dalam pada itu, Ahmad Ismail, 61, yang merupakan ahli PKR Ranting BNO, berkata, janji kosong yang ditabur sepanjang lima tahun memerintah di Selangor menjadi alasan beliau bertindak keluar PKR.
Katanya, PKR hanya mampu menabur janji kosong dan bagi PRU-13, manifesto yang ditawarkan hampir sama dengan 2008 namun pada kali ini rakyat tidak akan tertipu dengan dakyah pakatan pembangkang.
Dulu masa berkempen pada pilihan raya 2008, macam-macam janji mereka tabur, akhirnya rakyat tertipu dan rakyat teraniaya apabila tiada langsung janji dilaksanakan malah sebarang pembangunan juga tidak nampak di sini.
Paling teruk ialah janji mereka untuk menyiapkan kunci air di BNO, kegagalan itu menyebabkan penduduk tidak tidur lena apabila hujan lebat kerana bimbang rumah dinaiki air," katanya.
Dalam pada itu, Mohd. Anis Fadzil Mansor, 48, berkata, dia dengan rela hati menyertai UMNO tanpa sebarang paksaan dan dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Tiada orang paksa atau pengaruhi saya, ini tindakan yang amat wajar pada masa ini untuk memastikan kesucian agama Islam terus terpelihara, jika mahu harapkan Pas dan PKR, Islam boleh tergadai," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment