My Add

Wednesday, 1 May 2013

Anwar mahu Husam 'buka pintu Putrajaya'

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

PUTRAJAYA, RABU, 01 Mei, 2013: Dengan semangat yang berkobar-kobar dan dilihat agak luar biasa, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru warga Putrajaya melakar sejarah membenamkan kerajaan Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad ini.

"Ini masanya untuk kita beri pengajaran kepada mereka.

"Rakyat yang akan beri mereka pelajaran, apa itu bankrap," katanya dalam perutusan khas hari pekerja, menjawab dakwaan dasar Pakatan Rakyat (PR) hanya akan memufliskan negara.

Ucapan Anwar bukan hanya menerima tepukan, laungan kata semangat penghuni Putrajaya diikuti sorakan gemuruh ribuan hadirin yang datang ke program ini.

"Tipulah macam mana pun, tapi kalau rakyat bangkit macam ini...," diikuti sekali lagi laungan "ubah" dari warga Putrajaya.
"Beri sokongan kepada calon kita, (Datuk) Husam Musa di Putrajaya," ungkap beliau lagi.

Dengan tempoh kempen yang masih berbaki empat hari sahaja lagi, Anwar dilihat menyuntik sepenuhnya iltizam kepada warga Putrajaya untuk membawa perubahan.

"Macam mana pun saya kena datang ke Putrajaya kerana kunci Putrajaya ada pada Husam," ujar Anwar lagi.

Anwar menekankan, jika peralihan kuasa berlaku, kerajaan PR akan memastikan nasib golongan penjawat awam khususnya akan terus terbela.

"50 tahun BN memerintah tidak nampak perubahan yang setimpal.

"Pendapatan mereka yang rendah itu terus mendatar. Tidak setimpal dengan pengorbanan dan kerja kuat," tambah beliau.

Malah dakwanya, di bawah pemerintah sekarang, kuasa penjawat awam juga turut terbatas.

"Masalah sekarang kuasa mereka direndahkan martabat. Ini harus diperbetulkan. Perkhidmatan mereka harus dihargai.

"Pertimbangan mereka selalu memihak kepada yang kaya sahaja," katanya.

Sementara itu, dalam Deklarasi Putrajaya untuk seluruh penjawat awam seluruh negara sempena Hari Pekerja, PR akan memperkenalkan bayaran gaji berasaskan bilangan minggu diikuti tambahan satu bulan pendapatan.

"Ia akan membolehkan penjawat awam menikmati tambahan sebulan gaji setahun atau 52 minggu setahun berbanding sistem sekarang hanya 48 minggu," deklarasi itu menyebut.

Selain itu, deklarasi turut mengandungi pinjaman perumahan tanpa faedah, pendidikan mesra penjawat awam, pencen pilihan, pertukaran dan penempatan penjawat awam berteraskan mesra keluarga dan elaun Cola tidak dipotong (RM150) bagi penjawat awam yang menduduki kuarters kerajaan di Putrajaya.

Anwar: Saya maafkan Mahathir, tidak Tun Daim

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, beliau sedia memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad, bukannya bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

"Tuan Daim kata lapan tahun Anwar jadi Timbalan Menteri Kewangan, hari-hari dia beri nasihat," kata Anwar ketika menyampaikan perutusan Hari Pekerja di sini, hari ini. Kedua-dua Anwar dan Daim merupakan anggota Kabinet era Dr Mahathir."

Daim pernah menjadi Menteri Kewangan dua kali. Dalam satu wawancara bersama Berita Harian, Tun Daim memberitahu, sewaktu Anwar menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan, beliau sering meminta khidmat daripada beliau.

Menurut Daim, Anwar hanyalah graduan berkelulusan pengajian Melayu.

"Anwar sering ke rumah saya untuk meminta nasihat mengenai perkara berkaitan Kementerian Kewangan.

"Beliau juga sering membawa saya ke rumahnya untuk makan tengah hari. Ibu saudaranya memasakkan saya lauk kegemaran saya," katanya ketika diwawancara akhbar itu.

Namun menurut Anwar hari ini "kalau aku dengar nasihat hang Tun Daim, aku pun sudah jadi bilionair macam hang," katanya.

Menurut Anwar lagi, jika kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berjaya menumbangkan parti pemerintah, Daim akan menerima natijah setimpal daripada perbuatannya itu.

"Saya hendak beritahu tuan-tuan, kita ambil alih kerajaan, semua harta yang diambil secara haram, harta rakyat, wang rakyat, kita pulangkan semula kepada rakyat.

"Tapi Mahathir saya maafkan, ganggu dia buat apa... jangan... jangan.

"Saya biasa duduk dalam penjara, siapa hendak jaga dia," ujar Anwar lagi.

Namun menurut Anwar, kedua-dua pemimpin itu mula turun berkempen di Putrajaya kerana ketakutan mereka terhadap Pakatan Rakyat.

"Bila Datuk Husam turun, Tun Daim terpaksa datang ke Putrajaya. Maknanya begitu pentingnya Husam.

"Kalau dia tak bertanding, Mahathir dan Daim tak akan turun," tambah beliau.

Walau bagaimanapun katanya, beliau tidak mahu mengambil pendekatan menyerang Dr Mahathir secara peribadi bersangkutan kekayaan yang dimilikinya.

"Saya tak nak serang dia (Mahathir) macam mana yang dia buat. Apa lagi yang saya tak buat.

"... Yahudi sudah, Amerika sudah, Al-Qaeda sudah, Arab sudah, Turki sudah, Sulu pula sekarang ini.

"Jadi kalau kita hendak layan... isunya apa? Isunya saya ulang apa Husam kata, dia takut!," ujar Anwar.

Mengambil pendekatan mahu terus melangkah ke hadapan, Anwar berkata kepada Dr Mahathir "tetapi monopoli kontrak Petronas anak kamu mesti ditamatkan serta-merta". - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment