My Add

Sunday 19 May 2013

Perkim kaji semula perlembagaannya

KUALA TERENGGANU, SABTU, 18 Mei, 2013: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) akan mengkaji semula Perlembagaan induk badan itu sejajar dengan keperluan perkembangan semasa.

Setiausaha Agung Kehormatnya, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor berkata, pihaknya telah membentuk sebuah jawatankuasa melakukan kajian tersebut diketuai oleh Naib Yang Dipertuanya, Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Selain untuk mengemas kini Perlembagaan dan peraturan, jawatankuasa tersebut turut membincangkan mengenai Perkim di Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Mingguan Malaysia dalam majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perkim Bahagian Negeri Terengganu Ke-23 di Kompleks Darul Hidayah di sini.

Hadir sama ialah Pengerusi Perkim Bahagian Negeri Terengganu, Datuk Ismail Yahya.

Menurut Dr. Mohd. Yusof, pindaan Perlembagaan mengikut tuntutan semasa adalah perlu memandangkan Perkim telah berusia 50 tahun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment