My Add

Wednesday, 1 May 2013

PRU-13: BN tidak pernah abai rakyat Kelantan - Mustapa

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

KUALA KRAI, RABU, 01 Mei, 2013: Meskipun pelbagai fitnah dilemparkan Kerajaan Pas Kelantan terhadap Barisan Nasional (BN) namun Kerajaan Pusat tidak pernah mengabaikan rakyat malah pelbagai projek berbentuk kebajikan telah dilaksanakan di negeri ini.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, buktinya adalah Kerajaan Pusat telah membelanjakan sebanyak RM35 juta untuk membina 25 masjid baru di seluruh negeri sejak 10 tahun lalu.

Dalam tempoh itu juga katanya, Kerajaan Pusat turut membelanjakan kira-kira RM100 juta untuk memperbaiki 900 masjid dan surau yang ada di seluruh pelusuk Kelantan.

Pada masa sama katanya, lebih RM60 juta telah dibelanjakan untuk menyiapkan lebih 600 projek berbentuk kebajikan dan kemudahan untuk rakyat Kelantan.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membelanjakan RM90 juta setahun untuk membantu lebih 30,000 rakyat Kelantan yang kurang berkemampuan," katanya pada berucap pada Majlis Perasmian Jambatan Manek Urai di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment