Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
KUALA TERENGGANU, RABU, 01 Mei, 2013: Hasrat murni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri untuk mempertemukan dua muka baru yang bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam satu program santai di sini malam tadi tidak kesampaian apabila salah seorang daripada mereka terlewat dari jadual masa yang ditetapkan.
Kelewatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad atau lebih dikenali sebagai Raja Bahrin yang juga calon Pas bagi kerusi itu menimbulkan tanda tanya memandangkan undangan dihantar adalah untuk waktu sama seperti undangan yang diterima lawannya iaitu calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Zubir Embong iaitu kira-kira pukul 10 malam.
Sama ada tidak disengajakan atau mahu mengelak daripada bersemuka secara langsung dengan lawannya luar daripada pentas politik, kelewatan Raja Bahrin pastinya mengecewakan sebahagian daripada hadirin yang menunggu sejak awal.
Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu itu hanya tiba kira-kira 20 minit selepas Mohd. Zubir meminta keizinan untuk pulang awal disebabkan ada urusan yang perlu diselesaikan. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment