Oleh Siti Airunissa Alaui
KUALA TERENGGANU, RABU, 01 Mei, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak yakin masyarakat luar bandar akan terus memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.
Perdana Menteri berkata, beliau juga yakin sokongan itu akan terus meningkat dengan kesedaran bahawa kesejahteran hidup yang dikecapi selama ini ditunjangi oleh dasar pemerintahan yang menitikberatkan pembelaan nasib rakyat.
Sambil menyifatkan bahawa masyarakat luar bandar sebenarnya penyokong tegar UMNO dan BN, beliau menambah, berdasarkan siri lawatan dan pertemuan, kumpulan masyarakat itu mengharapkan keadaan kehidupan hari ini berkekalan.
"Dua sebab mengapa kawasan luar bandar terus-menerus menambah keyakinan kepada BN kerana mereka tahu hanya BN dapat mengubah hidup mereka.
"Saya sangat berkeyakinan sekiranya pengundi luar bandar ingin masa depan lebih baik mereka tidak boleh bergantung kepada pembangkang tetapi hanya BN.
"Faktor kedua sebab mereka sudah kecewa dengan pembangkang," katanya.
ketika berucap menyempurkan Penyampaian Anugerah Desa Cemerlang peringkat Kebangsaan 2012 di Kampung Bukit Wan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment