PRU13: DAP akan pegang tampuk kuasa jika menang
KUALA LUMPUR, RABU, 01 Mei, 2013: DAP dijangka akan mengetepikan rakan sekutunya, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memegang tampuk kuasa sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata Pegawai Penerangan Urusetia Negeri Kelantan, Abdul Hamid Derani di sini, hari ini.
Pegawai Penerangan Urusetia Negeri Kelantan, Abdul Hamid Derani, mendakwa DAP pastinya tidak akan berdiam diri dan membiarkan PKR serta PAS merebut jawatan penting dalam Kabinet. Beliau berkata demikian pada sidang media, di sini, petang ini.
Katanya, DAP mempunyai alasan kukuh untuk menuntut jawatan penting Kabinet kerana pakatan pembangkang tidak akan mampu berdiri tanpa sokongan parti itu. - BH
No comments:
Post a Comment