*NAJIB Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bergambar bersama pemenang Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012 di Kampung Bukit Wan di sini, hari ini. - Foto Yazit Razali
SETIU, RABU, 01 Mei, 2013: Rakyat Terengganu harus membuat pilihan tepat dalam pilihan raya umum (PRU) Ahad ini bagi memastikan negeri ini tidak kembali ke zaman "kegelapan" semasa di bawah pentadbiran PAS, kata Datuk Seri Najib Razak.
|
Meminjam slogan calon Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh, "masihkah kau ingat," Perdana Menteri mengingatkan rakyat Terengganu bagaimana PAS semasa mentadbir negeri ini telah menutup tadika, gagal menguruskan sampah sarap serta tidak menunaikan janji untuk melaksanakan hukum hudud.
"Jika rakyat terus beri kepercayaan kepada BN, Insya-Allah, Dasar Transformasi Nasional akan diteruskan, dan landskap negeri Terengganu ini akan berubah hebat dalam beberapa tahun akan datang," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 10,000 penduduk Setiu yang hadir pada majlis penyampaian Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012 di Kampung Bukit Wan di sini, hari ini.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal dan calon Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment