* TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika menyampaikan tazkirah dan bertitah selepas menunaikan solat Maghrib pada majlis berbuka puasa dan pengurniaan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Masjid Kampung Kuala Tembeling dekat Temerloh malam tadi. - UTUSAN |
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, agama Islam ketika ini dilihat menghadapi tekanan daripada pihak tertentu dan umat Islam tidak harus memburukkan lagi keadaan dengan permusuhan dalaman.
Titah baginda, umat Islam wajib mempertahankan kemakmuran bangsa, agama dan negara, dan mereka perlu membuang sikap parasit serta mementing diri hanya disebabkan fahaman politik dan perbezaan pendapat.
"Pergolakan yang berlaku di negara Syria, Mesir, Iraq dan lain-lain di Timur Tengah perlu dijadikan iktibar berguna kepada rakyat negara ini terutamanya umat Islam.
"Pergolakan menjadikan negara terbabit dilanda peperangan saudara dan kehancuran menyebabkan rakyatnya terus dihimpit penderitaan dan menjadi pelarian, sehingga rakyatnya tidak dapat menjalankan ibadah berpuasa dengan sempurna kerana masing-masing bergelut dengan keselamatan dan kekurangan bekalan makanan," titah baginda.
Baginda bertitah kepada pemberita pada majlis pengurniaan sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin di sini malam semalam. Terdahulu baginda berangkat menghadiri majlis berbuka puasa di Kampung Kuala Tembeling, Jerantut.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Islamiah Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad, Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan.
Dalam perkembangan lain, Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua MUIP bertitah, Pahang telah lama mengharamkan ajaran Syiah kerana umat Islam di Pahang mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Titah baginda, Pahang akan mewartakan fatwa pengharaman ajaran Syiah bagi mengelak sebarang kekeliruan dan pemesongan akidah di negeri itu.
"Pengumuman pengharaman ajaran Syiah di negeri ini telah diumumkan beberapa tahun lepas, dan kita akan wartakan fatwa pengharaman ajaran Syiah ini," titah baginda. - BERNAMA
Adakah anda seorang peniaga atau perempuan? Jika dalam apa-apa masalah kewangan atau memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Jika anda membayar bil-bil atau hutang untuk menyelesaikan anda, atau adakah saya memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan yang bagus? Adakah anda mempunyai skor kredit yang rendah dan ia adalah bank-bank tempatan keras / mencari modal untuk mendapatkan kredit daripada institusi kewangan yang lain? Adakah anda memerlukan pinjaman atau pembiayaan untuk apa-apa sebab, jika anda suka,
ReplyDelete* Pinjaman Kenderaan
* Pinjaman Harta Tanah
* Pinjaman Perniagaan
* Lain-lain Pinjaman
* Kredit
* MasterCard
Sila hubungi kami melalui e-mel: Saya Theresaloancompany@gmail.com
Nota: Pinjaman memberi kepada kadar faedah tahunan hanya 2%. Sila anda akan diberi kredit dalam mana-mana negara di dunia perlu diberitahu kediaman.
Mana-mana pelanggan yang memerlukan, perlu memberikan kami maklumat berikut untuk membuka fail pemprosesan pinjaman.
1. NAMA PENUH: ...............................
2. ALAMAT: .............................. .. ...
3. PEKERJAAN: .....................
4. NEGARA: ........................
5. KEADAAN: ........................ ..
6. Bandar: ...........................
7. SEKS: ............................
8. Umur ........................... ..
9. NOMBOR TELEFON BIMBIT: ............ ..
10. JUMLAH KREDIT YANG DIPERLUKAN: ..........
11.Monthly Pendapatan ..................
12.DURATIO daripada: ..................... ..
13. PINJAMAN TUJUAN ...............
Terima kasih atas kerjasama anda
Theresa PINJAMAN SYARIKAT
ALAMAT EMAIL: Saya Theresaloancompany@gmail.com