My Add

Sunday 26 January 2014

RM56.9 juta baiki jalan, cerun rosak akibat banjir

KEMAMAN, AHAD, 26 Januari, 2014: Sebanyak RM56.9 juta diperlukan untuk membaiki jalan dan cerun yang rosak akibat banjir di Terengganu, Pahang dan Johor baru-baru ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak RM41.5 juta diperlukan Pahang, Terengganu memerlukan RM10.3 juta, manakala RM5.1 juta untuk Johor.

"Kementerian telah mengenal pasti lokasi jalan raya dan cerun rosak melalui pemeriksaan teknikal dan akan memohon peruntukan daripada Kementerian Kewangan secepat mungkin.

"Namun, bagi kerosakan kritikal yang perlu disegerakan, kementerian akan menggunakan peruntukan dalaman sedia ada," katanya kepada pemberita selepas melawat projek pembinaan jambatan Bukit Kuang di sini, hari ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment