My Add

Monday, 15 August 2011

Larangan mengikut hukum syarak, bukan fatwa

LARANGAN terhadap masjid atau surau di Pulau Pinang menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh berlandaskan hukum syarak dan nas-nas yang sahih, bukanlah satu fatwa.

Berdasarkan penjelasan Mufti Pulau Pinanh, Hasan Ahmad, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

Hasan menyatakan kekesalannya atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni dan larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri, tegasnya.

Menurutnya, banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004, tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ia tidak memerlukan perkenan Seri Paduka baginda.

Pas tidak berkompromi sama sekali soal akidah

PAS tidak akan berkompromi sama sekali dengan mana-mana pihak dalam soal akidah umat Islam di negera ini, kata Setiausaha Agungnnya, Mustafa Ali.

Menurutnya, Pas juga tidak akan bertolak ansur atau melindungi sesiapa pun yang berusaha untuk memurtadkan orang Islam.

Ini kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan prinsip Islam, malah Perlembagaan Malaysia pun tak mengizinkan, katanya.

Mustafa meminta pemimpin dan anggota Pas jangan terjebak dengan isu Gereja Methodist Dzmznsara Utama yang diperiksa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa menganjurkan satu majlis jamuan untuk sekumpulan orang Islam 3 Ogos lalu.

Thursday, 11 August 2011

JAIS hanya buat pemeriksaan, bukan serbuan

MENURUt Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pegawai penguat kuasanya bersama anggota polis hanya menjalankan pemeriksaan, bukannya serbuan di Dream Centre milik Damansara Utama Methodist Church pada 3 Ogos lepas.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin menjelaskan, pemeriksaan yang dilakukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 adalah berdasarkan maklumat satu majlis berbuka puasa akan diadakan bersama majlis “Thanksgiving Dinner” di sebuah gereja.

Marzuki dipetik Bernama sebagai berkata, bertindak atas maklumat itu satu operasi pemeriksaan telah dijalankan bersama anggota polis kira-kira pukul 9.45 malam.

Semasa operasi itu, kata Marzuki, JAIS telah berunding dengan penganjur majlis itu di luar dewan dan ini membuktikan tuduhan kononnya JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk adalah tohmahan liar semata-mata.

Marzuki berkata, bahkan JAIS telah meminta keizinan masuk dan hanya dibenarkan masuk ke dewan berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan setelah majlis selesai pada pukul 11 malam.

Seramai 12 orang Islam didapati hadir pada majlis itu dan JAIS hanya mengambil butiran dan meminta mereka menghadiri sesi bimbingan dan kaunseling di JAIS.