Hasan Ali menang saman fitnah terhadap Khalid Samad
Oleh SUWARNI MOKHTAR
SHAH ALAM, KHAMIS, 31 Oktober, 2013: Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali hari ini berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.
Hakim Datuk Yaacob Md. Sam memutuskan demikian selepas mendapati kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid dalam satu sidang akhbar pada 24 Februari tahun lalu bukanlah satu pembelaan terhadap isu "pemimpin parasit" yang ditimbulkan oleh Hasan.
Mahkamah turut berpendapat menyatakan, Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat tidak memberikan komen yang adil dan oleh itu tidak lagi terlindung di bawah elemen perlindungan bersyarat.
"Plaintif juga berjaya membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh defendan dibuat dengan niat jahat," tambah Hakim Yaacob.
Hasan memfailkan saman fitnah tersebut pada 12 April 2012 terhadap Khalid selepas defendan mengeluarkan dakwaan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd. sebagai penaja kepada Hasan dan juga Jati.
Khalid dalam pembelaannya menyatakan kenyataan yang dikeluarkan dalam sidang media itu adalah bagi menjawab 'serangan' Hasan yang menggelarnya sebagai pengkhianat dan pemimpin parasit.
Mahkamah menetapkan 27 November ini untuk kedua-dua pihak berhujah berhubung jumlah ganti rugi serta kos yang perlu dibayar oleh defendan kepada plaintif. - UTUSAN ONLINE
My Add
Friday, 1 November 2013
Rogol isteri orang: Rambo Bentong tukar pengakuan
RAUB, KHAMIS, 31 Oktober, 2013: Rambo Bentong yang sedang menjalani hukuman penjara berjumlah 133 tahun selain 50 sebatan atas kesalahan rogol, seks luar tabii serta cubaan membunuh anggota polis, hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah bagi satu pertuduhan merompak dan dua pertuduhan merogol isteri orang di Mahkamah Sesyen di sini.
Rabidin Satir, 42, sebelum ini mengaku bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim Shahrizat Ismail pada 7 Oktober lepas.
Hari ini, mahkamah sepatutnya mendengar fakta kes serta rayuan tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman.
Shahrizat menetapkan 28 November ini untuk sebutan semula kes.
Bagi pertuduhan pertama, Rabidin, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa melakukan rompakan sehingga menyebabkan seorang wanita berusia 28 tahun cedera di perumahan Perhutanan Bentong antara 3.50 pagi hingga 4.30 pagi pada 3 November 2012 mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol wanita berkenaan di depan suaminya di tempat dan pada waktu sama manakala pertuduhan ketiga menyebut Rabidin merogol mangsa sekali lagi sehingga meletakkan wanita itu dalam ketakutan serta boleh menyebabkan kematian.
Bagi kedua-dua kesalahan ini, Rabidin didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Liyana Syahril.
Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Raub menjatuhkan hukuman penjara 133 tahun dan 50 sebatan ke atas Rabidin yang mengaku melakukan empat kesalahan merogol, satu kes liwat dan cubaan membunuh seorang anggota polis antara 2009 dan 2011.
Dia juga ketika ini sedang dibicara Mahkamah Tinggi Temerloh atas pertuduhan membunuh seorang remaja, Annie Kok Yin Cheng, 17, di Lot 4168 Kampung Ketari, Bentong pada 7 Mac 2009. - BERNAMA

6 rumah flat PKNS musnah dalam kebakaran
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 31 Oktober, 2013: Enam unit rumah di Flat PKNS 17 tingkat di Jalan Kerinchi dekat sini musnah dalam kebakaran pada petang ini.
Menurut Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dalam kebakaran itu yang bermula pukul 4.30 petang. - UTUSAN ONLINE

Subscribe to:
Posts (Atom)