Usaha komersialkan perisian pertahanan bakal terlaksana
PUTRAJAYA, SELASA, 29 April, 2014: Selepas lebih dua tahun mencuba akhirnya idea seorang pakar perisian tempatan untuk mengkomersialkan perisian pertahanan keselamatan ciptaannya sendiri ke peringkat global bakal terlaksana selepas terpilih sebagai salah seorang pemenang program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb).
Pengusaha perisian pertahanan keselamatan, Megat Farril Rizal, 37, yang mencipta sistem penyelesaian keselamatan untuk semua jenis keselamatan data berjaya mendapat geran sebanyak RM500,000 bagi mengembangkan perniagaannya itu.
Beliau berkata, sistem perisian yang diciptanya itu sangat istimewa kerana memberikan perlindungan data yang sangat optimum dan pertama dicipta di negara ini.
Saya mendapat idea ini ketika bekerja di China sebagai jurutera perisian beberapa tahun lalu dan dari sana saya mendapat idea untuk mencipta perisian keselamatan pelbagai lapisan kerana sekarang hanya terdapat sistem satu lapisan sahaja di dunia.
Sistem yang saya cipta ini yang dinamakan sebagai ENCR8TOR Xlayer adalah sistem penyelesaian keselamatan bagi semua jenis keselamatan data dengan mempunyai sebanyak 10 lapisan yang menyukarkannya untuk digodam," katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis pengumuman pemenang program Superb di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
Seorang lagi pemenang, pemilik Impulse Studio Sdn. Bhd., Nur Azini Mohamed Kamal berkata, beliau tidak menjangka ideanya yang mengetengahkan sebuah alat gimnasium alternatif iaitu simulator elektrik otot (EMS) berjaya mengangkatnya sebagai salah seorang pemenang program itu.
Beliau berkata, alat senaman tersebut 18 kali lebih cekap daripada senaman secara konvensional dan dapat memberikan keputusan yang cemerlang dalam masa singkat.
Selain itu, alat ini juga membantu dalam penjimatan kos seterusnya meningkatkan tahap kesejahteraan diri dalam jangka masa panjang," katanya. - UTUSAN
My Add
Wednesday, 30 April 2014
Perlu dialog, tubuh jawatankuasa khas sebelum laksana hudud
KUALA LUMPUR, SELASA, 29 April, 2014: Pemimpin-pemimpin Islam Barisan Nasional (BN) dan Pas perlu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas mengenai pelaksanaan hukum hudud yang berperanan memberikan kefahaman jelas kepada rakyat berhubung hukum berkenaan.
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, jawatankuasa itu perlu ditubuhkan segera sebelum rang undang-undang persendirian mengenai hudud dibentangkan di Dewan Rakyat.
Menurut beliau, penjelasan pelaksanaan hudud perlu dilakukan secara meluas termasuk kepada orang bukan Islam yang kini dilihat menentang secara terbuka rang undang-undang terbabit.
Orang Islam sendiri pun, ramai yang kurang faham apa itu hudud. Ini perlu dijelaskan. Eloklah pemimpin-pemimpin Islam (BN dan Pas) duduk semeja, tubuhkan satu jawatankuasa khas, buat forum, dialog menerangkan kepada rakyat.
Perkara ini perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum hendak dibawa ke Parlimen. Kalau nak menerangkannya di Parlimen, ini memakan masa dan kita pun ada banyak perkara lain nak dibawa ke Parlimen," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Mohd. Ali berkata, jawatankuasa khas itu juga perlu dianggotai para pemikir Islam, Majlis Fatwa Kebangsaan dan pengamal undang-undang syariah bagi mendapatkan pandangan yang meluas mengenai hudud.
Dalam perkembangan lain, bekas Ketua Menteri Melaka itu memberitahu, beberapa isu melibatkan Melaka perlu diberikan perhatian khusus oleh Kerajaan Persekutuan, khususnya bekalan air yang dijangka mampu bertahan sehingga 2018 jika pembinaan Empangan Sungai Jerneh tidak dilaksanakan segera.
Di bandar Melaka juga memerlukan sebuah hospital baharu memandangkan Hospital Melaka kini sudah sesak dan lama. Soal kesesakan juga perlu diberikan tumpuan kerana Melaka merupakan negeri tumpuan pelancong.
Isu-isu lain membabitkan keperluan pembinaan insinerator dan masalah pembetungan berpusat serta perlunya pembinaan lebih banyak rumah mampu milik," tambahnya.
Menjawab isu berkaitan pinjaman keusahawanan, beliau yang kini Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menjelaskan, agensi itu berusaha mempercepatkan proses kelulusan pinjaman bagi membantu melahirkan lebih banyak usahawan bumiputera.
Sekarang ini kita fokus kepada bidang baharu iaitu perniagaan alat ganti kenderaan dan barangan perkakasan. Kita juga menggalakkan peminjam PUNB meningkatkan rangkaian perniagaan masing-masing bagi mengukuhkan ekonomi bumiputera," ujarnya. - UTUSAN

Majlis Ulama Pemuda UMNO diwujudkan
KUALA LUMPUR, SELASA, 29 April, 2014: Pemuda UMNO hari ini mengumumkan kewujudan Majlis Ulama pergerakan itu yang akan menjadi platform dalam kalangan belia berkongsi idea dan pandangan terhadap isu berkaitan agama di negara ini.
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, majlis itu berfungsi sebagai penasihat agama dengan pendekatan lebih terbuka bagi membolehkan graduan lulusan bidang agama atau ulama muda menjadi panel penasihat kepada barisan kepemimpinan Pemuda.
Majlis Ulama Pemuda mengalu-alukan pembabitan graduan lulusan agama luar negara dan universiti tempatan kerana kita tahu mereka kekurangan saluran untuk menyumbang idea.
Malah, ramai antara mereka tidak mahu terbabit secara langsung dalam politik, tapi menerusi Majlis Ulama Pemuda, mereka bebas melontarkan pandangan dan buah fikiran demi kemaslahatan umat khususnya belia," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, penubuhan majlis itu susulan lawatan Pemuda ke Asia Barat baru-baru ini dan supaya ia menjadi wadah kepada pelajar bidang agama di luar negara untuk menyumbang idea bersama UMNO selepas pulang ke tanah air.
Mengulas lanjut, Khairul Azwan berkata, struktur majlis itu lebih longgar supaya bebas disertai oleh mana-mana golongan agama dan tidak terikat secara langsung dengan parti itu.
Kita yakin menerusi pendekatan lebih terbuka seumpama ini kita dapat menarik lebih ramai ulama muda dan golongan ilmuan agama memberikan pandangan mereka sekali gus memastikan sesuatu isu agama yang dibangkitkan tidak hanya terhad kepada pandangan beberapa ulama sahaja.
Apa salahnya kita dengar juga pandangan ulama muda, bidang agama ini luas, kalau dengar pendapat satu atau dua ulama saja, mereka bukan sempurna kerana manusia banyak kekhilafan. Kita nak pandangan yang majmuk, banyak dan dapat menghasilkan sesuatu keputusan yang baik," katanya.
Majlis Ulama Pemuda yang diwujudkan di bawah Akademi Pemuda diketuai Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi Pemuda, Dr. Fathul Bari Mat Jahaya. - UTUSAN

Subscribe to:
Posts (Atom)