UMMB dapat penangguhan sementara kes saman fitnah
PUTRAJAYA, SELASA, 29 April, 2014: Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) hari ini berjaya mendapat penangguhan sementara perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu, Sabah.
Perkara itu berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Zaharah Ibrahim yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh membenarkan rayuan syarikat akhbar ini.
UMMB merayu agar perbicaraan kes saman itu ditangguhkan sementara menunggu pelupusan rayuan syarikat itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menggugurkan hakim yang mendengar perbicaraan tersebut.
Kuorum berkenaan membenarkan penangguhan singkat selama kira-kira sebulan dan menetapkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur didengar pada 28 Mei ini.
Pada 18 April lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop memutuskan untuk tetap mendengar perbicaraan itu selepas menolak permohonan UMMB supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes saman tersebut.
Hakim berkenaan berpuas hati bahawa kebimbangan dan dakwaan syarikat akhbar ini berhubung akan timbulnya unsur berat sebelah, adalah tidak berasas.
Rosilah menyatakan, tiada unsur berat sebelah mahupun prejudis ke atas UMMB mahupun Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak.
UMMB memfailkan permohonan itu setelah mendakwa Rosilah dalam penghakimannya berhubung satu kes saman lain pada 19 Februari lalu berpendapatAnwar merupakan pemimpin dan ahli politik yang terkenal di dalam negara mahupun peringkat antarabangsa, berperwatakan dan reputasi baik namun telah difitnah oleh Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Dalam kes saman Anwar, 67, terhadap Wan Muhamad Azri, 31, Rosilah memutuskan bahawa defendan itu adalah pemilik blog, www.papagomo.com dan memerintahkannya membayar ganti rugi RM800,000 kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Sebelum itu, peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili UMMB merayu agar keputusan Mahkamah Tinggi ditangguhkan sementara atas alasan perbicaraan itu hanya akan membuang masa mahkamah.
Menurut peguam bela, jika Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan anak guamnya dan memerintahkan prosiding didengar di hadapan seorang hakim lain, ini bermakna keseluruhan perbicaraan yang telah dijalankan akan dipadam.
Sementara itu, J. Leela yang mewakili Anwar berhujah agar rayuan bagi penangguhan sementara itu ditolak atas alasan ia hanya akan memprejudiskan Ketua Pembangkang itu.
Dalam saman yang difailkan pada 8 Mac tahun lalu, selain UMMB dan Aziz, pihak plaintif turut menamakan TV3; Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen dan Radio, Media Prima Bhd., Datuk Shaharudin Abd. Latif dan Pengarang Berita Buletin Utama, Ing Boon Seng sebagai defendan ketiga hingga kelima.
Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar menyatakan, Utusan Malaysia bertarikh2 Mac 2013 di muka hadapannya, menyiarkan artikel bertajuk Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan? dan di muka surat sembilan pula bertajuk, Tiga kumpulan jadi dalang.
Ketua Pembangkang itu menyatakan, defendan ketiga hingga kelima, antara pukul 8 dan 9 malam, hari yang sama dalam Buletin Utama, TV3 turut menyiarkan berita mengenai pencerobohan di Lahad Datu.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa, berita di rangkaian televisyen swasta itu adalah berdasarkan laporan berita yang dikeluarkan oleh defendan pertama dan kedua. - UTUSAN
My Add
Wednesday, 30 April 2014
Hartanah di Kuala Lumpur termurah
Oleh AZMAN IBRAHIM
KUALA LUMPUR, SELASA, 29 April, 2014: Kadar harga hartanah di Kuala Lumpur sehingga hari ini masih termurah berbanding bandar-bandar utama di rantau ASEAN, menjadikannya destinasi paling berkemampuan untuk dimiliki.
Ketua Pengarah Penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan, Datuk Abdul Hamid Abu Bakar berkata, Kuala Lumpur bukan sahaja mempunyai hartanah paling murah, sebaliknya turut mempunyai infrastruktur yang lengkap dan pembangunan yang lebih pesat daripada bandar-bandar ASEAN yang lain.
Walaupun ramai dalam kalangan rakyat yang merungut harga hartanah terlalu mahal dan tidak berkemampuan di Kuala Lumpur, namun, di sini adalah lebih baik berbanding bandar-bandar besar yang lain di ASEAN," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Simposium Penyelidikan Hartanah Antarabangsa (IRERS) 2014 di sini hari ini.
Simposium itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Mat Noor Nawi.
Yang turut hadir pada majlis ialah Pengarah Institut Penilaian Negara (Inspen), Datin Faridah Mohammed.
Bagaimanapun, ketika ditanya perbezaan harga di antara bandar raya Kuala Lumpur dengan bandar-bandar raya di ASEAN, beliau memberitahu tidak mempunyai data mengenainya pada ketika itu.
Mengenai transaksi hartanah pada tahun ini, jelas Abdul Hamid, ia bakal menunjukkan penyusutan.
Katanya, situasi itu telah berlaku sejak 2012 berikutan gaya pembeli hartanah yang berjaga-jaga dalam pasaran.
Situasi begitu amat baik kerana pembeli membeli hartanah masing-masing untuk disimpan atau digunakan, bukan untuk dijual semula.
Hal ini akan mengurangkan aktiviti spekulator hartanah yang menyebabkan peningkatan harga hartanah secara mendadak," ujarnya. - UTUSAN
Oleh AZMAN IBRAHIM
| Abdul Hamid |

Presiden Korea minta maaf
SEOUL, SELASA, 29 April, 2014: Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye memohon maaf kepada rakyat berhubung tragedi feri Sewol yang karam di kawasan perairan selatan negara ini, dalam satu kenyataan kepada Kabinet negara ini, yang disiarkan menerusi televisyen Korea, hari ini.
Geun-hye berkata, kerajaan gagal untuk mencegah bencana itu dan tidak cekap dalam melaksanakan tindak balas kecemasan.
Saya tidak tahu bagaimana untuk meminta maaf atas kegagalan untuk mencegah kemalangan itu daripada berlaku dan tindak balas kecemasan yang tidak mencukupi.
Saya meminta maaf kepada rakyat dan sedih atas kehilangan banyak nyawa yang amat berharga,'' katanya, sebagaimana dilaporkan portal BBC.
Permohonan maaf Geun-hye dibuat di tengah-tengah kemarahan dan kritikan orang ramai berhubung kemalangan itu dengan kebanyakan mangsa merupakan pelajar dari sebuah sekolah tinggi di sini.
Dalam kejadian pada 16 April lalu, feri Sewol yang membawa 476 penumpang karam di perairan berhampiran Kepulauan Jindo dengan 174 orang berjaya diselamatkan, manakala hampir 200 mayat berjaya dikeluarkan dari feri itu setakat ini.
Geun-hye pada masa sama berkata, beliau bercadang untuk mewujudkan sebuah kementerian baharu bagi mengendalikan kemalangan pada skala besar pada masa depan, lapor agensi berita Korea, Yonhap. - AGENSI/UTUSAM
* PRESIDEN Park Geun-hye (kanan) mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga mangsa feri karam di Ansan, semalam. - REUTERS |
Geun-hye berkata, kerajaan gagal untuk mencegah bencana itu dan tidak cekap dalam melaksanakan tindak balas kecemasan.
Saya tidak tahu bagaimana untuk meminta maaf atas kegagalan untuk mencegah kemalangan itu daripada berlaku dan tindak balas kecemasan yang tidak mencukupi.
Saya meminta maaf kepada rakyat dan sedih atas kehilangan banyak nyawa yang amat berharga,'' katanya, sebagaimana dilaporkan portal BBC.
Permohonan maaf Geun-hye dibuat di tengah-tengah kemarahan dan kritikan orang ramai berhubung kemalangan itu dengan kebanyakan mangsa merupakan pelajar dari sebuah sekolah tinggi di sini.
Dalam kejadian pada 16 April lalu, feri Sewol yang membawa 476 penumpang karam di perairan berhampiran Kepulauan Jindo dengan 174 orang berjaya diselamatkan, manakala hampir 200 mayat berjaya dikeluarkan dari feri itu setakat ini.
Geun-hye pada masa sama berkata, beliau bercadang untuk mewujudkan sebuah kementerian baharu bagi mengendalikan kemalangan pada skala besar pada masa depan, lapor agensi berita Korea, Yonhap. - AGENSI/UTUSAM
Subscribe to:
Posts (Atom)